Monday, October 27, 2008

Jamuan ADUN Paroi meriah


25 Oct 2008 – Jamuan Hari Raya yang diadakan oleh YB ADUN Paroi, Hj Mohamad Taufek Abdul Ghani cukup meriah dengan kehadiran lebih 3000 orang tetamu. Jamuan yang diadakan di Dataran Senawang, pada jam 2-5 petang tersebut disajikan dengan pelbagai hidangan yang disediakan sendiri oleh semua petugas Majlis Tindakan Dun Paroi, dibawah kelolaan En Hassan Tamby. Disamping pelbagai juadah tradisional seperti, ketupat, lemang, rendang, nasi impit dan nasi beriani; terdapat juga beberapa juadah istimewa seperti mee hun sup, kueh teow goreng dan cucur panas yang dibawa khas oleh pihak Adabi.

Program makin ceria apabila 500 orang kanak-kanak yang hadir menerima hadiah ais krim dan sumbangan duit raya oleh YB Paroi yang turut di sampaikan oleh En Hassan, Hj Shukri (Ketua Dewan Pemuda Pas Rembau) dan Pn Mahani (iseri YB). Pihak urusetia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penderma, dermawan dan AJK yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan program. Kehadiran tetamu daripada pelbagai bangsa menunjukkan tiadanya lagi persepsi negatif non-malay terhadap pimpinan Pas yang dipilih. Dalam waktu yang sama program dimeriahkan dengan acara kuiz yang dikendalikan oleh Sdr Fad dan hadiah disumbangkan oleh Mr Yau selaku ketua Kelab Penyokong NS. Saya tidak melepaskan peluang bergambar bersama isteri Mr Yau dan Pn Hjh Fatimah (veteran Pas di Ampangan).

Alhamdulillah, program berjalan lancar dan ramai sahabat-sahabat yang mendoakan agar cuaca sepanjang program baik hingga ke tengah malam. Ada yang buat solat hajat mohon kepada Allah semoga majlis berjalan dengan lancar dansempurna. Syukur ke hadrat Allah diatas kurnian nikmat yang tidak terhingga. Jazakallah... kepada semua UPU, guru-guru pasti, muslimat Paroi, pemuda , Unit Amal dan AJK2x yang terlibat. Moga Allah merahmati anda semua di dunia dan diakhirat.

1 comment:

maarofkassim said...

Tak dapek baco, tak nampak.