Tuesday, September 2, 2008

Bantulah beliau..

Ahad lepas saya dan emak telah menziarahi Pn Nafsiah dan ibunya, nenek Sariah di Kampung Chengkau Ulu. Sedih mendengar cerita Pn Nafsiah yang mana bekas suaminya tiada lansung memberikan nafkah kepada anak-anak. Lebih memeritkan lagi apabila beliau baru sahaja menimang cucu sulung yang mana anak menantunya turut tinggal bersamanya.

Sewaktu kunjungan jam 2.30 petang, beliau sekeluarga masih lagi belum makan tenghari dan anak keduanya sedang memasak sayur menggunakan dapur kayu. Keadaan dapur cukup uzur dan atapnya bocor.



Dah lama saya tidak melawat nenek Sariah. Kali terakhir pun adalah Ramadhan tahun lepas dan nampaknya beliau sudah semakin uzur. Emak saya memberi kata2x semangat kepada kak Nafsiah supaya banyak bersabar dengan kesusahan membesarkan anak2x. Apa yang dilalui oleh beliau turut pernah dirasai oleh emak saya satu ketika dahulu. Semuanya perlu dilalui dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

Anak Pn Nafsiah yang ke-2 bakal menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini dan merupakan pelajar harapan sekolah. Dia mendapat 4A dalam keputusan percubaan yang lepas. InsyaAllah saya doakan beliau akan berjaya. Alhamdulillah selepas sahaja menghantar sedikit sumbangan, seorang sahabat sanggup menjadi penyumbang tetap beras bagi setiap bulan kepada keluarga ini. Orang-orang UMNO didalam kampung ini marah bila kisah Pn Nafsiah keluar dalam Sinar. "Bukan saya yang meminta, ada orang yang hendak tolong..." beliau ucapkan terima kasih diatas keprihatinan semua. Saya doakan agar Allah permuadahkan urusan Pn Nafsiah.

No comments: