Thursday, April 1, 2010

Ramainya org NS yang sakit...

Di Taman saya hampir setiap minggu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri akan membuat semburan bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes. Demam denggi semakin berleluasa dan Negeri Sembilan merupakan antara 4 negeri yang mempunyai peningkatan kes demam denggi berbanding tahun 2009 pada awal suku tahun ini.


KUALA LUMPUR 4 Feb. – Tiga kematian akibat demam denggi dilaporkan pada minggu lepas, menjadikan jumlah kematian tahun ini meningkat kepada 14 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.
Beliau berkata, kes demam denggi turut dilaporkan meningkat kepada 1,101 kes pada tempoh sama, peningkatan sebanyak tiga peratus, berbanding 1,065 kes pada 17 hingga 23 Januari lepas dan empat negeri iaitu Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan dan Labuan menunjukkan peningkatan ketara.


Selain denggi, yang paling kritikal ialah dadah. Lebih 70% penagih dadah adalah org Melayu. Laporan lanjut ADK di http://www.adk.gov.my/pdf/laporandadah/laporandadahfeb09.pdf

Malam tadi di TV3 rancangan 999 turut memaparkan kes penagihan yang berlaku di kawasan2x dikawasan pendalaman. Jika dahulu mak bapak risau bila anak2x duduk dibandar-bandar besar kerana takut terlibat dengan dadah. Kini di kampung2x pun anak2x tidak akan terlepas dari pengaruh dadah. Bilangan tanggapan penagih dadah di NS turut bertambah pd tahun 2008 berbanding 2009.

SEREMBAN - Bilangan tangkapan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di sekitar negeri ini menunjukkan peningkatan paling ketara pada tahun lalu iaitu seramai 1,265 suspek berbanding 670 suspek pada 2008. Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Manan Mohd Hassan berkata, jumlah itu menunjukkan pertambahan sebanyak 88 peratus bagi tangkapan membabitkan kes positif dadah.


Di Malaysia pula 1.2 juta orang mengidap diabetes. Satu angka yang cukup besar.

HARI ini hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes. Malangnya, lebih separuh daripadanya tidak menyedari mereka menghidapi penyakit ini. Kira-kira 650,000 orang akan didiagnos pada tahun ini sebagai penghidap diabetes. Bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana komplikasi diabetes meningkat 100 peratus dari 21,872 pada tahun 1995 hingga 41,375 pada tahun 2005.

========================================
Demam denggi, dadah, diabetes dan bermacam penyakit lagi....Ramainya orang sakit berbanding orang sihat sekarang ini. 7April ini kita bakal menyambut Hari Kesihatan Sedunia dengan slogan "1000 Cities, 1000 Lives". http://www.who.int/world-health-day/2010/en/index.html

Selamatkah dan sihatkah bandaraya kita sekarang ini? Persoalannya...adakah kita menjaga kesihatan? Adakah keluarga kita sihat? Adakah masyarakat kita sihat? Jika remaja kita sakit dengan dadah, org dewasa dan kanak2x sakit dengan diabetes dan denggi...siapakah yang bakal menerajui negara di masa mendatang? ini tak termasuk lagi kes sakit jantung, kanser dll.......

No comments: