Saturday, April 3, 2010

SALAM TAKZIAH BUAT SDRA RAZALI OMAR

Salam takziah kepada Saudara Razali bin Omar (Setiusaha PAS cawangan Paroi) dan seluruh ahli keluarga yang kehilangan isteri tercinta Cikgu Saadah binti Abdul Wahid, pagi semalam. Allahyarhamah meninggalkan 3orang anak, 1perempuan dan seorang lelaki. Kami Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau (DMPKR) mendoakan semoga Allah melimpahkan kesabarah dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga di atas ujian ini.

Gambar:-Pn Hjh Ciana membacakan Yaasin ketika ziarah DMPKR semalam.

Allahyarhamah merupakan seorang guru yang sangat dedikasi dan mempunyai ramai anak murid diseluruh Negeri Sembilan. Antara murid beliau ialah Pn Hjh Ciana. Semalam ramai anak-anak murid beliau yang turun menziarahi jenazah untuk kali terakhir di kediaman En Razali di Kg Sentosa.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allayarhamah, diampunkan segala dosa dan di tempatkan di kalanangan orang-orang yang beriman.Ameen. AL-FATIHAH

No comments: