Entah berapa kali ku ulang2x buku karangan Dr. Asiah ali berkenaan Wanita & keluarga. Memang kita ini serba kekurangan dan tidak dapat memenuhi permintaan semua orang. Tetapi prinsip saya selagi boleh buat...buat dengan sebaik mungkin dan usah beralasan. Cuba fikir positif seadanya kerana natijahnya pasti akan menjadi positif.
Setiap kali buat motivasi saya gemar bertannya kepada 'participant' siapakah anda? Rata2x jawapan yg diberikan hanyalah sekitar 4-5 sahaja sedangkan banyak peranan yg kita terlepas pandang. Sebagai contoh, selain sebagai seorang wanita dan ibu berikut adalah peranan lain...
APA PERANAN SAYA SEBAGAI SEORANG
- hamba Allah
- anak perempuan
- jiran
- saudara perempuan
- menantu
- biras
- kakak
- adik
- qariah surau
- ahli taman
- ahli persatuan
- pekerja
- ibu saudara
- sepupu
- ahli pibg
- ahli masyarakat
- khalifah.......................dan banyak lagi.
Dalam bab terakhir buku ini diberikan panduan kepimpinan rumahtangga, agar perkara-perkara berikut ditanamkan dalam jiwa seorang yang bergelar ibu dan wanita.
1. Berwawasan
2.Tidak terpengaruh dengan materialistik
3.Bijak mengurus masa
4.Amalkan konsep tanggungjawab bersama
Ayuh...kita buka minda. Buat muhasabah diri...adakah kita ini jenis yg hanya pentingkan diri lantaran hanya memikirkan peranan sebagai isteri dan ibu dan meniggalkan peranan yg lain? Renung2xkan....
No comments:
Post a Comment