Bagi meningkatkan lagi keyakinan diri dan mengajarnya untuk berani "to say NO"; suami saya bercadang menghantar Ain mengikuti kelas karate. Dah lebih sebulan dia mengikuti kelas berkenaan yang diadakan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad; kami mula nampak perubahannya. Dia lebih tegas dengan adik-adik dan kurang sedikit merajuk. Jika tidak...mudah sangat dia terasa hati. Aktiviti kokurikulum seperti karate dan seni mempertahankan diri yang lain sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan diri dan jati diri individu yang terlibat dengannya. Dulu semasa di MRSM, saya menyertai silat....cuma sekarang ini dah lupa bunga2xnya.
Cuma bagi kami...rutin hujung minggu akan berubah...perlu bergilir2x untuk menghantar dan menjemput anak ke kelas karate. Kalau dua2x ada program...kasihan anak, kelas karate terpaksa cancel.
No comments:
Post a Comment