Budaya rewang sewaktu kenduri kahwin merupakan salah satu adat Melayu yang semakin dilupakan pada masa kini. Kebiasaannya majlis rewang ini hanya diadakan di kampung-kampung sahaja apabila ada majlis keraian dan perkahwinan. Semasa rewang, semua kerja akan dilakukan secara bergotong royong dan berkumpulan. Ada yang masak, ada yang mencuci pinggan mangkuk, ada yangg mengupas bawang dll. Kini budaya rewang semakin sepi apabila semakin ramai yang gemar menggunakan khidmat katering.
Di tempat tinggal kami, Taman Sri Pulai 3 Seremban; masih ada lagi keluarga yang menghidupkan budaya ’rewang’ sewaktu ingin melaksanakan majlis perkahwinan. Baru-baru ini, saya menghadiri majlis ’rewang’ jiran kami yang melangsungkan perkahwinan anak sulungnya. Kami kaum wanita dan lelaki, bergotong royong bermula petang Jumaat sehinggalah majlis selesai pada petang Sabtu. Semua kerja dapur dilakukan secara muafakat dan mendapat kerjasama yang baik dari jiran-jiran sekeliling.
Bagi pendapat saya, budaya rewang ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat terutamanya untuk masyarakat di taman-taman perumahan dan dibandar.Ianya suatu budaya yang baik kerana dapat merapatkan ukhuwah di kalangan masyarakat setempat. Sewaktu rewanglah kita dapat bertegur sapa dan mengenali jiran tetangga dengan lebih dekat. Kita tahu siapa anaknya, lorong mana jiran kita tinggal dan pekerjaannya serta lain-lain perkara. Sesuatu majlis akan nampak lebih meriah dengan kehadiran jiran-jiran yang datang membantu berbanding majlis yang nampah lesu meskipun gah dengan hiasan.
Ada yang berkata ‘rewang’ adalah tempat kaum wanita mengumpat dan mengambil tahu hal orang lain. Namun bagi saya bila datang ke majlis rewang, maka saya lebih mengenali jiran saya dan seisi keluarganya dengan lebih akrab. Ianya bukan sekadar untuk merapatkan ukhuwah tetapi sebagai satu platform tidak rasmi untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan di taman dan masalah yang dihadapi oleh jiran-jiran. Selain itu, di majlis rewang kita mendapat maklumat untuk membantu jiran-jiran yang berniaga. Contohnya jika ada jiran kita yang membuka kedai runcit dan membuat julalan kecil-kecilan, maka sudah pastinya kita akan cuba membeli dan membantu dikalangan jiran terlebih dahulu. Secara tidak langsung, ekonomi jiran kita turut berkembang.
Bila bercerita bab ekonomi, sudah kita maklum dalam keadaan ekonomi yang kritikal sekarang; budaya rewang perlu dihidupkan kembali bagi menjimatkan kos penyediaan makanan. Ada yang berbelanja melebihi RM10,000 untuk menyediakan makanan kepada 1,000 orang tetamu. Jika melaksanakan majlis secara rewang, kos adalah lebih murah dan adakalanya jiran-jiran turut membantu dari segi peralatan masakan. Pembaziran makanan juga tidak berlaku kerana kebiasaannya makanan yang lebih biasanya akan diagihkan kepada jiran-jiran terdekat yang datang membantu.
Di samping itu, melalui majlis rewang juga kita dapat mengumpulkan anak-anak muda di taman untuk dilibatkan sama dalam majlis-majlis keraian. Kebiasaannya, anak muda tidak berminat untuk menyertai persatuan-persatuan di taman dan sebagai alternatif mereka boleh dikumpulkan sebagai tenaga muda untuk menjaga kebersihan dalam sesebuah majlis. Di kampung biasanya mereka di panggil ’tukang tating’ untuk mengemaskan meja makan dan budaya ’tukang tating’ ini perlu disuburkan ditaman-taman. Terapkan ke dalam pemikiran anak-anak muda ini bahawa mereka juga penting dan mempunyai tanggugjawab membantu melaksanakan sesuatu majlis.
Lantaran itu sekali lagi saya tekankan, budaya rewang yang telah wujud sejak sekian lama di kampung-kampung perlu disemarakkan dan ketengahkan dikalangan masyarakat bandar supaya ianya tidak luput ditelan zaman.

No comments:
Post a Comment