Monday, April 12, 2010

PPP Tasik Jaya di usia 5 Tahun

Alhamdulillah...pada 11 April yg lepas PPP Tasik Jaya berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan yg ke-5. Mesyuarat tersebut telah berlangsung di Tadika Lama Tasik Jaya pada jam 3petang dan telah dirasmikan oleh Setiausaha Kehormat PPP Daerah iaitu Pn Hjh Zainab bt Baharom.

Dalam mesyuarat tersebut, para perwakilan sebulat suara bersetuju mengekalkan AJK lama yang sedia ada untuk sesi 2010-2012 yang akan datang. Pn. Norliyah sekali lagi diberi mandat untuk menerajui PPP Tasik Jaya. Diharapkan PPP dapat meneruskan aktiviti dan program untuk semua wanita terutamanya dalam menangani isu ummah sejagat tanpa mengira batasan politik dan agama.

No comments: