Saya pernah bicarakan tips 4B dalam proses pemilihan makanan ini terutamanya dalam bulan Ramadhan. Buat para isteri, jika mampu masak; LEBIH BAIK masak sendiri. Elakkan membeli diluar kerana acapkali kita terlepas pandang faktor 4B ketika membeli.
B- Beriman (carilah peniaga yang beriman. jika mereka berniaga di bazar Ramadhan pernahkah kita terfikir bila mereke solat Asar jika basar telah dibuka seawal jam 3petang? Adakah peniaga menutup aurat? Adakah peniaga berkuku panjang? jika si peniaga lelaki, adakah di merokok? memakai gelang dan rantai besar ala mat rock? berambut panjang yang tak terurus )
B- Bersih (lihatlah sekeliling gerai. Cara penyediaan, cara pemakaian si peniaga, cara pembungkusan dll)
B- Berzat (pastikan makanan yang dibeli berkhasiat. Kurang lemak, kurang kolestrol, kurang gula)
B- Berkualiti (pastikan makanan yang dijual itu setanding dengan harganya. Jika mee kari ada kerangnya. Jika mee sup ada daun supnya. Jika kuih seketul 40sen, sesuai dengan saiznya)
1 comment:
Kak Wani,
Selamat berpuasa =)
Post a Comment