Seawal jam 4ptg saya dan Kaklong telah tiba di tempat brainstorming. Setengah jam selepas itu ada 4 org adik Nisa rembau tiba dan syukur sehingga Maghrib 17 org dapat dikumpulkan. Banyak program yang bertembung dan ada AJK yang tidak berkesempatan hadir. Bagi saya program mesti diteruskan juga walaupun tak ramai yang ahdir keran objektifnya adalah untuk merangka program DMPKR dalm tempoh 6-12 bulan yg akan datang.
Sesi taaruf yang dikendalikan oleh Pn Hjh Ciana dan Cik Solehah cukup bermakna sekali. Kami juga berkesempatan mendengar taklimat dan sedikit motivasi drp Ateh dlm slot "Berfikir Secara Jamaah".
Majlis perasmian penutup kami telah diserikan dengan kehadiran wakil DMPNS iaitu Naib ketua Pn Rosenadiah dan Setiausaha, Pn Lina. Pn rosenadiah telah memberikan semangat kepada ahli yang hadir serta berkongsi pengalaman muslimat di Kuala Pilah.
No comments:
Post a Comment