Jelas beliau kesal dengan apa yang telah berlaku.... Beliau mahu hukuman yang diterimanya menjadi pengajaran kepada umat Islam yang lain. Ramai yang bersimpati kepada beliau namun beliau sedih dan lebih simpati kepada diri sendiri kerana gagal/tidak dapat menjalani hukuman tersebut. Beliau rela dihukum, disebat didunia berbanding menerima hukuman yang cukup hebat di akhirat kelak. Kesungguhan beliau dalam meneruskan niatnya untuk menerima hukuman tersebut wajar diajadikan pengajaran. Ramai antara kita yang takut untuk dihukum, disabitkan kesalahan dan rela merayu untuk tidak dihukum pabila melakukan kesalahan. Bukan seorang sahaja wanita Islam di Malaysia ini yang pernah minum arak. Mungkin ramai tetapi tidak kena tangkap seperti Kartika. Sikapnya yang mengaku akan kesilapan yang lalu wajar dicontohi terutamanya untuk golongan wanita yang pernah tersasar, terbabas, terlanjur dengan godaan dunia.
Sesungguhnya Allah Maha pengampun, Maha penerima taubat dan Maha penyayang. Allah menyifati diri-Nya di dalam Al Qur’an bahwa Dia Maha pengampun lagi Maha penyayang hampir mendekati 100 kali. Allah berjanji mengurniakan nikmat taubat kepada hamba-hamba-Nya di dalam sekian banyak ayat yang mulia.
Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Allah menginginkan untuk menerima taubat kalian, sedangkan orang-orang yang memperturutkan hawa nafsunya ingin agar kalian menyimpang dengan sejauh-jauhnya” (QS. An Nisaa’ [4] : 27)
Allah ta’ala juga berfirman (yang artinya), “Dan seandainya bukan karena keutamaan dari Allah kepada kalian dan kasih sayang-Nya (niscaya kalian akan binasa). Dan sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha bijaksana” (QS. An Nuur [24] : 10).
Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya Tuhanmu sangat luas ampunannya” (QS. An Najm [53] : 32). Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Rahmat-Ku amat luas meliputi segala sesuatu” (QS. Al A’raaf [7] : 156)
No comments:
Post a Comment