Alhamdulillah, pagi tadi saya sempat sms seorang kawan untuk mewar-warkan program Jejak Ukhuwah Ramadhan. Tak sampai 5 minit beliau bersetuju untuk memberi sumbangan barang an dapor kpd anak yatim dan fakir miskin. MasyaAllah, meskipun saya tidak berapa rapat dengan beliau namun beliau merupakan antara penyumbang /penderma yang tidak pernah mengatakan TIDAK setiap kali saya menghantar sms dan sebagainya.
Mungkin berkat keihlasan beliau yang sentiasa menderma membuatkan rezeki beliau semakin bertambah. Sering kali juga saya berhadapan dengan manusia kaya namun agak sukar memberi dan jika telah memberi, disebut-sebutnya entah berapa kali. Saya raikan sesiapa sahaja yang ingin menderma, menyumbang, bersedekah kerana saya hanya menjadi orang perantara untuk menyerahkan kpd yang layak menerima. Pernah satu ketika saya menerima sumbangan RM2000 dari seorang penderma yang tidak say kenali untuk disalurkan sempena bulan Ramadhan. Kepercayaan dan kesungguhan yang telah diletakkan oleh para penderma kpd saya untuk menguruskan sumbangan ini setiap tahun amat saya hargai.
Saya lihat majoriti penderma yang selalu memberi sedekah, rezekinya semakin bertambah. Itulah yang dinamakan BERKAT. Ada tiga tanda keberkatan pada rezeki seseorang itu:-
1. Rezeki itu membawanya kepada keadaan yang lebih baik. Semakin banyak rezeki semakin pemurah, semakin selalu ke Mekah, semakin menunaikan zakat. Ramai orang yang semakin ada rezeki semakin jauh dari Allah. Semakin kaya semakin semakin sombong dan sebagainya.
2. Semakin ada rezeki semakin tenang jiwa. Ini kerana keperluan kita telah dicukupkan. Orang yang hilang keberkatan pada rezekinya tidak akan rasa tenang. Ramai orang yang mencarinya pun tidak tenang, mencarinya takut tak dapat. Dah dapat pun tak tenang, dah dapat takut hilang, membelanjakannya pun tak tenang, membelanjakannya takut habis. Akhirnya, rezeki bukannya membawa ketenangan tetapi semakin merungsingkannya.
3. Rezeki yang ada keberkatan membawa kepada kecukupan. Orang yang hilang keberkatan rezekinya, semakin banyak semakin rasa tak cukup. Semakin ada rumah semakin nak rumah lagi. Ini yang Nabi saw sebut
“jika anak Adam ada dua lembah dari emas maka dia akan tetap mengharapkan yang ketiga (kerana rasa kurang) dan tidak akan mencukupkan perut anak Adam melainkan tanah (kematiannya)”
Moga kita menjadi golongan yang pemurah dan senantiasa bersedekah di bulan yang mulia ini

No comments:
Post a Comment