bersemuka entah kali berapa
bertanya tak terbilang rasanya
menyapa keputusan yang tekad di jiwa
mengusik keyakinan yang tidak terkota
entah berapa kali perlu engkau caturkan ini
biarlah aku dengan keputusanku
terus memandang ke hadapan
tanpa perlu ditoleh yang kemudian
sudah ketinggalan
entah berap kali aku jadi percaturan
untuk manusia yang gilakan pangkat dan kedudukan
sedangkan kerja tak keruan
masa terbuang dengan angan-angan
kata terbuang dengan hinaan
memandang hanya pada kesilapan
setiap perbuatan insan yang ada dihadapan
entah berapa kali perlu aku berada di medan caturmu ini
hanya menjadi perisai untuk engkau sakiti
cukuplah sudah aku dilukai
sudah segumpal tekad dihati
memulakan perjalan baru di kemudian hari
kerana aku tidak berharap apapun dari mu bernama manusia
yang banyak perasaan kotor dijiwa
cukuplah Allah bagiku
cukuplah Allah mendengar tutur bicaraku., melihatku, memahami hatiku
kerana ku yakin, disana akan ada sinar purnama menanti
No comments:
Post a Comment