Friday, August 21, 2009

Program Jejak Ukhuwah Ramadhan

Ruj. Kami : DMPKR/2009/Ogos/01


Tarikh : 17hb Ogos 2009


Kepada :

Badan-badan NGO, Syarikat swasta dan Individu Perseorangan


Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera ,


Dato’/Datin/Tuan /Puan/Encik/Cik,

PERMOHONAN SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM JEJAK UKHUWWAH RAMADHAN 1430 H


Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan Dewan Muslimat Kawasan Rembau dengan kerjasama Dewan Pemuda Kawasan Rembau dan Lajnah Kebajikan Kawasan Rembauakan melaksanakan program Jejak Ukhuwwah Ramadhan untuk memberi sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di seluruh Kawasan Rembau menjelang Ramadhan yang akan datang. Sehubungan dengan itu pihak kami akan melancarkan PROGRAM JEJAK UKHUWWAH RAMADHAN 1430 H seperti berikut;



Siri 1 serahan Tarikh : 23 Ogos 2009

Siri 2 serahan Tarikh: 29 & 30 Ogos 2009

Siri 3 serahan Tarikh: 5 & 6 September 2009

Siri 4 serahan Tarikh : 12 & 13 September 2009


2. Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak kami mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan dan wang ringkit bagi membantu meringankan penderitaan anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin. Marilah kita bersama-sam merebut peluang Ibadan ini dengan menyumbang kepada mereka supaya bersama merasai kegembiraan menyambut Ramadhan dan Hari Lebaran.Segala edaran akan dibuat


3. Segala bentuk sumbangan akan mula dikumpulkan bermula 20 Ogos 2009 sehingga tarikh penyerahan iaitu pada akhir Ramadhan 1430H. Semua barang keperluan ini akan mula diedarkan ke rumah-rumah penerima sumbangan bermula 23 Ogos sehingga 13 September 2009. Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pihak tuan/puan amat dihargai dan semoga segala sedekah/derma dan amal jariah kita lakukan menjelang bulan Ramadhan yang akan datang mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT.

Semoga usaha yang sedikit ini kami doakan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT.


Kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.


Yang benar,

_________________________

Puan Hjh Masitah bt Ali

Setiausaha Dewan Muslimat Kawasan Rembau

Email: halwan9@yahoo.com




PROGRAM JEJAK UKHUWWAH RAMADHAN 1430 H

Saya dengan ini bersetuju untuk memberi sumbangan untuk disedekahkan / disumbangkan kepada anak yatim /ibutunggal /fakir miskin/ golongan kurang upaya di dalam Kawasan Rembau. Saya dengan ini menaruh kepercayaan bahawa hasil sumbangan saya ini akan diuruskan agihannya oleh Dewan Muslimat Kawasan Rembau, Dewan Pemuda Kawasan Rembau

Senarai Barang yang ingin saya sumbangankan ialah:- (sila tandakan ü dalam kotak)

No

Barangan

Sila tandakan ü

Kuantiti sumbangan

1

Garam ( 1peket – RM0.50)



2

Gula (1 kilo – RM1.50)



3

Tepung (1 kilo – RM 2.80)



4

Biskut lemak (1 peket – RM2.50)



5

Susu tin (1 tin – RM2.20)



6

Teh (1 peket – RM3.50)



7

Kopi (1 peket – RM3.50)



8

Kicap ( 1 botol – RM2.50)



9

Minyak masak /kelapa

(1 peket – RM2.50)



10

Minyak masak/kelapa

(3 kilo – RM7.00)



11

Beras (5 kilo – RM 15.00)



12

Beras (10 kilo) – RM 28.00



· Sumbangan anda boleh berbentuk wang ringgit mahupun barangan keperluan untuk sambutan Ramadhan dan Hari Raya

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi wakil-wakil yang dilantik iaitu;

Pn Norwani ( Penyelaras Program ) – 013-3851202

Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau) – 012-2268230

Sdr. Rozmal ( Timb. YDP Rembau) – 012-2267406

Sdr Sufian (DUN Paroi ) – 013-3589328
Sdr Zamri (DUN Kota ) – 012-3513434
Sdr Syed Ahmad Johari ( DUN Chembong ) – 019-2628051
Tn Hj Shukri (DUN Rantau ) – 019-6210677

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :

  1. DEWAN MUSLIMAT KAWASAN REMBAU No. Akaun : 5012010061653
  2. DEWAN PEMUDA KAWASAN REMBAU , No Akaun : 05012010065457 Bank Islam Malaysia Berhad
  3. Ustaz Mohd Nazri Yusof 0193457690 , Akaun CIMB 05060082146527
  4. Tn Hj Abd Roni Rahim 0122268230 , Akaun Maybank 155127000141
  5. Sdr Hamizi Ahmad 0122832458 , Akaun BSN 0511229878928137

No comments: