Baru-baru ini berjumpa dengan seorang sahabat dan dia maklumkan Ustaz Akil Hayy dah berkahwin dengan Waheeda. Saya memang tak tahu cerita memandangkan jarang membaca majalah atau suratkhabar ruangan hiburan. Beliau sempat lagi menunjukkan berita yang terpampang di dada akhbar. Biarlah itu rezeki dia...kita doakan hanya yang terbaik untuk beliau. Rezeki Ustaz Akil Hayy di usia 40 tahun.... Berbeza pula dengan Ustaz Asri Ibrahim yang dijemput Allah diusia 40tahun. Rezeki arwah kerana bagaimana sekalipun kita menyayanginya, Allah lebih menyayangi beliau. Semoga Allah tempatkan Allahyarham di kalangan orang-orang yang beriman. Amin... Kita sendiri masih tak tahu apakah rezeki kita di usia 40tahun nanti.
Ramai kawan-kawan saya yang risau pabila suaminya mencecah usia 40tahun. Kata mereka 'live begin at 40' untuk orang lelaki. Terpulanglah...masing2x ada pendapat tersendiri. Kita sebagai wanita kena terima hakikat bahawa setiap yang bernama suami perlukan perhatian, kelainan, kasih sayang dan belaian. Jika suami kita ingin berkahwin lain, kita kena fahami hukum yang telah Allah tetapkan. Dalam waktu yang sama, hitung semula, kereksi diri dimana kesilapan kita. jangan dok salahkan lelaki sahaja. semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Renung-renungkan diri kita diambang 40tahun...
No comments:
Post a Comment