Tuesday, February 24, 2009

Bila Si Kecil menjadi Imam

"Ummi jomlah kita solat sama2x. Ain nak solat sama Ummi. "

"Ummi uzur sayang. Ummi tak boleh solat. Kak long ajak adik2x solat. Kak long jadi imam ye."

Kak long akur dan ketiga beradik berebut2x mengambil air sembahyang untuk menunaikan solat Maghrib. Ku perhatikan satu persatu tingkah laku mereka. Anak yang bongsu , Abdullah Azzam beria-ia hendak pakai telekung seperti kakak-kakaknya. Rasa sejuk hati bila melihat anak sulung yang berusia 6 tahun boleh menjadi imam kepada adik-adiknya yang berusia 4 & 2 tahun.Ku teliti bacaan kaklong yang turut diikuti oleh Nani dan Azzam. Masing-masing mengaminkan Al-fatihah kak long dengan kuat.




Alhamdulillah, minggu ni saya menghadiri training di Damansara dan rasa lega kerana dapat bersama anak2x. Antara Maghrib ke Isyak, dapat juga saya mengajar anak2x mengaji. Kami tidak berkesempatan menghantar anak menghadiri kelas mengaji di sebelah malam dan tanggungjwab ini diambil secara bergilir antara saya dan suami. Jadikan ianya satu rutin harian dan displinkan anak-anak supaya selepas solat Maghrib, MESTI mengaji. Kadang kala tertinggal juga perkara ini bila bertembung aktiviti famili dan sanak saudara.

Bagi saya, sejak kecil lagi anak2x ini perlu dikenalkan dengan SANG PENCIPTANYA. Biar dia takutkan Allah dari yang lain-lain. Bila bertengkar atau bergaduh, tekankan Allah tak suka bergaduh. Allah marah bila bergaduh. Berdosa, nanti masuk API NERAKA. Biar mereka takut api neraka dari takutkan rotan. InsyaAllah, lama2x akan datang perasaan gerun dihati mereka.

No comments: