Risau ke, takut ke? Majoriti manusia dibayangi kerisauan atau rasa takut yang menebal dalam melakukan sesuatu urusan terutamanya wanita. Dalam bekerja dan berjuang; ada yang TAKUT periuk nasi terjejas. Ada yang RISAU tak dapat naik pangkat. Bila selalu ke program jamaah, ada yang TAKUT tak cukup duit nak sumbang dan ada yang RISAU keluarga terabai. Bila ekonomi merudum, ada yang TAKUT dibuang kerja dan ada yang RISAU belanja dapur makin melambung. Bagi orang perempuan pula, pelbagai rasa RISAU dan TAKUT bersarang dalam diri;
TAKUT kehilangan suami
TAKUT suami cari yang lain
TAKUT suami dibuang kerja
TAKUT anak-anak tak menjadi
TAKUT bila sendirian
TAKUT jiran mengata
TAKUT belanja dapur tak cukup
RISAU keluarga tak memahami
RISAU baju tak berganti
RISAU nampak tak cantik
RISAU anak-anak tak dengar kata
RISAU tak sempat masak bila sibuk dengan kerja
RISAU ruamhtangga terabai
hai...bermacam lagi rasa TAKUT dan RISAU yang difikirkan oleh orang perempuan ini. Patutlah kaum wanita ini mudah nampak tua dan berkerut kerana terlalu banyak yang difikirkannya. terlalu banyak TAKUT dan RISAU. Bila selalu keluar outstation seorang diri dan bila berhadapan pelbagai lapis masyarakat dalam urusan seharian, segala rasa RISAU dan TAKUT ini dah jadi sebati.
Sepatutnya kita TAKUT bila gagal tunaikan amanah kepada Allah dan rasul. Sepatutnya rasa TAKUT dan RISAU itu diterjemahkan ke mode yang 'positif'. Tanam dalam jiwa anak2x untuk TAKUT hanya kepada Allah. TAKUT dan RISAU yang ada didalam jiwa sewajarnya ditukar agar kita lebih proaktif dan cemas apabila gagal melaksanakan amanah. Bukan TAKUT dan RISAU sehingga memudaratkan diri. Berfikir siang malam dalam kerisauan yang tiada berkesudahan tapi tiada tindakan.
Jika semua kaum wanita merasakan KETAKUTAN diri hanya layak kepada Allah, maka natijah untuk melaksanakan yang lebih baik akan terhasil. Contohnya; TAKUT suami kahwin lain sehingga syak wasangka tak habis2x, cemburu perpanjangan dan tak pandai jaga mulut. Akhirnya yang ditakuti itu jadi kenyataan. Yang paling baik, rasa TAKUT itu diserlahkan hanya kepada Allah; dan kita mesti bersedia bahawa segala suratan takdir ditangan Tuhan tetapi usaha ditangan manusia. Jika TAKUT suami kahwin lain kena cari penyebab kenapa? Majoritinya adalah kesilapan wanita yang masih tak faham hakikat kebenaran Allah telah serlahkan dalam Al-Quran. Jadi tiada apa yang perlu ditakutkan dan dirisaukan kerana yang kita cari didunia hanya sekelumit cuma. Cinta dan harapan kita adalah pada kehidupan di akhirat kelak. Tidak perlulah kaum wanita ini terlalu RISAU berpanjangan kerana pahala didunia ini melimpah ruah untuk dikutip dan Allah telah angkat darjat wanita ini untuk memilih mana2x pintu syurga pabila dia mentaati Allah, Rasul dan suaminya. Usahlah berduka, RISAU dan TAKUT.
No comments:
Post a Comment