Pn Rosminah sempat beramah mesra dengan semua peserta liqa fikri. Kehadiran beliau telah menyuntik semangat semua muslimat yang hadir.
Selepas solat isyak dan makan bersama, kami meneruskan program dengan sesi taaruf sesama AJK. Sesi ini cukup penting bagi kami untuk mengenali sahabat2x dengan lebih erat disamping mengenali keluarga,anak-anak dan harapan setiap muslimat dalam perjuangan ini. Kami bertukar cerita dan pandangan bagi memperkukuhkan lagi program-program muslimat di masa yang akan datang. Ianya juga seperti sesi muhasabah untuk kami selepas satu tahun kemenangan di Dun Paroi.
Qiamulaill kami pada pagi itu telah dipimpin oleh Ustazah Aishah dan Alhamdulillah, Ustazah turut memberikan beberapa pengisian dan kaedah tentang perlaksanaan solat malam. Selepas solat subuh, kami telah diberikan input oleh Ustaz Khazri tentang pengorbanan dalam perjuangan. Satu topik yang cukup menarik dimana ustaz telah memberikan pelbagai contoh dan kisah-kisah teladan kepada muslimat untuk direnungi. Selain itu ustaz juga telah menceritakan serba sedikit perkembangan di KT dan Perak.
Sesi liqa fikri kami berakhir selepas minum pagi dan saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat2x yang hadir serta kepada pemuda-pemuda yang sanggup menginfa'kan isteri masing-masing dalam perjuangan terutamanya YB Taufek, Hj Shukri, Sufian, Husaini dll. Moga program ini dqapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang sebagai satu kesinambungan tenaga kerja muslimat sebagai sayap kiri dalam perjuangan.
No comments:
Post a Comment