Tuesday, February 3, 2009

Kejayaan adalah ujian

Duhai anak...
Kejayaan bukan untuk di bangga
Kejayaan bukan untuk dirai sebesarnya
kejayaan bukan untuk meninggi diri


namun kejayaan adalah satu ujian
untuk mengenal hebatnya kuasa Tuhan
untuk mengenal kelemahan diri
untuk merenung dhaifnya hati
yang masih mengagumi diri



Duhai anak...
Ingatlah pesan Allah
Renungilah nasihat Rasulullah
Ingatlah pesan Mak Nek
jadi insan berguna dan berjasa

Anakku...
Mak Nek terharu dalam gembira
moga kau jadi insan mulia di sisiNya

* sempena Majlis Anugerah Pelajar cemerlang PASTI Malaysia 2008 (31 Jan 2009)

No comments: