Sunday, February 8, 2009

Semuanya terletak dihati

Alhamdulillah, minggu lepas sekali lagi wakil Nurdeen Management dijemput dan diberi kepercayaan untuk memberikan motivasi kepada hampir 300 orang pelajar di Sek Menengah Agama Teluk Kemang.

Rasa sejuk hati pabila menatap wajah-wajah bersih anak2x remaja disana. Slot 2 jam yang diberikan; saya selitkan dengan isu2x gejala sosial yang semakin nazak dinegara kita. Hati-hati remaja ini saya sentuh melalui klip-klip video kelahiran dan pengorbanan jasa seorang ibu. Dari sudut motivasi, kita bukan setakat menyentuh pemikiran tetapi yang penting hati2x nurani mereka perlu disentuh bagi mendapatkan impak yang berkesan.

Hati2x mereka ini perlu disentuh kerana dari hatilah yang baiklah maka akan lahirnya peribadi yang mulia. Dihatilah letaknya iman, dihatilah letaknya taqwa dan kekuatan untuk menjunjung perintah Allah SWT, dalam hati jualah letaknya ilmu, didalam hatilah letaknya keyakinan dan di dalam hatilah jua adanya sifat2x terpuji dan mahmudah. Semuanya bermula dengan hati.

Dalam masyarakat orang melayu, banyak sangat perkataan HATI ini digunakan terutamanya;

  • sakit hati
  • terasa hati
  • kecil hati
  • jauh hati
  • besar hati
  • hati kering
  • busuk hati
  • jatuh hati
  • tawar hati

Segala-galanya dari hati. Moga Allah pelihara hati2x kita dan hati2x anak remaja kita agar terus kekal dengan iman dan Islam. Ameen.

No comments: