”Beeb, Beeb adalah suami Ummi yang ke-2 dan terakhir. Ummi berdoa Beeb terus bersama Ummi dan ‘suami PERTAMA’ Ummi”, kenyataan ku mengejutkan suami. ”Hai, bila masa pula ummi ada ‘suami yang PERTAMA’. Bukan ke Beeb suami pertama Ummi.” Tanya suami dengan nada terkejut.
Suami PERTAMA Ummi adalah PERJUANGAN. Ummi kenal perjuangan sebelum Ummi mengenali Beeb. Ummi menyintai perjuangan menegakkan agama Allah sebelum Ummi menyintai Beeb.
Perjuangan yang merubah keluarga Ummi.
Perjuangan jualah yang merubah cara Ummi.
Perjuangan yang mematangkan Ummi di usia muda.
Perjuangan yang menemukan Ummi dan Beeb di gelanggangnya.
Perjuangan yang mengajar Ummi erti tanggungjawab dan pengorbanan.
Perjuangan jualah yang mendidik jiwa Ummi untuk menjadi lebih sabar, tabah dan bersungguh-sungguh dalam tugas.
Perjuangan yang mengajar Ummi untuk berhadapan dengan 1001 karenah manusia.
Perjuangan yang mentarbiyah Ummi dan anak-anak.
Perjuangan melatih Ummi untuk mengurus masa dengan lebih baik.
Perjuangan mengajar Ummi menjadi pendengar yang setia.
Perjuangan melembutkan hati yang keras
Perjuangan banyak membuatkan Ummi menangis dari ketawa
Perjuangan mengajar Ummi hakikat bahawa segala yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin Allah SWT.
Beeb, andainya Ummi tiada, Ummi berharap Beeb terus bersama ’suami PERTAMA’ Ummi. Peganglah dia dan terus istiqamah bersamanya hingga ke akhir hayat. Ummi berdoa agar kita semua, sahabat-sahabat kita terus bersama isteri dan suami PERTAMA mereka hingga nyawa di jemput Allah.
Memetik kata-kata Dr. Mustaphar Masyor kepada isterinya;
” Isteriku yang PERTAMA sebelum aku mengambilmu sebagai isteri adalah PERJUANGAN”

No comments:
Post a Comment