Bulan depan berlansung 2 lagi PRK- pilihanraya kecil. Dengar cerita akan meletus satu lagi PRK di Selangor, selepas itu di NS jika diizinkan Allah. Bila PRK meletus ianya umpama rahmat dan rezeki buat rakyat. Merupakan ujian getir buat PR-Pakatan Rakyat dan sengsara buat BN-Barisan Nasional.
Saya lihat banyak hikmah disebalik PRK yang berlaku terutamanya dalam situasi ekonomi yang cukup kritikal pada masa kini. Ramai orang dibuang dan kehilangan kerja dn PRK merupakan platform sementara buat rakyat yang tercari-cari kerja. Dapat menampal poster mahupun berkempen untuk BN, sudah pastinya mendapat habuan yang lumayan berbanding PR. Jika dahulu, berniaga hanya cukup untuk menampung keperluan harian namun pabila menjelang PRK, hasil jualan berlipat kali ganda sehingga mampu menampung hasil jualan untuk setahun ke tiga tahun. Jika dahulu tiada siapapun kepingin menyewa rumah ataupun menyewa bilik di kampung-kampung mahun di taman-taman lama NAMUN menjelang PRK, harga sewaan bukan dikira bulanan tetapi dikira harian. Di Kuala Terengganu contohnya ada rumah teres 2 tingkat yang disewa dengan kadar Rm1,000 satu hari. Rezeki melimpah ruah buat rakyat.
Di waktu kempen PRK inilah rakyat yang tak cukup makan, perutnya kenyang. Di musim inilah rakyat yang sakit terbela. Rakyat yang susah menjadi mewah. Rakyat yang terlantar bisa dihantar ke rumah sakit. Rakyat yang melarat, ramai yang ambil berat. Rakyat yang merana, semua pimpinan turun tunjuk muka. Rakyat yang derita, wajahnya makin ceria dengan buah tangan dan gula-gula. MasyaAllah, nikmatnya PRK. Mungkin bukan nikmat buah parti-parti yang bertanding namun di satu sudut ianya merupakan nikmat dan rakmat buat rakyat yang derita dan sengsara. Kalau setiap tahun PRK di sesebuah DUN dan Parlimen, sudah tentu tiada lagi rakyat yang termasuk dalam kategori miskin tegar. Waktu PRKlah rakyat mendapat ehsan pemimpin. Jika direnung semua, Maha Kuasa dan Maha Bijaksana Allah dalam mengaturkan sesuatu perkara.

No comments:
Post a Comment