Lebih dari 10 beg yang masih elok telah dikumpulkan. Beg-beg ini diperolehi ketika menghadiri seminar,kursus dan ada juga beg yang berupa hadiah tetapi tidak pernah digunakan. Kak Midah dan anak-anak membantu membersihkan beg-beg manakala saya membuat tanda harga yang mana beg-beg ini boleh dijual dengan harga RM1-RM10. 100% hasil jualan akan masuk ke Tabung Kebajikan Dun Paroi.
Di samping itu, bagi mengurangkan pelbagai barangan yang tidak digunakan dirumah; Kak Midah turut membantu saya membuat 'sorting' bagi bekas-bekas kuih yang masih elok. Banyak bekas yang disimpan didalam almari tanpa digunakan dan bagi saya elok kiranya jika ia dijual bagi membantu meringankan kesusahan orang lain. Kak Midah kata kalau rumahnya dekat, pasti dia kepingin sekali membawa bekas-bekas kaca ini balik ke Indonesia. Itu tidak termasuk lagi senduk2x, bekas2x yang diperolehi ketika berkahwin dahulu.
Jika kita benar-benar buat 5S, sebenarnya banyak barang2 yang tidak gunakan dan teperap begitu sahaja. Ada yang kata "sayangnya nak beri orang. Percuma pulak tu". Namun benda yang kita sayang itulah yang perlu disedekahkan dan diberi kepada orang lain. InsyaAllah, Allah akan ganti dengan benda yang LEBIH baik tanpa kita sangka-sangka. TAK PERCAYA, cubalah. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak rezeki yang kita terima dari Allah. Hadiah berharga yang Allah beri ialah pabila kita merasa lapang dada dan gembira walaupun sesuatu yang kita sayangi hilang dari pandangan.
No comments:
Post a Comment