Friday, February 6, 2009

Prihatinkah anda?


Salam takziah diucapkan kepada Saudara Sufian Ibrahim (Ketua unit Amal Malaysia merangkap AJK Pemuda NS dan Bendahari Pemuda Pas Kawasan Rembau serta Pengerusi YAM cawangan NS) diatas pemergian ibunya pada 4 Feb yang lepas.
" Seluruh muslimat PAS Kawasan Rembau mengucapkan salam takziah kepada Sdr Sufian dan Pn Fauziah(Setiausaha Muslimat Rembau) dan berharap agar seluruh ahli keluarga bersabar diatas ujian Allah. Semoga Allah SWT memperbanyakkan pahala, mengembirakan diri dan merahmati yang meninggal dari keluarga".
Antara sedikit ucapan yang diajarkan oleh YB Dato' Paduka Hj Husam Musa kepada seluruh peserta yang hadir program Seminar kebajikan Nasional pada hari ini, 7 Feb 2009. dalam sesi ini kami turut diperkenalkan tentang sebuah badan kebajikan iaitu Badan Amal Kami Prihatin (BAKP) adalah badan NGO yang ditubuhkan bertujuan untuk menjaga perihal kebajikan masyarakat khususnya golongan yang tidak bernasib baik di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Menerusi badan ini, pelbagai bentuk sumbangan sama ada dalam bentuk wang ringgit mahupun sokongan moral telah dihulurkan kepada mereka yang berhak tanpa mengira warna kulit, kaum dan agama. maklumat lanjut di http://kamiprihatin.com/

No comments: