Mutiara kata yang indah... titipan untuk jiwa dan minda. Forum berbicara dan berkongsi rasa untuk insan yang memahami erti kasih,sayang dan cinta kepada Ilahi dan alam semesta.Hubungi saya untuk sebarang pertukaran maklumat,info dan perkongsian pengalaman di halwan9@yahoo.com atau 013-3851202 (Nur Wani)
Monday, April 26, 2010
LIQA FIKRI MUSLIMAT SIRI-3
Tarikh: 15 Mei 2010
Masa: 8.00 malam (selepas solat Maghrib)
Tempat: Pasti Zulfa, Taman Seri Kasih Senawang
Naqibah: Prof Madya Dr. Asiah Ali
Tajuk: Penggabungan diri dalam gerakan / haraki Islam
Semua pimpinan Muslimat di seluruh peringkat dijemput hadir termasuk guru2x PASTI, isteri2x pimpinan dan ahli DMPKR.
JOM santai bersama DMPKR
Wednesday, April 21, 2010
BAYAR "CASH"
Zaman sekarang zaman CASH…. Jaga-jagalah hubungan kita dengan Allah, dengan manusia. Jangan salah cakap, jangan salah buat tindakan InsyaAllah kita terus dapat ’cash’ dengan Allah. Tak perlu tunggu di akhirat, di dunia lagi Allah dah bayar ’cash’.
Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan semua yang merupakan pimpinan kepada diri sendiri, pimpinan keluarga, pimpinan organisasi, pimpinan persatuan supaya jaga amanah dengan baik dan sedaya yang mungkin. Banyak sudah kisah tauladan dan perkara yang berlaku disekeliling kita yang boleh diambil pengajaran. Takut2x nanti apa sahaja yang berlaku kepada diri kita adalah natijah dari perbuatan, percakapan dan tindakan kita sebelum ini.Renung-renungkanlah....
- Jika kita diuji dengan karenah anak, check semula adakah kita pernah mengata atau merendah-rendahkan anak orang lain?
- Jika orang benci kita, check semula adakah kita pernah membenci atau tunjuk rasa benci kepada orang lain dengan sengaja atau tidak sengaja?
- Jika kita mengalami incident, check semula adakah kita pernah menimbulkan incident dan menyebabkan org lain incident?
- Jika kita mengalami sakit, check semula adakah kita pernah menyakiti orang lain sama ada secara sedar atau tidak?
- Jika kita mengalami kecurian, check semula adakah kita pernah terambil hak orang lain tanpa kita sengaja atau menyalahgunakan hak yang tidak sepatutnya atau kita kurang bersedekah?
- Jika kita ditimba musibah, check semula adakah kita pernah menyebabkan musibah menimba orang lain atau kita pernah mendoakan yang tidak baik kepada orang lain atau kita tidak menjalankan amanah yang diberikan?
- Jika kita sedih, check semula pernahkan mulut kita dan kata-kata kita menyebabkan insan lain bersedih?
Banyaknya yang perlu kita ’check’ atau muhasabah kembali. ”Cash” dari Allah SWT mungkin boleh datang terus kepada kita, keluarga kita mahupun saudara mara kita. Anak-anak yang pernah buat dosa dengan ibubpa, didunia lagi Allah dah bayar ”CASH’ Diakhirat nanti, nauzubillah...tak tahu bagaimana pedihnya azab Allah.
Lantaran itu dalam apa sahaja urusan, berhati-hatilah dengan mulut, dengan anggota dan dengan tindakan. Jika dah tersalah segeralah istigfar dan bertaubat kerana istigfar itu merupakan kifarat bagi segala kesalahan di samping memperbaharui taubat dan iman. Banyakkanlah istigfar kerana ia akan meniupkan kerehatan dan ketenangan dalam jiwa kita , InsyaAllah.
Renungi firman Allah dlm surah An Nisa ayat 110
”Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, menganiaya diri sendiri kemudian dia mohon ampun kepada Allah mesti ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
Sekadar peringatan untuk diri yang sering terlupa.
Monday, April 19, 2010
Jangan mudah tertipu
Jom maklumkan kepada ibubpa kita yang tinggal di kampung, uwan2x dan atuk2x yang tinggal keseorangan. Waspada sebelum terkena!
https://www.polisjohor.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=582%3Akes-kes-bersiri-jenayah-komersil&catid=2%3Anews-centre-current&Itemid=3&lang=bm
KES PENIPUAN BANTUAN KEBAJIKAN / IBU TUNGGAL / WARGA EMAS
- Suspek menyamar sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat / Baitulmal dan datang berjumpa dengan mangsa untuk memberi bantuan kepada ibu tunggal / fakir miskin / warga emas.
- Mangsa menyerahkan wang / barang kemas sebagai wang proses kepada saspek. Saspek berjanji akan datang semula pada minggu berikutnya.
- Suspek meghilangkan diri dan gagal dihubungi. Mangsa buat laporan polis.
- Ciri - ciri saspek:
- Lelaki / Perempuan.
- Melayu / Bberpakain kemas.
- Berkumpulan.
- Menaiki kereta / motosikal. - Sasaran:
- Warga emas.
Thursday, April 15, 2010
Bengkel Ice-Cream Muslimat (BIM)
BENGKEL ICE- CREAM MUSLIMAT
Wednesday, April 14, 2010
AROMATERAPI SPA KHAS UNTUK MUSLIMAH
Jom hadiahkan isteri dan ibu anda dengan membeli kupon di Ain Muslimah sempena HARI IBU. Maklumat lanjut di http://www.ainmuslimahspa.com/
Monday, April 12, 2010
Budaya ‘rewang’ yang semakin dilupakan
Di tempat tinggal kami, Taman Sri Pulai 3 Seremban; masih ada lagi keluarga yang menghidupkan budaya ’rewang’ sewaktu ingin melaksanakan majlis perkahwinan. Baru-baru ini, saya menghadiri majlis ’rewang’ jiran kami yang melangsungkan perkahwinan anak sulungnya. Kami kaum wanita dan lelaki, bergotong royong bermula petang Jumaat sehinggalah majlis selesai pada petang Sabtu. Semua kerja dapur dilakukan secara muafakat dan mendapat kerjasama yang baik dari jiran-jiran sekeliling.
Bagi pendapat saya, budaya rewang ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat terutamanya untuk masyarakat di taman-taman perumahan dan dibandar.Ianya suatu budaya yang baik kerana dapat merapatkan ukhuwah di kalangan masyarakat setempat. Sewaktu rewanglah kita dapat bertegur sapa dan mengenali jiran tetangga dengan lebih dekat. Kita tahu siapa anaknya, lorong mana jiran kita tinggal dan pekerjaannya serta lain-lain perkara. Sesuatu majlis akan nampak lebih meriah dengan kehadiran jiran-jiran yang datang membantu berbanding majlis yang nampah lesu meskipun gah dengan hiasan.
Ada yang berkata ‘rewang’ adalah tempat kaum wanita mengumpat dan mengambil tahu hal orang lain. Namun bagi saya bila datang ke majlis rewang, maka saya lebih mengenali jiran saya dan seisi keluarganya dengan lebih akrab. Ianya bukan sekadar untuk merapatkan ukhuwah tetapi sebagai satu platform tidak rasmi untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan di taman dan masalah yang dihadapi oleh jiran-jiran. Selain itu, di majlis rewang kita mendapat maklumat untuk membantu jiran-jiran yang berniaga. Contohnya jika ada jiran kita yang membuka kedai runcit dan membuat julalan kecil-kecilan, maka sudah pastinya kita akan cuba membeli dan membantu dikalangan jiran terlebih dahulu. Secara tidak langsung, ekonomi jiran kita turut berkembang.
Bila bercerita bab ekonomi, sudah kita maklum dalam keadaan ekonomi yang kritikal sekarang; budaya rewang perlu dihidupkan kembali bagi menjimatkan kos penyediaan makanan. Ada yang berbelanja melebihi RM10,000 untuk menyediakan makanan kepada 1,000 orang tetamu. Jika melaksanakan majlis secara rewang, kos adalah lebih murah dan adakalanya jiran-jiran turut membantu dari segi peralatan masakan. Pembaziran makanan juga tidak berlaku kerana kebiasaannya makanan yang lebih biasanya akan diagihkan kepada jiran-jiran terdekat yang datang membantu.
Di samping itu, melalui majlis rewang juga kita dapat mengumpulkan anak-anak muda di taman untuk dilibatkan sama dalam majlis-majlis keraian. Kebiasaannya, anak muda tidak berminat untuk menyertai persatuan-persatuan di taman dan sebagai alternatif mereka boleh dikumpulkan sebagai tenaga muda untuk menjaga kebersihan dalam sesebuah majlis. Di kampung biasanya mereka di panggil ’tukang tating’ untuk mengemaskan meja makan dan budaya ’tukang tating’ ini perlu disuburkan ditaman-taman. Terapkan ke dalam pemikiran anak-anak muda ini bahawa mereka juga penting dan mempunyai tanggugjawab membantu melaksanakan sesuatu majlis.
Lantaran itu sekali lagi saya tekankan, budaya rewang yang telah wujud sejak sekian lama di kampung-kampung perlu disemarakkan dan ketengahkan dikalangan masyarakat bandar supaya ianya tidak luput ditelan zaman.
Wanita & keluarga
- hamba Allah
- anak perempuan
- jiran
- saudara perempuan
- menantu
- biras
- kakak
- adik
- qariah surau
- ahli taman
- ahli persatuan
- pekerja
- ibu saudara
- sepupu
- ahli pibg
- ahli masyarakat
- khalifah.......................dan banyak lagi.
PPP Tasik Jaya di usia 5 Tahun
Sunday, April 4, 2010
Doa untukmu yang ku gelar SAHABAT
Ya Allah ...Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu..
Jika kau halalkan aku merindui sahabatku janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.
Ya Allah ...kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah
Untuk mendapat perhatian Allah
Saturday, April 3, 2010
Tingkat keyakinan dengan karate
PESONA NISA' yang mempersonakan
SALAM TAKZIAH BUAT SDRA RAZALI OMAR
Gambar:-Pn Hjh Ciana membacakan Yaasin ketika ziarah DMPKR semalam.
Allahyarhamah merupakan seorang guru yang sangat dedikasi dan mempunyai ramai anak murid diseluruh Negeri Sembilan. Antara murid beliau ialah Pn Hjh Ciana. Semalam ramai anak-anak murid beliau yang turun menziarahi jenazah untuk kali terakhir di kediaman En Razali di Kg Sentosa.
Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allayarhamah, diampunkan segala dosa dan di tempatkan di kalanangan orang-orang yang beriman.Ameen. AL-FATIHAH
Thursday, April 1, 2010
Ramainya org NS yang sakit...
Selain denggi, yang paling kritikal ialah dadah. Lebih 70% penagih dadah adalah org Melayu. Laporan lanjut ADK di http://www.adk.gov.my/pdf/laporandadah/laporandadahfeb09.pdf