Baru setahun dan belum sampai pun 2 tahun Pakatan Rakyat mentadbir negeri-negeri yang menang. BN dan UMNO tidak habis2x mencerca, memfitnah dan memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat dan menafikan segala kebaikan dan kebajikan yang telah dilaksanakan.
" Baru 1 TAHUN makcik Pakatan Rakyat memerintah. Bayangkanlah jika usia anak yang baru setahun....baru belajar berjalanlah katakan. Bila berjalan pastinya jatuh dan bertatih lagi" Itulah perumpamaan yang boleh aku gambarkan untuk si kecil berusia 1 tahun . Sudah tentu si anak tadi sering terjatuh, menangis dan memerlukan pertolongan untuk bangkit semula. Bila ada kelemahan pemerintahan dalam usis 1 tahun sudah pastinnya ia perkara normal bagi yang boleh membezakan angka 1TAHUN dan 50 TAHUN.
Tapi kerajaan Barisan Nasional telah memerintah lebih 50tahun? Lagi banyak masalah yang timbul berbanding masalah yang diselesaikan. Yang hanya mampu dibawa oleh BN adalah isu pembangunan, isu MAJU. Apa ertinya maju pakcik...JIKA
- Ramai anak gadis yang telah MAJU terlebih dahulu sebelum dimajukan (mengandung luar nikah
- Indeks jenayah dan rogol lebih MAJU dari indeks saham
- Harga2x barangan keperluan harian lagi MAJU dari harga getah dan kelapa sawit
- Bil2x kemudahan awam lagi MAJU dari dividen dan bonus
- Bilangan yang masuk pusat Serenti lagi MAJU berbanding bilangan yang keluar menjadi doktor
- Jumlah orang yang gila judi dan arak lagi MAJU berbanding jumlah yang pergi ke masjid
Apalah ertinya MAJU jika hidup dihimpit derita, hati sengsara dan pemimpinnya hanya gilakan dunia.
1TAHUN vs 50 TAHUN memang bezanya. Kelantan telah diperintah oleh PAS 20tahun dan banyak perubahan yang berlaku berbanding negeri lain. Renung-renungkanlah...
No comments:
Post a Comment