Thursday, October 15, 2009

Terima Kasih KAK MUS

Alhamdulillah..selepas sebulan tanpa pembantu, akhirnya Allah izinkan aku mendapat pembantu baru iaitu Kak Musliani. 10.10.09 Kak Mus tiba dan 12.1009 aku terpaksa ke utara tanah air selama seminggu untuk urusan kerja. Terima kasih kepada kak Mus kerana tolong jagakan anak-anak. Alhamdulillah, anak2x mudah serasi dengan Kak Mus yang baru tiba.


Dengan izin Allah juga, pembantu kali ini rupanya pernah bekerja dengan Hj Roni dan Ustazah Zuraini hampir 5tahun. Moga-moga allah mudahkan segala urusan kami sekeluarga kerana aku memang tak suka nak mengomen tentang orang gaji. Bagiku, mereka semua manusia dan mereka juga ada perasaan. Hormatilah dan raikan mereka seadanya. Sering ku nasihatkan pembantuku tentang nilai keberkatan rezeki. Kerap ku berpesan "Akak jagalah anak saya baik2x sepertimana Akak jaga anak Akak sendiri. InsyaAllah, Allah akan menjaga anak Akak yang berada di Indonesia sana dengan sebaik yang mungkin."


"Jika Akak nak anak-anak Akak menjadi yang terbaik, kerjalah dengan baik. Pastikan rezeki yang kita dapat itu berkat dan majikan memberinya dengan lapang dada dan berpuas hati dengan kerja kita. Amanah kena jaga.."

Sebagai majikan usah kita pandang akan kelemahan pembantu...periksa diri sendiri jika pembantu lakukan kesilapan. Contohnya;

1. Jika kita tak suka pembantu bangun lambat, periksa dulu diri; adakah kita pun memang bangun lambat sebelah pagi

2. Jika kita tak suka pembantu kita lembab buat kerja, periksa dulu diri; adakah kita pun memang lembab dan tak menjaga masa

3. Jika kita tak suka pembantu kita tak bersihkan rumah, periksa dulu diri; adakah kita pun memang tak pandai bersihkan rumah ketika ketiadaan pembantu

4. Jika kita tak suka pembantu marahkan anak kita, periksa dulu diri; adakah kita ini jenis yang suka marahkan anak

5. Jika kita tak suka pembantu kita malas, periksa dulu diri; adakah kita pun jenis yang malas mengemas.

Bagi saya apa sahaja kelemahan yang ada kepada pembantu; sebagai majikan kita kena terima dulu kelemahan dia. Didik dan kemudian pimpin dia untuk membuat pembaikan seterusnya. Kadang kala kekuatan yang ada pada pembantu ini saya kutip untuk jadikan kekuatan kepada diri sendiri. Pembantu yang dulu, Alis & Kak Hamidah sanggup tinggalkan anak-anak bertahun lamanya untuk mencari rezeki di Malaysia. Takkanlah kita yang baru seminggu tinggalkan anak2x untuk bertugas mahupun keluar pergi berjuang merasa keluh kesah dan risau. Serahkan kepada Allah...Allah lah sebaik-sebaik tempat kita bergantung dan memohon perlindungan.

nur mutiara
Sg Petani

No comments: