Telah lama saya bercadang untuk mendirikan perpustakaan mini di rumah. Keinginan semakin meluap selepas membaca buku Al-Syahid Hassan Al-Banna iaitu Cinta Rumahtangga. Beliau menanamkan minat suka membaca dikalangan anak-anaknya dengan memastikan terbinanya sebuah perpustakaan dan bilik bacaan dirumahnya. Antara nasihat yang beliau berikan kepada Ikhwanul Muslimin ialah supaya mewujudkan perpustakaan dan gedung ilmu dirumah setiap ahli ikhwan. Antara sahabat yang saya nampak telah mempraktikkan perkara ini ialah Hj Shukri dan Hjh Ciana. Setiap kali ke rumah Hjh Ciana saya akan menjeling ke rak buku dan mini library yg ada dirumahnya. Dalam hati akan bertanya “bila agaknya saya nak mulakan mini library dirumah saya?”
Alhamdulillah, hari Sabtu yang lepas saya dan anak2x bergotong royong mengumpulkan buku2x dan majalah yg berada di dalam kotak, beg dan almari di bilik masing2x. Dengan sedikit modal RM170, saya membeli satu rak almari untuk memulakan projek ‘mini library’. Anak2x cukup excited kerana buku2x bacaan mereka dapat dikumpulkan di satu tempat. Jika tidak bersepah-sepah bila kami hendak mencari bahan bacaan. Beeb pula akan mudah mencari bahan rujukan untuk sesi pengisian, usrah dan apa2x task yang memerlukan sumber rujukan. Jika tidak sebelum ini kami terpaksa menyelongkar almari dan laci2x yang penuh dengan buku sebab gagal mempraktikan 5S – Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa amal.
Bersama anak2x saya buat 5S dan antaranya tagging si setiap rak untuk memudahkan ianya dicari dan disusun semula. Bila dah ada ‘mini library’ Beeb berpesan kepada saya ianya bukan untuk dipamerkan sahaja tetapi untuk menjadi motivasi diri agar lebih rajin membaca. Almaklumlah…saya suka menjadi pendengar setia dan kurang membaca. Lepas Beeb habis membaca suratkhabar, saya lebih suka beeb ceritakan apa isu2x penting yang ada. Lepas nie, kena rajin membaca dan tunjukkan contoh kepada anak2x.

No comments:
Post a Comment