"Selamat Hari Jadi BABAH. Semoga Babah panjang umur dan jadi Babah yang soleh.Ain sayang Babah, Ummi dan adik-adik Ain".
Kad itu suamiku simpan sehinggalah anak yang ke-2 mencontengnya lansung hilang. Tak sempat untuk kami simpan hasil nukilan anak yang baru belajar menulis dan membaca. Cuma saya sempat simpan hasil tulisan Ain untuk saya sempena Hari Ibu yang lepas.
" Selamat Hari ibu. Ain sayang ummi dan Babah dan juga Adik-Adik Ain pun". Ucapan ringkas tetapi berkesan dijiwa kerana tahun ini adalah tahun pertama aku dan suami menerima kad ucapan daripada anak. Anak-anak inginkan perhatian dan dalam keadaan sibuk acapkali perhatian itu kurang mampu dilaksanakan. Alhamdulillah, banyak kali kami suami isteri berpesan dengan diri sendiri, jika boleh elakkan merotan,memarahi,menengking anak-anak. Utamakan 80:20 principles. 80% kasih sayang dan 20% adalah teguran yang membina. Mereka adalah harta dan anugerah berharga Allah kepada kita. dalam keadaan penat, letih, tertekan, marah; USAH sesekali perasaan itu di tempiaskan kepada sikecil. Didiklah dan peliharalah mereka sebaik mungkin selagi kita masih lagi bergelar ibu dan ayah.
No comments:
Post a Comment