Thursday, May 21, 2009

Doa dari Seberang

Seawal 6.30pagi saya sempat mengikuti briefing untuk pekerja-pekarja ladang di Bintulu Sarawak ini. Jam 6.30 pagi disini hampir sama dengan jam 8.00pagi di Semenanjung. Seminggu di Sarawak saya sempat menjelajah ke beberapa buat tempat untuk berjumpa dengan pekerja. Bermula dari Bintulu, saya ke Rajawali dan seterusnya ke Pekaka. Sempat juga melalui jalan yang menghala ke Bakun. Perjalanan tampak menarik dan segar dengan pepohon hijau disepanjang jalan. Mahasuci Allah diatas keindahan ciptaan alam ini


Rasa terharu apabila briefing pagi itu dimulakan dengan Al-Fatihah dan diikuti oleh bacaan doa oleh salah seorang pekerja dari Seberang.


Ya Allah...

Kami mohon kepadaMu

kebaikan sama ada yang telah kami tahu

atau yang belum kami ketahui

kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan

tubuh badan yang sihat

akal fikiran yang sejahtera

dan semangat yang membara

bagi mempertingkatkan kualiti kerja kami

ya Allah...

kami mohon perlindunganMu

dari segala keburukan

hasad dengki dan iri hati

sama ada yang telah kami tahu

atau yang belum kami ketahui


Ya Allah..

Lembutkanlah dan satukanlah jiwa-jiwa hambamu

Agar wujud kesepakatan

Dan kesefahaman antara kami

Bagi menunaikan tugas yang diamanahkan

Dengan lebih berkesan

Bagi meneruksn khidmat bakti kami

Kepada agama , bangsa dan negara

Amin...


Moga Allah memelihara mereka semua dan saya dapati majoriti surau,masjid di kawasan pendalaman ini diimarahkan oleh pekerja-pekerja dari Seberang dan Bangladesh. Mereka menjadi bilal, mereka menjadi imam dan seringkala alunan zikir berkumandang. Majoriti antara kita mungkin memandang rendah kepada foreign workers ini namun tidak semua mereka jahat dan tidak bermoral. Kebanyakkan yang saya ketemui amat berdisplin dan komited dalam kerja. Semoga mereka semua beroleh kekuatan, kesabaran,ketabahan dalam mencari rezeki dibumi bertuah Malaysia.

No comments: