Mutiara kata yang indah... titipan untuk jiwa dan minda. Forum berbicara dan berkongsi rasa untuk insan yang memahami erti kasih,sayang dan cinta kepada Ilahi dan alam semesta.Hubungi saya untuk sebarang pertukaran maklumat,info dan perkongsian pengalaman di halwan9@yahoo.com atau 013-3851202 (Nur Wani)
Monday, May 18, 2009
SELAMAT PAGI CIKGU
SELAMAT PAGI CIKGU…ucapan yang sering anak-anak saya ucapkan bila mereka terkenangkan cerita Upin & Ipin. Masing-masing cuba berlakon sebagai cikgu. Sempena 16 Mei ini; SELAMAT HARI GURU saya ucapkan kepada semua pendidik dan bekas pendidik yang telah menjalankan tugas yang sungguh mulia mendidik anak bangsa. Tidak kira sama ada kita merupakan pendidik di peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA dan lain-lain institusi. Semuanya memainkan peranan yang sama iaitu MENDIDIK dan MENYAMPAIKAN ILMU.
Meskipun pada peringkat awalnya menjadi “guru/cikgu” bukanlah antara cita-cita idaman saya. Malah pernah dahulu tawaran menjadi guru di matrikulasi saya tolak kerana memang saya tidak minat mengajar. Sejak kecil saya cukup garang dengan adik-adik dan emak sendiri cakap saya tidak sesuai menjadi cikgu kerana nanti anak-anak murid akan teruk kena dera dengan saya. Namun pabila mula bekerja dikilang, boss banyak menyuruh saya buat briefing dan training. Antara orang yang mula mengenali potensi saya dalam ‘training’ adalah boss pertama saya iaitu Madam Siew Hong. Katanya saya lebih sesuai dalam ‘training’ dan kekuatan saya in managing people.
Sejak itu saya cuba beranikan diri memberi ‘training’ dan menjalankan’workshop’ untuk pekerja. Lama kelamaan timbul minat untuk mengajar. Disamping mengajar ianya merupakan medan yang terbaik untuk berdakwah. Walaupun saya bukannya cikgu namun 90% orang baru yang saya jumpa akan mengatakan saya ini cikgu dan adakalanya dipanggil. Alhamdulillah, tempias daripada sahabat-sahabat saya yang majoritinya cikgu iaitu Cikgu Ciana, cikgu Saadah, cikgu mahani, cikgu Zuriani, cikgu solehah, cikgu Jazilah, cikgu Hanadiah; memangkinkan post saya yang baru bermula July 2009 sebagai ‘TRAINER”. Dengan kata lain tugas baru saya lebih focus mengajar dan mendidik pekerja dalam bidang alam sekitar, keselamatan dan kesihatan. Cuma bezanya saya tidak dipanggil cikgu tetapi trainer. Peranan hampir sama dengan guru/cikgu cuma bezanya anak murid saya di kalangan orang dewasa. Walau apapun, masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua insan yang bergelar cikgu, guru, mualimah. Semoga Allah memanjangkan umur, memurahkan rezeki, menambahkan ganjaran dan merahmati hidup anda yang berusaha mendidik anak bangsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment