Alhamdulillah, berakhir sudah Mesyuarat Agung Dewan Muslimat Pas Kawasan Rembau yang menampilkan muka baru dalam barisan kabinetnya. Saya mengalu-alukan penglibatan adik-adik muslimat muda dalam menerajui Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau.
Saya yakin adik-adik ini mempunyai potensi yang besar utk diketengahkan. Mereka merupakan barisan pelapis kepimpinan muslimat bukan setakat di Rembau malah di Negeri Sembilan. Tenaga muda yang ada perlu dimanfaatkan mengikut kekuatan masing-masing. Jika ada 10 orang muslimat muda yang boleh bekerja sepenuh hati dan tenaga untuk PAS Rembau, saya cukup yakin sinar kegemilangan Islam akan terus memancar di Rembau. Teringat saya akan kata-kata Mantan Presiden Indonesia, Sukarno:
“Berilah aku seratus orang pemuda, nescaya aku akan mampu menggoncangkan dunia. Tetapi sekiranya aku diberi seribu orang tua nescaya tewaslah aku”
Demikian sebuah proklamasi yang telah mengangkat martabat golongan muda. Dalam perjuangan ini, tenaga pemuda dan pemudi khususnya Nisa amat penting dibangunkan untuk meneruskan agenda dan memperkukuhkan gerak kerja parti. Harapan diletakkan di atas bahu golongan muda kerana golongan ini masih memiliki semangat yang membara, tubuh badan yang kuat serta idealisme yang tinggi.
Saya sentiasa berdoa agar adik-adik muslimat muda ini diberikan kekuatan untuk bersama-sama merealisasikan gerak kerja muslimat khususnya diRembau. Mudah-mudahan Allah memberi 1001 kesabaran, kekuatan dan iltizam yang tinggi kepada kami untuk mempertahankan kemenangan sulung di Paroi dan seterusnya menjana kemenangan di Rembau khususnya.
No comments:
Post a Comment