Bila terkenangkan permintaan mak, mana mungkin untuk kita mungkiri. Sedaya upaya kita akan usahakan juga kerana ingin lihat wajah suci itu tersenyum gembira. Ingin lihat mak gembira dan ceria. Ingin lihat hati mak berbunga mekar dengan ole-ole yang tidak seberapa. Walaubagaimana susahpun, selaku anak akan ku turuti juga pabila terkenangkan pengorbanan mak yang tidak ternilai. Bagiku mak merupakan wanita yang cukup tabah dan sabar. Sabar dengan setiap kerenah insan sekeliling yang dihadapinya. Tak boleh kulihat mak menangis kerana aku akan menangis sekali. Tak boleh kulihat mak bersedih kerana aku akan turut bersedih. Tak boleh kulihat mak terluka kerana aku akan rasa pedih lukanya.
Jika diizinkan Allah, ingin kumiliki hati setabah dan sesabar mak. Ingin ku miliki hati suci mak yang tidak pernah membezakan anak-anak. Ingin ku miliki kelembutan jiwa mak yang sangat menyayangi sesiapa sahaja yang ditemuinya. "Mak terima kasih kerana melahirkan wani,membesarkan wani,menjaga wani,mendidik wani,memahami wani,menyayangi wani dan merestui pilihan hati wani. Semoga Allah limpahkan rahmat yang berpanjangan, kesihatan yang berkekalan, umur yang diberkati dan rezeki yang dilimpahi untuk mak. Maklah RATU hati wani.

No comments:
Post a Comment