Bagi saya, sejak kecil lagi anak2x ini perlu dikenalkan dengan SANG PENCIPTANYA. Biar dia takutkan Allah dari yang lain-lain. Bila bertengkar atau bergaduh, tekankan Allah tak suka bergaduh. Allah marah bila bergaduh. Berdosa, nanti masuk API NERAKA. Biar mereka takut api neraka dari takutkan rotan. InsyaAllah, lama2x akan datang perasaan gerun dihati mereka.
Mutiara kata yang indah... titipan untuk jiwa dan minda. Forum berbicara dan berkongsi rasa untuk insan yang memahami erti kasih,sayang dan cinta kepada Ilahi dan alam semesta.Hubungi saya untuk sebarang pertukaran maklumat,info dan perkongsian pengalaman di halwan9@yahoo.com atau 013-3851202 (Nur Wani)
Tuesday, February 24, 2009
Bila Si Kecil menjadi Imam
Bagi saya, sejak kecil lagi anak2x ini perlu dikenalkan dengan SANG PENCIPTANYA. Biar dia takutkan Allah dari yang lain-lain. Bila bertengkar atau bergaduh, tekankan Allah tak suka bergaduh. Allah marah bila bergaduh. Berdosa, nanti masuk API NERAKA. Biar mereka takut api neraka dari takutkan rotan. InsyaAllah, lama2x akan datang perasaan gerun dihati mereka.
Monday, February 23, 2009
AJK AMAL N.SEMBILAN 2009-2011
Tim. Pengerusi - Rozmal Malakan
Naib Peng. 1 - Dr. Faridah Idris
Naib Peng 2 - Fakrurrazi (Teluk Kemang)
Naib Peng 3 - Zulkarnain Mohd Zaki
AJK:
1. Norwani Ahmat (Bendahari)
2. Hakki Bawadi (SU)
3. Lotfi Kasbin
4. Us Nazri Yusuf
5. Shukri Ismail 6. Shahrizal
Friday, February 20, 2009
Sambil Makan, Sambil Derma
Wednesday, February 18, 2009
TABUNG JIHAD
Meskipun hasil tabungan hanyalah duit syiling sahaja sama ada lebihan belanja dapor dan pasar; pihak kami yakin ianya dapat dimanfaatkan bagi membantu meringankan bebanan kewangan yang di tampung oleh pihak DUN Paroi membantu ibu tunggal, anak yatim, golongan yang memerlukan serta mengerakkan aktiviti kebajikan disekitar Paroi dalam krisis ekonomi yang kritikal ini.
Muslimin dan Muslimat yang berminat untuk mendapatkan tabung ini boleh mendapatkannya daripada Muslimat Rembau dengan menghubungi saya Pn Norwani 013-3851202 atau Bendahari Pn Rohani (017-6549624). Tabung ini boleh diperolehi dengan harga RM2 SAHAJA.
Tuesday, February 17, 2009
PRK, nikmat dan rahmat buat rakyat
Saya lihat banyak hikmah disebalik PRK yang berlaku terutamanya dalam situasi ekonomi yang cukup kritikal pada masa kini. Ramai orang dibuang dan kehilangan kerja dn PRK merupakan platform sementara buat rakyat yang tercari-cari kerja. Dapat menampal poster mahupun berkempen untuk BN, sudah pastinya mendapat habuan yang lumayan berbanding PR. Jika dahulu, berniaga hanya cukup untuk menampung keperluan harian namun pabila menjelang PRK, hasil jualan berlipat kali ganda sehingga mampu menampung hasil jualan untuk setahun ke tiga tahun. Jika dahulu tiada siapapun kepingin menyewa rumah ataupun menyewa bilik di kampung-kampung mahun di taman-taman lama NAMUN menjelang PRK, harga sewaan bukan dikira bulanan tetapi dikira harian. Di Kuala Terengganu contohnya ada rumah teres 2 tingkat yang disewa dengan kadar Rm1,000 satu hari. Rezeki melimpah ruah buat rakyat.
Di waktu kempen PRK inilah rakyat yang tak cukup makan, perutnya kenyang. Di musim inilah rakyat yang sakit terbela. Rakyat yang susah menjadi mewah. Rakyat yang terlantar bisa dihantar ke rumah sakit. Rakyat yang melarat, ramai yang ambil berat. Rakyat yang merana, semua pimpinan turun tunjuk muka. Rakyat yang derita, wajahnya makin ceria dengan buah tangan dan gula-gula. MasyaAllah, nikmatnya PRK. Mungkin bukan nikmat buah parti-parti yang bertanding namun di satu sudut ianya merupakan nikmat dan rakmat buat rakyat yang derita dan sengsara. Kalau setiap tahun PRK di sesebuah DUN dan Parlimen, sudah tentu tiada lagi rakyat yang termasuk dalam kategori miskin tegar. Waktu PRKlah rakyat mendapat ehsan pemimpin. Jika direnung semua, Maha Kuasa dan Maha Bijaksana Allah dalam mengaturkan sesuatu perkara.
Menjadi isteri atau suami ke -2?
Suami PERTAMA Ummi adalah PERJUANGAN. Ummi kenal perjuangan sebelum Ummi mengenali Beeb. Ummi menyintai perjuangan menegakkan agama Allah sebelum Ummi menyintai Beeb.
Perjuangan yang merubah keluarga Ummi.
Perjuangan jualah yang merubah cara Ummi.
Perjuangan yang mematangkan Ummi di usia muda.
Perjuangan yang menemukan Ummi dan Beeb di gelanggangnya.
Perjuangan yang mengajar Ummi erti tanggungjawab dan pengorbanan.
Perjuangan jualah yang mendidik jiwa Ummi untuk menjadi lebih sabar, tabah dan bersungguh-sungguh dalam tugas.
Perjuangan yang mengajar Ummi untuk berhadapan dengan 1001 karenah manusia.
Perjuangan yang mentarbiyah Ummi dan anak-anak.
Perjuangan melatih Ummi untuk mengurus masa dengan lebih baik.
Perjuangan mengajar Ummi menjadi pendengar yang setia.
Perjuangan melembutkan hati yang keras
Perjuangan banyak membuatkan Ummi menangis dari ketawa
Perjuangan mengajar Ummi hakikat bahawa segala yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin Allah SWT.
Beeb, andainya Ummi tiada, Ummi berharap Beeb terus bersama ’suami PERTAMA’ Ummi. Peganglah dia dan terus istiqamah bersamanya hingga ke akhir hayat. Ummi berdoa agar kita semua, sahabat-sahabat kita terus bersama isteri dan suami PERTAMA mereka hingga nyawa di jemput Allah.
Memetik kata-kata Dr. Mustaphar Masyor kepada isterinya;
” Isteriku yang PERTAMA sebelum aku mengambilmu sebagai isteri adalah PERJUANGAN”
Wednesday, February 11, 2009
Doa for you
Sayangi Anak Gadis Anda
Tarikh: 15 Feb 2009 (AHAD)
Masa: 8.30pagi - 12.30 hari
Tempat: Markaz PAS Kawasan Rembau
Tentatif Program
8.30 -9.00 - Pendaftaran
9.00 -9.30 - Ice Breaking session_Remaja sejati, renungi keindahan nasyid Demi Matahari
9.30 -10.15 - Jom kenali Nisa - Nisa & Anda
10.15 -10.30 - Minum Pagi
10.30 -11.30 - Motivasi remaja_Saya remaja solehah
11.30 - 12.00 - Sesi bersama pimpinan_DMPKR
12.00 -12.30 - Sesi ramah mesra & bersurai
Penyertaan adalah RM5 sahaja dan ibubapa, anak2x ahli, para mahasiswi yang berminat untuk menyertainya sila hubungi Cik Solehah 013-9798108 ,Cik Atriza 013-6485597 dan Cik Jazilah 019-3073100.
Tuesday, February 10, 2009
RISAU atau TAKUT?
Sunday, February 8, 2009
Semuanya terletak dihati
Hati2x mereka ini perlu disentuh kerana dari hatilah yang baiklah maka akan lahirnya peribadi yang mulia. Dihatilah letaknya iman, dihatilah letaknya taqwa dan kekuatan untuk menjunjung perintah Allah SWT, dalam hati jualah letaknya ilmu, didalam hatilah letaknya keyakinan dan di dalam hatilah jua adanya sifat2x terpuji dan mahmudah. Semuanya bermula dengan hati.
Dalam masyarakat orang melayu, banyak sangat perkataan HATI ini digunakan terutamanya;
- sakit hati
- terasa hati
- kecil hati
- jauh hati
- besar hati
- hati kering
- busuk hati
- jatuh hati
- tawar hati
Segala-galanya dari hati. Moga Allah pelihara hati2x kita dan hati2x anak remaja kita agar terus kekal dengan iman dan Islam. Ameen.
KKP untuk penduduk Taman Desa Melor
Tarikh
14 Februari 2009, Sabtu
Masa
9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat
Surau An-Nahdhoh,
Taman Desa Melor, Senawang
Anjuran
Pusat Khidmat DUN Paroi
dengan kerjasama
Surau An-Nahdhoh Tmn Desa Melor &
Yayasan Amal Malaysia (Negeri Sembilan)
ATURCARA PROGRAM
8.50 pagi : Ucapan Aluan Pengarah Program
: Ucapan YB ADUN Paroi
: Ucapan Pengerusi Surau An-Nahdhoh
9.15 pagi : Program Mewarna bermula
9.30 pagi : Kaunter Khidmat Kesihatan dibuka
>> Pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI)
>> Pemeriksaan Tekanan Darah (Blood Pressure)
>> Pemeriksaan gula dalam darah (Glucose Test)
>> Khidmat nasihat kesihatan / Health Consultation
: Khidmat bekam
: Kuiz Kesihatan (Terbuka untuk remaja) dan Jualan Amal
10.00 pagi : Persembahan & Pemarkahan Pertandingan Masakan Rendang
12.00 pagi : Penyampaian hadiah & Cabutan Bertuah
1.00 t/hari : Jamuan makan tengahari
Syarat & Peraturan
Pertandingan Masakan Rendang
Terbuka kepada semua penduduk
Menu : Rendang Ayam, untuk hidangan 2 orang
Hiasan dan pameran di lokasi pertandingan, Surau an-Nahdhoh
Yuran: RM2 / satu penyertaan
Sila Hubungi : Pn Hajjah Nurciana 017-362 9686
Pertandingan Mewarna
>> Terbuka kepada kanak-kanak 4 hingga 12 tahun sahaja
>> (Kategori A : 4 – 8 tahun + Kategori B : 9 – 12 tahun )
>> Sila bawa pensil warna sendiri
>> Kertas warna disediakan penganjur
>> Sila Hubungi : Pn Hajjah Masitah 019-265 5059
Program BEKAM
>> Terhad kepada LELAKI sahaja
>> Kos Bekam : RM30 untuk satu sesi ( Rawatan 7 titik bekam )
>> Sila hubungi urusetia untuk Pendaftaran Awal
>> (Hanya individu yang berdaftar sahaja manakala peserta walk-in tidak akan dilayan)
>> Sila Hubungi : En Husaini Hussin 013-359 8318
MAKLUMAT LANJUT PROGRAM KHIDMAT KESIHATAN sila hubungi :
Pn Wani : 013-385 1202 (Pengarah)
En Rozmal : 012-226 7406 (Timbalan Pengarah)
Friday, February 6, 2009
Prihatinkah anda?
Tuesday, February 3, 2009
Kejayaan adalah ujian
namun kejayaan adalah satu ujian
untuk mengenal hebatnya kuasa Tuhan
untuk mengenal kelemahan diri
untuk merenung dhaifnya hati
yang masih mengagumi diri
Duhai anak...
Ingatlah pesan Allah
Renungilah nasihat Rasulullah
Ingatlah pesan Mak Nek
jadi insan berguna dan berjasa
Anakku...
Mak Nek terharu dalam gembira
moga kau jadi insan mulia di sisiNya
* sempena Majlis Anugerah Pelajar cemerlang PASTI Malaysia 2008 (31 Jan 2009)
Liqa'Fikri Muslimat Rembau
Pn Rosminah sempat beramah mesra dengan semua peserta liqa fikri. Kehadiran beliau telah menyuntik semangat semua muslimat yang hadir.
Selepas solat isyak dan makan bersama, kami meneruskan program dengan sesi taaruf sesama AJK. Sesi ini cukup penting bagi kami untuk mengenali sahabat2x dengan lebih erat disamping mengenali keluarga,anak-anak dan harapan setiap muslimat dalam perjuangan ini. Kami bertukar cerita dan pandangan bagi memperkukuhkan lagi program-program muslimat di masa yang akan datang. Ianya juga seperti sesi muhasabah untuk kami selepas satu tahun kemenangan di Dun Paroi.
Qiamulaill kami pada pagi itu telah dipimpin oleh Ustazah Aishah dan Alhamdulillah, Ustazah turut memberikan beberapa pengisian dan kaedah tentang perlaksanaan solat malam. Selepas solat subuh, kami telah diberikan input oleh Ustaz Khazri tentang pengorbanan dalam perjuangan. Satu topik yang cukup menarik dimana ustaz telah memberikan pelbagai contoh dan kisah-kisah teladan kepada muslimat untuk direnungi. Selain itu ustaz juga telah menceritakan serba sedikit perkembangan di KT dan Perak.
Sesi liqa fikri kami berakhir selepas minum pagi dan saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat2x yang hadir serta kepada pemuda-pemuda yang sanggup menginfa'kan isteri masing-masing dalam perjuangan terutamanya YB Taufek, Hj Shukri, Sufian, Husaini dll. Moga program ini dqapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang sebagai satu kesinambungan tenaga kerja muslimat sebagai sayap kiri dalam perjuangan.