Setiap kali mesyuarat, NAM akan didukung,dipangku dan silih bertukar tangan. Bermula dengan Dr Rosli sehinggalah kpd Tuk Mat ( Pengerusi Pasti sekarang). Masih ummi ingat, NAM diriba di pangkuan arwah Ustaz Ghazali. Masa itu NAM hendak menyusu. Entah macam mana, ummi lihat NAM telah menghisap ibu jari kaki arwah Ustaz Ghazali. MasyaAllah, moga NAM jadi sehebat Ustaz Ghazali, memiliki dan mewarisi ilmunya.
Alhamdulillah, 15 Nov NAM telah membuatkan ummi menangis. Menangis dan gembira apabila melihat anak ummi berjaya. Meskipun ummi tidak dapat sepenuh masa membelai dan mengajar NAM, anak ummi telah mampu buktikan. Seminggu yang lepas, NAM minta ummi belikan sebuah basikal. Ummi kata nanti dulu sebab ada benda penting lain yang ummi kena diutamakan dulu. NAM masam dan ummi tahu NAM sedih.
Alhamdulillah, Allah kabulkan hajat anak ummi untuk mendapatkan sebuah basikal apabila NAM dinobatkan sebagai pelajar terbaik Pasti peringkat NS bagi kategori 5tahun. Ummi doakan NAM akan terus jadi anak yang cemerlang di dunia dan diakhirat. Jadi kakak yang baik dan menjadi mutiara kebanggaan ummi dalam perjuangan ini. Ummi mahu NAM bersama ummi mengharungi perjuangan ini hingga ke akhirnya.
No comments:
Post a Comment