Monday, November 10, 2008

BERJIMAT KETIKA GAWAT

Pelbagai cara harus dilakukan oleh kita bagi menangani masalah krisis ekonomi yang melanda sekarang. Meskipun harga minyak jatuh menjunam namun harga barang masih lagi kekal ditakuk lama. Ramai peniaga belum lagi menyahut cabaran untuk menurunkan harga. Bila lihat perbelanjaan harian rumah makin bertambah dan harga barangan melambung tinggi, saya gariskan sedikit panduan untuk peringatan buat diri saya dan juga pembaca. Bagaimana kurangkan perbelanjaan dan berjimat dalam gawat?
1. Elakkan berhutang - kalau boleh jangan buat pinjaman dalam masa sekarang. Loan rumah ke, loan kereta ke, loan individu dll
2. Pakai yang lama - bersabar dan kekalkan prestasi anda dengan menggunakan barangan yang lama. Contohnya : pakai perabut yang lama
3. Jaga aset - jika anda mempunyai kereta, pastikan ianya diservis mengikut masa yang ditetapkan. Jika tidak, kereta mudah rosok. Kos pembaikan lebih tinggi dari kos servis/penyelenggaraan
4. Guna semula - guna semula pakaian yang lama yang masih elok. Contohnya jika kasut, beg, baju sekolah untuk anak yang sulung masih elok untuk dipakai maka ianya boleh dipakai semula atau diturunkan kepada adik2xnya. Ini juga yg dipratikkan oleh ibubapa saya dahulu bagi keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai ramai tanggungan.
5. Masak sendiri - kurangkan membeli makanan/makan diluar. Saya lebih gemar memasak dan ianya cukup menjimatkan terutamanya untuk bilangan keluarga yang besar. Lagipun kualiti dan kebersihan makanan dapat dijaga sepenuhnya.
6. Bawa bekal - konsep ini harus diterapkan kepada anak2x dan juga kita sendiri. Usah malu bila bawa bekal dari rumah terutamanya para suami.
7. Gunakanlah pengangkutan awam - jika ingin kurangkan kos pengankutan mungkin anda boleh bertukar ke pengangkutan awam. Bagi saya yang berulang dari KL-Seremban setiap hari; saya dan suami telah pun bertukar dari menaiki kereta ke motorsikal. Jika dahulu kos perjalanan (minyak dan tol) adalam RM50 sehari; kini kos perjalanan RM15 sahaja sehari dan setelah 3 bulan, kami dapat jimat RM 500 - RM700 sebulan.
8. Berbelanja dengan bijak - Amalkan berbelanja dengan bijak. Rancang perbelanjaan sama ada sebulan sekali membeli barangan dapur atau seminggu sekali berbelanja. Elakkan pergi ke kedai hampir setiap hari kerana akibatnya anda terlebih budget.
9. Jimatkan penggunaan tenaga - kadang kala kita sering terlepas pandang bab penggunaan elektrik, air dan bil telefon.

No comments: