Thursday, November 27, 2008

Perhatikan perubahan mereka

27 Nov - Hari ini saya bercuti sehari kerana bawa anak menjalani ‘minor operation’ di telinga. Sebelum ini perasan juga yang anak saya suka menonton TV dengan volume TV yang agak kuat. Banyak kali juga beliau lambat respon dengan setiap panggilan sehinggakan kadang kala saya terpaksa menjerit. Rupa-rupanya telinga beliau bermasalah.

Alhamdulillah, hari ini seawal jam 7.30 pagi NAM- Nur Ainul Mardhiyyah telah berada di hospital Columbia. NAM agak takut kerana ini pertama kali beliau masuk hospital. NAM ditemani oleh babah di dalam operation room ketika ubat bius hendak dimasukkan. NAM pucat lesi dan agak mamai ketika habis operation sekitar jam 10.00 pagi. Selepas itu tugas menjaga NAM diserahkan kepada saya selepas suami terpaksa bergegas semula bekerja. NAM muntah agak banyak akibat komplikasi ubat bius. NAM tidur semula sehingga jam 1petang.
Alhamdulillah, NAM makan seperti biasa dan mulutnya kecoh selepas pulih. Sekitar jam 6petang, kami dibenarkan keluar wad. NAM minta saya masakkan mee dan sudah tentu mee yang tidak pedas. Saya pastikan NAM makan ubat sebelum saya keluar semula jam 8.00mlm untuk mesyuarat BPPNS. Pesan pada Beeb untuk pastikan NAM tidur awal dan syukur ke hadrat Allah kerana mudahkan urusan kami hari ini. Ibubapa mana yg tidak risau bila anaknya sakit...Syukur kerana kami dapat detect awal perubahan yang berlaku kpd NAM.

Setitis darah mampu menyelamatkan satu nyawa

Akhirnya saya layak menjadi penderma darah setelah 5 kali gagal untuk menderma. Hari ini - 26Nov, saya rasa bertuah setelah lulus ujian sebagai penderma. Pertama lulus ujian darah. Jika tidak sebelum ini darah saya kekurangan zat besi dan darah akan terapung apabila diuji. Alhamdulillah, berjaya juga menjadi penderma. Ada yang kata selepas menderma, badan akan menjadi makin sihat…berat akan bertambah. Ada yang kata kepala akan jadi pening selepas menderma.

Lain pula dengan saya yang sakit sendi satu badan selepas menderma. Kaki tangan saya lenguh setelah menderma. Lepas ini kena makan zat besi banyak-banyak kerana teringin juga menjadi penderma yang tetap. Sejak tahun 1993 saya telah mencuba untuk menderma dan akhirnya hajat untuk menderma tercapai. Syukur ke hadrat Allah, semoga darah saya akan dapat membantu insan yang lain. Setitik darah mampu menyelamatkan satu nyawa.

Sunday, November 23, 2008

Salam Eiduladha

Salam eiduladha dan selamat menyambut hari hari korban daraipada kami sekeluarga
Hakki-Norwani-Ainul Mardhiyyah-Ainul Hanani-Abdullah Azzam
Dalam kite bergembira usah kita lupa kepada mereka yang memerlukan. Korbankanlah sedikit harta, masa dan tenaga untuk membantu mereka yang dhaif, miskin, melarat dan teraniaya. Pengorbanan anada bakal memberi sinar baru buat mereka

Friday, November 21, 2008

Pemisah 6 tirai besi


Buat pertama kali diusia 32tahun saya berpeluang beramah mesra dan berbual dengan 45orang banduan dalam program “Masih Ada Yang Sayang” yang dianjurkan oleh Mahasiswi Fakulti Pengajian Islam UKM dan Jabatan Penjara Wanita , Kajang. Alhamdulillah, wakil Nurdeen Management telah dijemput untuk memberi ceramah kepada banduan wanita dalam sesi tersebut. Dari satu pintu ke satu pintu dan akhirkan setelah melalui 6 tirai besi, barulah saya sampai ke bilik khas untuk program tersebut. Sedih, pilu, sayu apabila saya memandang wajah-wajah banduan wanita dihadapan saya ketika itu. Kesemua mereka ibarat adik, teman sebaya,kakak dan ibu kepada saya. Wajah keibuan dan keinsafan jelas terpancar di wajah mereka. Apabila saya sentuh tentang tanggungjawab wanita sebagai seorang ibu, lantas ceritakan pengalaman sebagai seorang ibu….di waktu itu kami sama-sama tersedu-sedu. Saya rindukan anak-anak yang telah 5 hari ditinggalkan dan saya dapat gambarkan perasaan mereka yang telah berbulan malahan bertahun tidak menatap wajah si anak.

Selepas program, kami dibawa melawat sekitar penjara dan juga melawat bilik-bilik kemahiran kreatif yang diusahakan oleh banduan wanita seperti kraftangan, batik, masakan, spa, jahitan dll. Saya cukup tertarik dengan hasil sulaman bakul dan kraftangan yang dibuat dari keratan majalah terpakai. Sempat juga saya membeli sebuah pasu berharga RM7 sebagai kenangan cenderahati yang diusahakan sendiri oleh banduan wanita disini. Ada juga produk frozen food dan menurut mereka kesemua hasil produk tersebut di pasarkan di pasaraya Mydeen. Sebelum berpisah, kami bersalaman dan berpelukan. Saya mendoakan agar semua banduan wanita ini beroleh hidayah, kekuatan dan kesalabaran menghadapi dugaan sepanjang di penjara. Didoakan juga agar mereka beroleh kecekalan hati dan ketabahan berhadapan dengan keluarga dan masyarakat apabila keluar kelak. Tahniah kepada adik2x mahasiswi Pengajian Islam UKM yang telah berjaya menganjurkan program ini. Terima kasih kepada pegawai dan warden penjara Pn Wahida, Pn Atiqah dan Ustazah Shidah yang telah banyak membantu banduan-banduan di sini memahami dan mempelajari agama Islam serta mendekatkan diri kepada Allah. Semoga Allah membalas jasa kalian semua yang berusaha berdakwah dan menyedarkan banduan disini. Satu pengalaman berharga yang tidak mungkin saya lupakan.

Wednesday, November 19, 2008

Surau Menteri Besar Selangor

Apabila tertera nama Dato' Abdul Khalid Ibrahim, pada surau berkenaan saya terus tertarik. Tak sangka sungguh surau di ladang ini pernah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor yang ada sekarang.


Walaupun dah lebih sepuluh tahun berlalu, keadaan surau dan signagenya masih cantik dan tampak baru. Siapa sangka, orang yang merasmikan surau ini telah bergelar Menteri Besar Selangor. Kunjungan ke Johor kali ini cukup seronok kerana ditemukan dengan beberapa sahabat baru. Lagi banyak berjalan dan bermusafir, bertambah kawan2x. Yang paling seronok ialah kita menjalankan tugas mengajar manusia untuk menyayangi diri. Jaga keselamatan dan kesihatan. Juga menasihati mereka untuk menjaga alam sekitar.

Dari Melaka turun ke Melaka

Ahad lepas, rombongan dari Melaka turun merisik adik yang bongsu. Dengan izin Allah, 25 Dec ini bakal berlansung majlis pertunangan dan tahun depan akan terjalinlah sebuah ikatan kekeluargaan antara kami."Alhamdulillah, orangnya jaga sembahyang. Bagi Angah itu syarat minimum pertama yang perlu ada. Kalau syarat kecil ni tak lepas, maka yang lain2x tu tak dapat diterima meskipun harta banyak, gaji besar, muka hensem dll. Kalau tak sembahyang minta maaf banyak2x."
Saya turut nasihatkan ida untuk ubah tingkah laku. "Bila dah jadi hak orang, tak boleh lagi nak ikut perangai orang yang tidak berpunya. Jaga maruah diri. Jaga solat. Cuba belajar tutup aurat" Memang saya ni kuat membebel tapi memang itu nature saya. Memang kepantantangan saya kalau adik2x tak mahu dengar cakap. Saya akan tegur direct. Namun itulah saya yang terlalu sebanarnya sayang kpd adik2x. Marah tanda sayang.
Bila ida dah bertemu dengan bakal tunangnya ini, hati saya agak sejuk sedikit. Lebih2xlagi keluarga pihak lelaki sama perjuangan dengan kami. Sama2x mneyokong perjuangan tuan guru. Ayah pun nampak gembira. Dulu ayah pun asal Melaka dan kahwin dengan orang NS. Kini nak bongsu pula penutup kitaran. Ikut jejak langkah ayah. Pilih orang Melaka juga. Dari Melaka turun ke Melaka.

Sunday, November 16, 2008

Malam Imbauan Mahabbah

Hari ini kami terkejar-kejar kerana program penuh bermula pagi hingga ke malam. Bermula dengan program dialog Yayasan Amal Malaysia bersam Tn Guru Presiden di Shah Alam sehinggalah ke Malam Imbauan Mahabbah, bekas graduan UKM. Kebetulan pula program ditemani oleh 3 orang askar yang comel, membuatkan perjalanan dan program makin meriah.
Hampir satu jam tersesat mencari tempat ' Temasya Court' di Shah Alam. Kami ingat, kami yang paling lewat. Program yang sepatutnya bermula jam 10pagi akhirnya dimulakan pada jam 11pagi. Tidak sempat kami mendengar ucapan Tn guru, terpaksa bergegas pulang untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Pasti NS di Bukit Chedang pada jam 2.30ptg.
Habis sahaja program pada jam 5.30ptg, bergegas semula balik ke rumah kerana ada adik2x, sahabat UKM yang ingin datang ziarah. Kelam kabut juga kerana maid tiada dirumah dan kami izinkan kak midah balik ke kampung mak. Selesai berbual sekitar jam 6.45 saya terus siapkan anak2x kerana malam ini ada program Imbauan Mahabbah anjuran Jaringan Siswazah Malaysia (JASA). Sekitar jam 8.30 kami bertemu sahabat2x seperjuangan di Kagumas, Bangi. Seronok sungguh berjumpa dengan sahabat2x lama. Bertanya khabar dan beramah mesra. Yang lebih meriah apabila beberapa orang YB turut hadir. Antaranya ialah YB Taufek dan isteri, Pn Mahani.
Kak Mahani pun terkejut melihat saya sekeluarga ada disana. Sempat berbual dengan kak Mahani dan beberap orang shabat2x lama. Bagus juga program sebegini. Sekurang-kurangnya setahun sekali masih lagi berjumpa dan bertanya khabar tentang perjuangn di tempat masing-masing. Moga ikatan ukhuwwah yant terjalin agar kekal perpanjangan hingga ke akhir hayat.

NAM -Sebutir mutiara ayahbonda

NAM - Nur Ainul Mardhiyyah, nama anak sulung yang diahirkan 5 tahun lalu. Nama yang di ambil sempena nama bidadari syurga. Semenjak mengandung, NAM telah mengikuti ke mana sahaja umminya pergi. NAM bersama dengan perjuangan ummi. Masih ummi ingat ketika praya kecil di Pendang.... Ummi gagahkan diri walaupun waktu itu ummi masih lagi mabuk dan dalam mood 'morning sickness'.

Setiap kali mesyuarat, NAM akan didukung,dipangku dan silih bertukar tangan. Bermula dengan Dr Rosli sehinggalah kpd Tuk Mat ( Pengerusi Pasti sekarang). Masih ummi ingat, NAM diriba di pangkuan arwah Ustaz Ghazali. Masa itu NAM hendak menyusu. Entah macam mana, ummi lihat NAM telah menghisap ibu jari kaki arwah Ustaz Ghazali. MasyaAllah, moga NAM jadi sehebat Ustaz Ghazali, memiliki dan mewarisi ilmunya.
Alhamdulillah, 15 Nov NAM telah membuatkan ummi menangis. Menangis dan gembira apabila melihat anak ummi berjaya. Meskipun ummi tidak dapat sepenuh masa membelai dan mengajar NAM, anak ummi telah mampu buktikan. Seminggu yang lepas, NAM minta ummi belikan sebuah basikal. Ummi kata nanti dulu sebab ada benda penting lain yang ummi kena diutamakan dulu. NAM masam dan ummi tahu NAM sedih.

Alhamdulillah, Allah kabulkan hajat anak ummi untuk mendapatkan sebuah basikal apabila NAM dinobatkan sebagai pelajar terbaik Pasti peringkat NS bagi kategori 5tahun. Ummi doakan NAM akan terus jadi anak yang cemerlang di dunia dan diakhirat. Jadi kakak yang baik dan menjadi mutiara kebanggaan ummi dalam perjuangan ini. Ummi mahu NAM bersama ummi mengharungi perjuangan ini hingga ke akhirnya.

Bunga Ilmu

Alhamdulillah, penat setahun lepas berbaloi apabila saya berjaya tamatkan 2 kursus yang di ambil di organisasi tempat saya bekerja pada 14 Nov yg lepas. Satu kursus untuk kejurulatihan dan satu lagi kursus tentang pengurusan. 2 in 1 dan semuanya dengan izin Allah swt.

Terima kasih kepada suami yang banyak memberi dorongan dan sokongan. juga kepada anak2x yang memahami bahawa umminya sentiasa sibuk. Kalau tak sebelah siang, sebelah malam pun kena berkorban... Suami menggalakkan saya untuk sambung belajar lagi. InsyaAllah, ada rezeki, ada kelapangan masa, ada peluang; semuanya harus direbut bagi mengisi ilmu didada. Segala bunga ilmu di dunia ini perlu direbut selagi Allah mengizinkan kita untuk memilikinya.

Thursday, November 13, 2008

Rindu sahabat...

Terkejar-kejar hari ini....Jam 7pagi dah mula bertolak dari sebuah ladang di Melaka menuju ke sebuah lagi ladang di Simpang Rengam. Perjalanan hampir 2 jam. Alhamdulillah program bermula 9.30 pagi, jika tidak tentu rasa bersalah kerana trainer masih belum sampai. Selepas tamat memberikan taklimat sekitar jam 12.30 thari,saya mengambil kesempatan bertemu dengan sahabat lama. Secara kebetulan suaminya baru bekerja dengan organisasi tempat saya bekerja.

" Ya Allah, lamanya tak jumpa Aju. Rindu sungguh." Junaidah Nor YAzid merupakan teman sekampung. Sama sekolah sejak darjah 1 -6. Semenjak sekolah menengah kami telah terpisah dengan halatuju masing2x. Alhamdulillah, masih lagi bertemu. "Syukur padaMu Ya Allah, Aju mendapat suami yang baik.Taat pada agama."Kehidupannya cukup sederhana dan agama merupakan asas utama pendidikan anak2x beliau.

Pernah juga menelefon Aju cuma bila bersua, terlepas rasa rindu yang terpendam lama. Kadang akla bila lama tidak bertemu dengan sahabat, dengar suara pun sudah cukup untuk melepaskan rasa rindu di dalam dada. Namun bila diizikan Allah berjumpa ianya merupakan satu anugereh nikmat yang cukup hebat. Sebelum beredar jam 1.30petang, saya peluk Aju, peluk anak2xnya. Moga Allah temukan kita lagi.

Saya terus bergegas ke Damansara. Malam ini ada dinner dan rehearsal untuk hari konvokesyen esok. Saya tidak bersedia apa2x. Yang penting dapat sijil tu...letih memandu.Namun rasa lega bila jumpa kawan2x sekuliah:)

Monday, November 10, 2008

BERJIMAT KETIKA GAWAT

Pelbagai cara harus dilakukan oleh kita bagi menangani masalah krisis ekonomi yang melanda sekarang. Meskipun harga minyak jatuh menjunam namun harga barang masih lagi kekal ditakuk lama. Ramai peniaga belum lagi menyahut cabaran untuk menurunkan harga. Bila lihat perbelanjaan harian rumah makin bertambah dan harga barangan melambung tinggi, saya gariskan sedikit panduan untuk peringatan buat diri saya dan juga pembaca. Bagaimana kurangkan perbelanjaan dan berjimat dalam gawat?
1. Elakkan berhutang - kalau boleh jangan buat pinjaman dalam masa sekarang. Loan rumah ke, loan kereta ke, loan individu dll
2. Pakai yang lama - bersabar dan kekalkan prestasi anda dengan menggunakan barangan yang lama. Contohnya : pakai perabut yang lama
3. Jaga aset - jika anda mempunyai kereta, pastikan ianya diservis mengikut masa yang ditetapkan. Jika tidak, kereta mudah rosok. Kos pembaikan lebih tinggi dari kos servis/penyelenggaraan
4. Guna semula - guna semula pakaian yang lama yang masih elok. Contohnya jika kasut, beg, baju sekolah untuk anak yang sulung masih elok untuk dipakai maka ianya boleh dipakai semula atau diturunkan kepada adik2xnya. Ini juga yg dipratikkan oleh ibubapa saya dahulu bagi keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai ramai tanggungan.
5. Masak sendiri - kurangkan membeli makanan/makan diluar. Saya lebih gemar memasak dan ianya cukup menjimatkan terutamanya untuk bilangan keluarga yang besar. Lagipun kualiti dan kebersihan makanan dapat dijaga sepenuhnya.
6. Bawa bekal - konsep ini harus diterapkan kepada anak2x dan juga kita sendiri. Usah malu bila bawa bekal dari rumah terutamanya para suami.
7. Gunakanlah pengangkutan awam - jika ingin kurangkan kos pengankutan mungkin anda boleh bertukar ke pengangkutan awam. Bagi saya yang berulang dari KL-Seremban setiap hari; saya dan suami telah pun bertukar dari menaiki kereta ke motorsikal. Jika dahulu kos perjalanan (minyak dan tol) adalam RM50 sehari; kini kos perjalanan RM15 sahaja sehari dan setelah 3 bulan, kami dapat jimat RM 500 - RM700 sebulan.
8. Berbelanja dengan bijak - Amalkan berbelanja dengan bijak. Rancang perbelanjaan sama ada sebulan sekali membeli barangan dapur atau seminggu sekali berbelanja. Elakkan pergi ke kedai hampir setiap hari kerana akibatnya anda terlebih budget.
9. Jimatkan penggunaan tenaga - kadang kala kita sering terlepas pandang bab penggunaan elektrik, air dan bil telefon.

Sunday, November 9, 2008

Masih begitu...

Satu lagi...satu lagi...
peristiwa demi peristiwa
insan rasai kehilangan
bila nyawa jadi taruhan
insan yang kealpaan

Sampai bila
kita harus begini
menanti satu demi satu
kehilangan demi kehilangan
bila nyawa jadi taruhan

Adakah selesa begitu
bila ada yang sedih pilu
bila insan tunduk membisu
membatu tanpa ucapan
bila disergah dengan hinaan
haruskah begitu?
bila nyawa jadi taruhan

Masih begitu
tak siapa yang inginkannya
tak siapa ingin meminta
peristiwa yang menjabar minda, pangkat dan harta
itulah bila nyawa jadi taruhan

nukilan
nur mutiara

Saturday, November 1, 2008

Sangat menarik, lagi benar

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil - Sangat Menarik lagi benar!!

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT..
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat,
kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.. Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat . Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat. Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat.... ? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat. (Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)

Kembara 4 negeri

Ya Allah, letihnya badan namun lagi letih bila manjakan diri untuk terlebih tidur. Mata tidak mahu lelap bila memikirkan apa yang telah aku lakukan untuk membantu insan-insan yang telah mengalami kemalangan. Outstation di Kedah, Penang dan Perak selama 4 hari sungguh meletihkan. Lebih-lebih lagi memandu seorang diri menyusuri 4 negeri pakatan rakyat.

28 Nov mula bertolak dari Seremban dan singgah di Damansara untuk attend meeting dan mengikuti pelancaran PNB Q-day. Selepas solat Zuhur terus memandu hingga ke Seberang Jaya. Bila sendirian, radio ikim menjadi teman disamping otak ligat memikirkan apa yang perlu dilaksanakan selanjutnya. Alhamdulilah, tiba di Sunway Hotel Butterworth sekitar jam 5.30 petang. Sempat semak task untuk urusan audit dan assessment keesokkan harinya.

29 Nov - Check out hotel dan terus memandu menuju ke Kulim, menyusuri Mahang dan Karangan. Kerja habis sekitar jam 4.30 petang dan terus bertolak ke Bukit Merah. Sempat bermalam di Bukit Merah Resort dan mencari ketenangan sambil menyipakan buku panduan keselamatan.
30 Nov - Check out hotel dan terus menuju ke Kuala Gula, sempat melalui Tanjung Piandang yang sungguh indah dengan pemandangan kampung nelayan. Meneruskan tugas di 2 buah kilang di Kuala Kurau dan Bagan Serai. Selapas habis tugas sekitar jam 4ptg, saya terus memandu dan keluar melalui tol Tapah menuju ke Teluk Intan. Perjalanan ke Teluk Intan hampir sejam. Check in hotel lebih kurang jam 7.30 malam. Sempat juga membuka email dan menghantar laporan tugasan. Sayu dengar suara anak2x. Alhamdulillah..Ain dapat No1. Semua markahnya 100% kecuali Matematik 98%. Tidak sempat berkongsi kegembiraan dengan Ain. InsyaAllah, esok malam Ummi balik.

31 Nov - Check out hotel dan meneruskan perjalanan ke Batu Gajah. Sebelah pagi membuat assessment dan lawatan ke sekitar tapak kilang. Tertarik dengan satu signage yang berbunyi " TIADA KEMALANGAN TIADA TANGISAN". Assessment kali ini cukup bermakna apabila dapat menemuduga 4 orang pekerja yang pernah terlibat dengan kemalangan di tempat kerja. Smuanya masih muda sekitar 25 tahun dan ada yang telah hilang sebelah kaki dan ada yang telah hilang penglihatan. MasyaAllah, kasihan sungguh melihat keadaan mereka. Semua pengalaman ini menerbitkan ilham kepada saya untuk menulis buku keselamatan. 4 hari kembara ke negeri pakatan rakyat ini memberi inpirasi kepada saya menyiapkan 20 muka isi kandungan. Maha suci Allah diatas segala nikmat dan rahmat.
Jam 2.30 petang meneruskan assessment ke Bidor, tepat persinggahan terakhir. Jam 5.30 petang saya mula bertolak dari Bidor dan Alhamdulillah tiba di rumah sekitar jam 9.00 malam. Syukur kepada Allah yang memudahkan perjalanan selama 4 hari ini. Walaupun bersendirian, Allah bersamaku, Allah melindungiku dan Allah membantuku. Letihnya Ya Allah, namun apakan daya aku tidak mampu lelap bila ada insan yang ku kenali derita. Anak2x tidur lena malam ini. Mungkin rindu kpd Umminya masih belum reda....