Thursday, October 29, 2009

25 tahun usia PASTI

Pada 30-31 Oktober (Jumaat dan Sabtu) nanti akan diadakan Sambutan Jubli Perak 25 tahun PASTI Malaysia. Sambutan yang cukup bermakna ini akan diadakan di Kota Bharu Kelantan yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar elantan. Tahniah kepada semua pengasas, pengurus dan pendidik PASTI diseluruh Malaysia yang telah banyak berjasa mendidik anak bangsa dan memastikan kesinambungan pendidikan PASTI sehingga mencecah umur 25 tahun. Umur seorang remaja yang sudah pastinya dihujani pelbagai ujian dan tribulasi menganjak ke alam dewasa.


Teringin benar rasanya hendak ke Kota Bharu menyaksikan program sambutan ke 25tahun ini. Tambahan pula anakkku akan ke sana bersama rombongan guru2x dari Negeri Sembilan pada malam ini. "Kenapa Ummi tak temankan Ain pergi Kelantan" anak yang sulung merungut. " Ummi tak ada cuti kaklong...Tak apalah. Cikgu Yus akan jaga kaklong kat sana nanti" ku terangkan kpd anak yg cukup mengerti perjalanan tugas Umminya.
Malam tadi ku sediakan kelengkapan kaklong untuk ke sana. Maklumlan dalam usia 6tahun, inilah kali pertama dia pergi ke tempat yang jauh tanpa Ummi dan Babah. Risau juga namun ku yakin, Cikgunya akan menjaga kaklong sebaik yang mungkin. Lagipun kaklong pandai berdikari.


" Kaklong jangan takut tau...kena berani dan yakin bila bertanding nanti. Kena dengar cakap Cikgu ye. Kalau nak apa-apa,maklumkan dengan Cikgu sebab Ummi dengan Babah tak ada.InsyaAllah, Ummi dan Babah akan doakan kaklong. jaga diri baik2x tau..."

Semoga Allah permudahkan urusan semua ahli dan rombongan yang akan bertolak ke Kelantan malam ini. Semoga selamat pergi dan selamat kembali serta dilindungi Allah SWT hendaknya.



Tuesday, October 27, 2009

Perpustakaan MINI – RM170

Telah lama saya bercadang untuk mendirikan perpustakaan mini di rumah. Keinginan semakin meluap selepas membaca buku Al-Syahid Hassan Al-Banna iaitu Cinta Rumahtangga. Beliau menanamkan minat suka membaca dikalangan anak-anaknya dengan memastikan terbinanya sebuah perpustakaan dan bilik bacaan dirumahnya. Antara nasihat yang beliau berikan kepada Ikhwanul Muslimin ialah supaya mewujudkan perpustakaan dan gedung ilmu dirumah setiap ahli ikhwan. Antara sahabat yang saya nampak telah mempraktikkan perkara ini ialah Hj Shukri dan Hjh Ciana. Setiap kali ke rumah Hjh Ciana saya akan menjeling ke rak buku dan mini library yg ada dirumahnya. Dalam hati akan bertanya “bila agaknya saya nak mulakan mini library dirumah saya?”

Alhamdulillah, hari Sabtu yang lepas saya dan anak2x bergotong royong mengumpulkan buku2x dan majalah yg berada di dalam kotak, beg dan almari di bilik masing2x. Dengan sedikit modal RM170, saya membeli satu rak almari untuk memulakan projek ‘mini library’. Anak2x cukup excited kerana buku2x bacaan mereka dapat dikumpulkan di satu tempat. Jika tidak bersepah-sepah bila kami hendak mencari bahan bacaan. Beeb pula akan mudah mencari bahan rujukan untuk sesi pengisian, usrah dan apa2x task yang memerlukan sumber rujukan. Jika tidak sebelum ini kami terpaksa menyelongkar almari dan laci2x yang penuh dengan
buku sebab gagal mempraktikan 5S – Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa amal.

Bersama anak2x saya buat 5S dan antaranya tagging si setiap rak untuk memudahkan ianya dicari dan disusun semula. Bila dah ada ‘mini library’ Beeb berpesan kepada saya ianya bukan untuk dipamerkan sahaja tetapi untuk menjadi motivasi diri agar lebih rajin membaca. Almaklumlah…saya suka menjadi pendengar setia dan kurang membaca. Lepas Beeb habis membaca suratkhabar, saya lebih suka beeb ceritakan apa isu2x penting yang ada. Lepas nie, kena rajin membaca dan tunjukkan contoh kepada anak2x.

Kelas Komunikasi bahasa Tamil

Jom belajar Bahasa Tamil
Bagi menyahut seruan 1 Malaysia, kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya boleh menguasai pelbagai Bahasa di Malaysia. Justeru itu, satu kelas komunikasi Bahasa Tamil akan diadakan setiap minggu selama 3 bulan bermula Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2009.

Kelas Komunikasi Bahasa Tamil
Masa: 8.30 malam – 10.00 malam (Setiap Selasa & Rabu malam setiap minggu )
Tempat: Pasti Al-Hidayah Taman Tasik Jaya
Tenaga Pengajar: Cik Normala Thevi Abdullah
Yuran: RM 30 seminggu / RM 120 sebulan
Terbuka kepada golongan dewasa & remaja 12 tahun ke atas
NOTA: Kelas akan bermula pada 24 Nov 2009

Bagi yang berminat boleh menghubungi Pn Norwani 013-3851202 Email: halwan9@yahoo.com atau En Yaacob 012-3781945 untuk pendaftaran awal. Kelas terhad untuk 20 orang SAHAJA.

Anjuran:
Muslimat MTD Paroi dengan kerjasama Pasti Al-Hidayah Taman Tasik Jaya

NUR FATIMAH MILIK ALLAH

Perkongsian cerita yang ditulis oleh adik Dijah setelah kehilangan cahayamata tersayang.Email beliau di dijahis@gmail.com

“ Tidak ada satu musibah pun yang menimpa di muka bumi dan tidak pula pada dirimu melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh, yang demikian itu sangat mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) agar kamu tidak berdukacita terhadap apa yang luput darimu dan supaya kamu tidak terlalu bergembira terhadap apa yang Dia berikan kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” Surah Al-Hadid : 22-23


“ Tidak ada satu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” Surah at-Taghaabun : 11

“ Tidak ada seorang pun yang ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan : Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un, Allahumma’jurnii fi mushibatii wa akhliflii khoirom-minha ( Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku ini dan gantilah aku dengan yang lebih baik darinya) kecuali Allah akan memberi pahala atas musibah yang menimpanya dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik darinya.” Muslim 2/233

“ Allah berfirman : “Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang beriman jika Aku mengambil (mewafatkan) orang yang dicintainya di antara penduduk dunia ini, lalu dia mengharap pahala atas musibah ini kecuali syurga” Al-Bukhari dalam al-Fath : 11/242

“ Rasulullah SAW berkata kepada seseorang yang ditinggal mati anak lelakinya, “ Apa kamu tidak suka bila kamu masuk salah satu pintu syurga sedang engkau mendapati anakmu itu sudah menantimu?”

Ahmad dan an-Nasa’i. Sanad sesuai syarat as-shahih serta ditashihkan oleh al-Hakim dan Ibnu Hibban. Lihat Fathul-Bari : 11/243


Ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadith inilah yang sentiasa membantu kami tenang sepanjang tempoh Nur Fatimah di ICU dan melihat sendiri puteri kami berhenti bernafas.. Ibu ayah mana yang tidak sayangkan anaknya dan sedih melihat penderitaan kesakitan anaknya, namun janji-janji Allah yang sentiasa mendamaikan dan membantu kami tabah dan redha.. Syukur pada Allah yang memberikan kami kekuatan, ketabahan dan redha dengan segala yang berlaku..Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mendoakan kami..

PENGHARGAAN BUAT KELUARGA DAN SAHABAT
Kesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kaum keluarga, mak, mama, baba, abang2, kakak2, adik2, sanak saudara dekat dan jauh serta sahabat-sahabat dekat dan jauh atas segala bentuk sokongan, doa dan ziarah dari awal Nur Fatimah dimasukkan ke wad kanak-kanak, ICU dan sepanjang jenazahnya di Masjid UPM dan dikebumikan. Kami amat menghargai segala susah payah mak, mama, baba dan adik-beradik yang bersama-sama menjaga Nur Fatimah, mengalunkan bacaan Al-Quran untuknya, berulang dari Johor dan Pulau Pinang yang bukannya dekat untuk memberi sokongan, menjaga dan mendoakan Nur Fatimah, juga sanak saudara yang tidak putus-putus berziarah, membawa makanan kepada kami, membantu urusan jenazah dan sentiasa memberikan sokongan yang tidak mampu kami balasnya melainkan Allah sebaik2 Pemberi Balasan..

Kami juga sangat terharu dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan, datang berziarah, menelefon, SMS, memberi sokongan material dan emosi sehinggalah ke hari ini. Sukar untuk kami menyebutkan satu persatu nama sahabat kerana bimbang ada yang tertinggal, cukuplah nama sahabat2 semua berada dalam hati kami dan Allah akan membalasnya.

Begitu juga ucapan terima kasih buat pengurusan Hospital Putrajaya, Doktor-Doktor Pakar di Hospital Putrajaya, Hospital Kuala Lumpur, PPUM dan nurse yang sentiasa sabar dan berdedikasi dalam kerjaya dan membantu sepanjang merawat anak kami.

HARI-HARI YANG MENDEBARKAN
Sukar untuk saya mengingat kembali detik-detik penuh cemas dan mendebarkan, kerana pasti saya akan terbayang-bayangkannya. Setiap kali sahabat dan sanak saudara bertanya tentang punca dan kejadian semasa berlaku dan pertanyaan-pertanyaan mengapa, apa dan bagaimana, saya berusaha untuk menjawabnya sebaik mungkin walaupun di hati ini berasa tidak senang dan letih untuk menjawabnya lantaran berulangkali dan menyebabkan teringat perkara-perkara yang menyedihkan. Namun saya faham keprihatinan family dan sahabat-sahabat semua kepada kami.

Bermula dengan menghantar Nur Fatimah ke Nursery dengan gelak tawa yang cukup menghiburkan, mendapat panggilan dari pengasuh bahawa setelah lama menangis, tiba-tiba Nur Fatimah lemah, saya terus ke Nursery dengan linangan air mata dan melihat Nur Fatimah berda dalam dakapan owner Nursery yang sampai dahulu dari saya. Menyangka Nur Fatimah inginkan ibunya, saya terus mendakap dan ingin menyusukannya, namun takut di hati apabila Nur Fatimah tidak membuka matanya dan kejang seperti sawan dan terus menghantarnya ke Hospital An-Nur tempat kelahirannya dan dipindahkan ke wad kanak-kanak di Hospital Putrajaya lebih kurang pukul 3 petang Khamis 9 Oktober 2009. Sepanjang perjalanan ke Hospital An-Nur, saya tidak putus-putus membacakan Fatihah, Ayat Kursi dan ‘Bismillahillazi La Yadurru...’ kepadanya. Beberapa kali Nur Fatimah kekejangan di kereta dan juga di wad kanak-kanak walaupun telah dimasukkan ubat anti sawan. Setelah otak discan dan diambil air tulang belakangnya di wad kanak-kanak, dalam pukul 1pagi Jumaat, saya melihat wajah Nur Fatimah dan ketika itu tiba-tiba matanya terbuka dan kemudian tertutup, seolah-olah malaikat telah menjemputnya pergi, kemudian alat pengukur kandungan oksigen menunjukkan penurunan mendadak oksigen dalam badan namun kemudiannya normal. Setelah nurse pergi, saya melihat kembali wajah Nur Fatimah, namun terkejut melihat tiada tanda-tanda pernafasan di badannya dan melihat mulutnya seperti menyedut udara. Saya panggil doktor dan doktor sudah ‘standby’ dengan ‘alat renjat’, namun tidak digunakan kerana setelah mengepam bantuan pernafasan, jantung Nur Fatimah kembali berdenyut. Setelah dimasukkan ke ICU, di luar ICU, suami mengangkat tangan berdoa dan saya mengaminkan dengan sedu sedan menangis.. “ Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk Nur Fatimah dunia dan akhiratnya, sekiranya hidup itu lebih baik baginya, Engkau sembuhkanlah Ya Allah, sekiranya kematian itu lebih baik baginya, maka Engkau bantulah kami untuk sabar dan redha” antara doa yang diingati.

“ Kita doa yang terbaik untuknya ya,” dengan mata merah, abang mengingatkan saya.. Benar, kekuatan abang menyebabkan saya berusaha untuk tabah dan redha..

14 HARI DI ICU
Sepanjang tempoh ini, perkara paling menakutkan kami adalah apabila berjumpa dengan doktor. Sejak dari mula lagi doktor telah mengingatkan dan memberikan segala sebab musabbab realiti agar kami bersedia.

” Nur Fatimah mengalami kecederaan otak yang sangat teruk. Dari scan kedua, memang nampak lebih teruk lagi. Mengikut pengalaman kami, dari dua kes terdahulu, memang berakhir dengan kematian. Saya minta maaf sangat, tetapi kami berusaha yang terbaik, memang kita perlu berusaha dan bersangka baik, dengan izin Allah ada miracle, tetapi kita perlu tahu juga realitinya mengikut ilmu perubatan.”

Bertanya kepada Doktor Arini, pakar kanak-kanak Hospital Putrajaya, pelbagai perkara, simptom, punca dan sebagainya, namun hakikatnya, benar semuanya adalah musabbab yang Allah berikan. ” Biasanya terjadi di nursery, mak ayah jangan salahkan diri, saya faham mak ayah risau, lagipun anak pertama, baby nangis banyak takkan terjadi kecederaan sebegini, biasanya terjadi dengan sebab goncangan yang kuat biasanya dengan sebab kemarahan, atau hayunan buaian kuat menyebabkan gegaran di kepala.” Air mata tidak boleh ditahan-tahan lagi untuk keluar kerana memikirkan takut-takut kesalahan saya menyebabkan Nur Fatimah begitu. Berulangkali Doktor menjelaskan kepada kami kerana berulangkali juga kami bertanya sama ada boleh tak terjadi sekiranya kerana berjalan jauh semasa raya, takut nur fatimah penat atau kerana banyak sangat nangis sehingga kata-kata orang menyebabkan kurang oksigen sampai ke kepala.
14 hari di ICU juga tidak putus-putus kami membaca Fatihah, Ayat Kursi dan Yasiin kepada Nur Fatimah dengan niat supaya menjadi penawar, syifa’ kepadanya, sehingga suami sempat bergurau, ”nanti kalau Nur Fatimah sihat, mesti dia dah hafal surah Yasin.” 14 hari di ICU juga, pelbagai masjid menunaikan solat hajat, sanak saudara dan sahabat pula tidak putus-putus berkunjung, terima kasih diucapkan. Setiap kali bertemu Nur Fatimah, hati rasa bersemangat kembali walaupun masih tidur. Ucapan kami tidak putus-putus pada telinga Nur Fatimah, ” Mama Baba sayang sangat pada Nur Fatimah, Mama Baba minta maaf segala salah silap mama baba pada Nur Fatimah ye, Mama Baba doakan yang terbaik untuk Nur Fatimah, Nur Fatimah bukalah mata, baliklah dengan mama baba kat rumah”Juga berusaha pelbagai perkara, selain ubat doktor, ubat-ubat lain yang dibenarkan juga beserta air zam-zam serta air penawar juga diberikan, berusaha sedaya mungkin kerana kita tidak tahu taqdir yang Allah tentukan padanya, harapan kami tentulah puteri Nur Fatimah sihat dan sembuh...

12 Oktober 2009 merupakan genap setahun pernikahan kami, namun Allah menguji kami dengan ujian berat ini, Nur Fatimah masih ’tidur’ di ICU. SMS baba pada kami : ”Abg dan Djah! Setahun berlalu abg dan Djah bergelar suami isteri. Sudah 3bulan menjadi ayah dan ibu kepada puteri Nur Fatimah. Ulangtahun abang dan Djah dikalong ujian dari Allah, putri cucu ba dan ma , ’tidur’ tenang. Luruh segala kudrat, kering air mata, sebak melanda jiwa, cucu ba dalam ujian Ilahi. Yang terdaya cumalah munajat yang sarat dengan hajat, agar Nur segera sihat. Abg n Djah, la tahzan! Ba, Ma dan adik-adik ucapkan ’tahniah’ sempena setahun berijab qabul. Kami terlalu sayang pada abang n kak Khadijah, dan sekuntum melur cantik, Nur Fatimah! Ba sebak dalam tangisan!”

3 Zulkaedah 1430H, 22 Oktober 2009, ALLAH LEBIH SAYANGKAN NUR FATIMAH

Pukul 4.30pagi Khamis, nurse di ICU call minta datang ke ICU, heartbit semakin menurun. Bergegas ke ICU, pukul 4.55 pagi, kami sampai dengan emak yang tidur bersama di rumah. Sesampainya di sana, heartbit dan tekanan darah semakin lemah. Kami berulang kali membaca Yasiin, Surah Al-Ikhlas, Surah Fatihah dan ayat Kursi serta membisikkan syahadah kepada Nur Fatimah. Benar, janji Allah pasti berlaku. Sesudah kami menunaikan solat Subuh, saya mohon pada Doktor untuk memangku dan memeluk Nur Fatimah, doktor izinkan. Dengan masih bantuan pernafasan di mulut, Nur Fatimah berhenti bernafas di pangkuan, sebagaimana kata doktor, lama-lama jantung tidak akan larat juga untuk mengepam walaupun ada bantuan pernafasan. Nur Fatimah ’tidur selama-lamanya’ di pangkuan mama bersama baba dan nenek. Air mata masih lagi laju seperti tidak mahu berhenti, namun mulut masih lagi membisikkan laa Ilahaillallah, Muhammadur Rasulullah kepada Nur Fatimah. ” Tenanglah sayang, Allah lebih sayang pada Nur Fatimah.

” Itu yang terbaik pada Nur Fatimah, abang masih lagi ada Khadijah” kata-kata abang bagai menyimbah air di hati. Benar, apa yang berlaku, itulah yang terbaik untuk Nur Fatimah, dunia dan akhiratnya. Syukur pada Allah yang mencampakkan rasa ketenangan dan redha dalam hati sepanjang hari itu. Hati rasa puas dapat menjaga Nur Fatimah, dapat membaca Al-Quran bersamanya dan dapat mengalirkan susu di dalam badannya walaupun melalui tiub. Ketika mengambilkan wudhu’ ke badan Nur Fatimah selepas memandikannya, membasuh tangan Nur Fatimah sambil berkata dalam hati,” Nur Fatimah, nanti pegang tangan mama baba kuat-kuat ye sayang dalam syurga, tolong mama baba dapat sama-sama di syurga.” Ketika membasuhkan kakinya, ” Nur Fatimah, tunggulah mama baba sama-sama di syurga ya!”

Talkin yang baba baca di perkuburan menyebabkan air mata tumpah lagi, ”pasti cucu baba sedang bermain-main di syurga, jumpa tok ismail, tok piah.” begitulah yang selalu tok wan baba cakap. ”Title datuk dah ditarik balik nampaknya!”wan baba kata pada kawannya. ”Mak, cucu mak dah tinggal 8orang balik, ain je cucu perempuan mak” abang kata pada mak.

JAULAH PUTRAJAYA
Hari sabtu, 2 hari kemudian, kepala semakin lapang dapat berjalan-jalan sambil bergambar di putrajaya bersama baba,mama dan adik-adik. ” Kalau Nur Fatimah ada mesti dia yang jadi subject kita ambil gambar.”

Banyak benar pengajaran dan ingatan Allah kepada hamba-Nya yang sememangnya lemah ini, yang kadangkala melupaiNya. Nyawa kita berada dalam genggaman-Nya. Perlu sentiasa bertaubat lantaran kadang-kadang hati kita mungkin terlupa dengan kekuasaanNya, bangga diri atau takbur dengan pemberianNya, melupai bahawa Allahlah penjaga makhlukNya. Ujian Allah sebenarnya menjinakkan kembali hati dan menguatkan kembali rohani, moga-moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa dan memberikan yang lebih baik lagi di kemudian hari..

”Nur Fatimah, mama baba sayang sangat pada Nur Fatimah, tapi Allah lebih sayangkan Nur Fatimah! Nur Fatimah tetap permata hati mama baba, anak sulong mama baba! Doakan mama baba dapat bersama-sama Nur Fatimah di syurga, jangan lupakan mama baba...”

Ya Allah, kami mohon yang lebih baik dari-Mu, Engkau yang Maha Mengetahui yang lebih baik dan terbaik, bantulah kami sentiasa mengingatiMU, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki amalan kami semata-mata keranaMU... Syukur padaMu Ya Allah kerana memberikan kami zuriat selama 108hari, menatap wajahnya, menyusukannya dan menjaganya, Maha Suci Engkau dan Maha Penyayangnya Engkau kepada hamba-hambaMu, pandanglah kami dan janganlah Engkau tinggalkan kami, bantulah kami dalam segala urusan kami, wahai Allah, Tuhan yang Maha Memberi.. Alhamdulillah....

Thursday, October 22, 2009

Dik Dija, moga tabah hadapi ujian


Salam takziah kepada Adik Dijah dan suami yang baru sahaja kehilangan anak tersayang, Adik Nur fatimah awal pagi tadi. Saya menerima email daripada Nisa Team melalui Nisa group. Cerita lanjut permergian adik Nur Fatimah boleh dibaca melalui http://www.nisaa-serdang.blogspot.com/
Nur Fatimah, anakanda kepada Ustaz Ramadhan Fitri Elias dan ustazah Khadijah Ismail. Ustazah Khadijah merupakan naqibah Nisa' dan saya mengenalinya ketika beliau pernah menjadi SU kerja untuk Dewan Muslimat Pas Pusat pada tahun 2007.
Moga Allah kurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran kepada adik Dijah dan suami. Al-Fatihah....

Wednesday, October 21, 2009

Nasihat Syeikh Abdulkadir Al Jailani

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

Di petik dari http://www.ibu-ayah-xtvt.blogspot.com

Tuesday, October 20, 2009

Bila sejadah mula solat?


http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2009&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm.

Apakah pesanan yang ingin disampaikan oleh 35 sejadah yang berdiri seakan-akan sedang menunaikan sembahyang ?

Adakah mereka mengingatkan umat Islam di Malaysia ini agar mendirikan solat 5 waktu sehari semalam 7 hari setiap minggu (di masjid/surau/musolla utk muslimin) (5 x 7 = 35) ?

Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: “Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)” Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. ( Surah 5 Ayat 7 )

Maka sesungguhnya Kami akan menyoal umat yang telah diutuskan (Rasul) kepada mereka, dan sesungguhnya Kami akan menyoal juga Rasul itu. ( Surah 7 Ayat 5 )

Sejadah berdiri Solat, bakar rumah yang tak solat di masjid
Terlalu banyak kejadian sejadah yang bangkit seakan-akan menunaikan solat akhir-akhir ini. Ambillah pengajaran daripadanya. Jangan sampai fenomena alam ketentuan Ilahi yang akan memusnahkan rumah-rumah kita semua. Bala yang menimpa akan menimpa semua orang samada beriman atau tidak.

Dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda, `Sungguh aku punya keinginan untuk memerintahkan shalat dan didirikan, lalu aku memerintahkan satu orang untuk jadi imam. Kemudian pergi bersamaku dengan beberapa orang membawa seikat kayu bakar menuju ke suatu kaum yang tidak ikut menghadiri shalat dan aku bakar rumah-rumah mereka dengan api." (HR Bukhari 644, 657, 2420, 7224. Muslim 651 dan lafaz hadits ini darinya). http://www.eramuslim.com/konsultasi/motivasi/sholat-berjamaah-dan-sendiri.htm


PELAJAR SEKOLAH GEMPAR LIHAT 35 SEJADAH BERDIRI DI SURAU
PASIR MAS, 20 Okt 2009 (Bernama) -- Warga Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut di sini, gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=448290#

Bila Kaklong menghadapi peperiksaan

Minggu ini kaklong menghadapi peperiksaan akhir tahun.Cukup excited dia mengulangkaji dan sudah tentu Ummi dan Babah pun sibuk sama memastikan anak2x belajar. KakNgah dan Azzam pun seronok belajar sama pabila melihat kaklong beria-ia membaca,menulis dan menghafal.

Beeb banyak membantu dari segi tasmik bacaan kak long. Hadis dan doa perlu dihafal satu persatu dengan sebutan yang jelas,tajwid yg betulSaya pula banyak fokus kpd 3M- dari segi penulisannya, pembacaan dan pengiraan.Hai...bila anak periksa ni, Ummi dan Babah pun periksa sama. Sama2x mengulangkaji bab dan ilmu yg cukup advance sekarang. Kasihan juga tengok anak2x kerana kami berdua jarang dpt meluangkan masa melihat pencapaian mereka. Bila ada masa terluang dalam kereta, perjalalanan 1jam dari KL-Seremban akan digunakan oleh Beeb untuk menyemak bacaan dan hafazan kaklong.Azam dan nani pun kadang kala tunjuk talent mereka dengan membacakan doa2x dan mengalunkan lagu2x yg belajar di PASTI. Banyak sesi pelajaran mereka informal. yg penting mereka seronok belajar.

Saturday, October 17, 2009

EXPO KANAK-KANAK DYSLEXIA DAN KANAK-KANAK ISTIMEWA

Assalamu'alaikum

Dikesempatan ini ingin saya war-warkan program yang akan diadakan pada 6-8 November nanti. Tahniah kepada En Fazilan dan Kak Fauziah yangtelah menjadi perintis utama di Negeri Sembilan bagi membantu anak-anak Dyslexia. InsyaAllah, jika diizinkan petang nanti jika berkesempatan kami suami isteri ingin berbincang dengan En Fazilan untuk cuba membantu menjayakan program ini.

Tarikh: 6,7 dan 8 November 2009 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Masa : 9 pg – 10 mlm
Tempat : Dataran Senawang, Senawang, N.Sembilan (Berhadapan Maybank)

Maklumat lanjut hubungi :
Hj Pazilan Abd Hadi
Tel : 0173017235 / 0173017428 / 06-6785160
E-mel : dyslexian9@yahoo. com.my
Laman web : www.dyslexiaseremba n.com

ATURCARA
JUMAAT (6/11/2009)
9.00 malam -Tayangan Video `Kanak-Kanak Dyslexia' & Tayangan Video Upin & Ipin The Movie

SABTU (7/11/2009)
8.30 pagi - Pendaftaran Peserta, Acara `Mencari Harta Karun'
10.30 pagi - Mini Sukaneka
8.30 malam - Acara Nyayian/Tarian/ bercerita

AHAD (8/11/2009)
9.00 pagi - Taklimat/Khidmat Nasihat Doktor Pakar Kanak-Kanak Dr.Puan Norizan - Permasalahan Kanak-Kanak Dyslexia'
- Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-Kanak
10.30 pagi - Taklimat dari Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat N.Sembilan
11.30 pagi - Taklimat `Program Pemulihan Khas Integreti' Dari Pegawai Pendidikan N.Sembilan
8.30 malam - Penutup & Penyampaian Hadiah
9.00 malam - Konsert ` Teristimewa bersama kanak-kanak Istimewa

Thursday, October 15, 2009

Terima Kasih KAK MUS

Alhamdulillah..selepas sebulan tanpa pembantu, akhirnya Allah izinkan aku mendapat pembantu baru iaitu Kak Musliani. 10.10.09 Kak Mus tiba dan 12.1009 aku terpaksa ke utara tanah air selama seminggu untuk urusan kerja. Terima kasih kepada kak Mus kerana tolong jagakan anak-anak. Alhamdulillah, anak2x mudah serasi dengan Kak Mus yang baru tiba.


Dengan izin Allah juga, pembantu kali ini rupanya pernah bekerja dengan Hj Roni dan Ustazah Zuraini hampir 5tahun. Moga-moga allah mudahkan segala urusan kami sekeluarga kerana aku memang tak suka nak mengomen tentang orang gaji. Bagiku, mereka semua manusia dan mereka juga ada perasaan. Hormatilah dan raikan mereka seadanya. Sering ku nasihatkan pembantuku tentang nilai keberkatan rezeki. Kerap ku berpesan "Akak jagalah anak saya baik2x sepertimana Akak jaga anak Akak sendiri. InsyaAllah, Allah akan menjaga anak Akak yang berada di Indonesia sana dengan sebaik yang mungkin."


"Jika Akak nak anak-anak Akak menjadi yang terbaik, kerjalah dengan baik. Pastikan rezeki yang kita dapat itu berkat dan majikan memberinya dengan lapang dada dan berpuas hati dengan kerja kita. Amanah kena jaga.."

Sebagai majikan usah kita pandang akan kelemahan pembantu...periksa diri sendiri jika pembantu lakukan kesilapan. Contohnya;

1. Jika kita tak suka pembantu bangun lambat, periksa dulu diri; adakah kita pun memang bangun lambat sebelah pagi

2. Jika kita tak suka pembantu kita lembab buat kerja, periksa dulu diri; adakah kita pun memang lembab dan tak menjaga masa

3. Jika kita tak suka pembantu kita tak bersihkan rumah, periksa dulu diri; adakah kita pun memang tak pandai bersihkan rumah ketika ketiadaan pembantu

4. Jika kita tak suka pembantu marahkan anak kita, periksa dulu diri; adakah kita ini jenis yang suka marahkan anak

5. Jika kita tak suka pembantu kita malas, periksa dulu diri; adakah kita pun jenis yang malas mengemas.

Bagi saya apa sahaja kelemahan yang ada kepada pembantu; sebagai majikan kita kena terima dulu kelemahan dia. Didik dan kemudian pimpin dia untuk membuat pembaikan seterusnya. Kadang kala kekuatan yang ada pada pembantu ini saya kutip untuk jadikan kekuatan kepada diri sendiri. Pembantu yang dulu, Alis & Kak Hamidah sanggup tinggalkan anak-anak bertahun lamanya untuk mencari rezeki di Malaysia. Takkanlah kita yang baru seminggu tinggalkan anak2x untuk bertugas mahupun keluar pergi berjuang merasa keluh kesah dan risau. Serahkan kepada Allah...Allah lah sebaik-sebaik tempat kita bergantung dan memohon perlindungan.

nur mutiara
Sg Petani

Tuesday, October 13, 2009

BUKAN MILIK KITA

Salam perjuangan,

Bertalu-talu rakan2x dan sahabat2x yg telefon. Masing2x bertanya " APO YG JADI?" "KENAPO KALAH TERUK"...pelbagai persoalan dan feedback yang diterima. Masing2x memberikan pandangan dan komen. Ada yg kata faktor calon, ada yg kata faktor dalaman, musuh dalam selimut, jentera x ada dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun, ianya bukan milik kita. Kadang kala kita rasa kalah sebab orang lain...kita rasa kita sahaja yang kerja teruk...kita rasa orang lain tak betul...kita rasa cara perlaksanaan tak betul....Astaghfirullah...BANYAKNYA RASA dan sangka.

Namun siapalah kita disisiNYA. Jika bukan Allah yg gerakkan kaki ini untuk ke PRK, maka siapkah lagi yg boleh mengerakkannya? Jika bukan Allah yg memberi idea dalm setiap keputusan, maka siapakah lagi? semuanya Allah...semuanya dengan izin Allah dan kita terlalu hina disisiNya.Nak makanpun, Allah yang mengerakkan tangan untuk menyuap ke mulut. Ya Allah, lemahnya diri ini...dhaifnya diri ini. Jauhkanlah hati dan diri ini dari perasaan takbur, sombong, bongkak, megah di dunia kerana ku tahu tiada apa yg milikku didunia ini. Semuanya hanya pinjaman yang sementara.Moga Allah ampunkan dosa-dosaku dan semua jentera serta petugas di PRK yang lalu.Sama-sama kita renungi akan lirik lagi MANA MILIK KITA nyayian Rabbani

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Saturday, October 10, 2009

BERJUANG UNTUK MENANG

MENGAPA AKU BERJUANG??? Adakah untuk menang didunia ataupun menang diakhirat.
Ulangan coretan yg pernah saya titipkan pada tahun 1998....

Pabila jiwa raga diletakkan di jalan dakwah ini
Lantas bertanyalah diri...
MENGAPA AKU MESTI BERJUANG UNTUK AGAMA ALLAH INI?
Jawab hati.....
Terlalu banyak nikmat yang Allah beri
Terlalu banyak rahmat yang aku kecapi
Terlalu banyak budi yang telah kurasai
Terlalu lama kiranya aku dihidupkan di dunia ini
Namun...tiada apa yang dapat ku korbankan untuk agama suci ini
Kecuali berkorban diri untuk Ilahi...
Lantas tersentak diri....

MENGAPA AKU MESTI BERJUANG?
Jawab hati...
Aku mujahid...Mujahidah pilihan Tuhan
Diberikan hidayah dan kekuatan
Diberikan nur Iman nur Islam
Bangkit meleraikan segala kepincangan
Bangkit untuk meruntuhkan tembok kejahilan
Lantaran aku adalah pejuang akhir zaman...
mahu tak mahu...pasti dihujani 1001 tribulasi dan dugaan
Bertanya lagi diri....

UNTUK APA AKU BERJUANG?
Jawab hati...
Aku berjuang tanda cintakan agama ini
Aku berjuang tanda sayangkan ummah ini
Aku berjuang tanda kasihkan tanah air ini
Tanda kesyukuran pada Ilahi
Tanda terima kasih yang tidak terperi
lantaran aku masih bernafas hingga ke saat ini
Meskipun detik dosa ligat berputar di ulit usia sebegini

UNTUK APA AKU HARUS BERJUANG?
Jawab diri...
Aku berjuang membela agamaku
Aku berjuang membela tanahairku
Aku berjuang membela keluargaku
Aku berjuang membela saudara-saudaraku...
Andainya aku gugur.....
Moga gugur nya bersama laungan syahid
idaman bagi hati setiap pejuang


Ayuhlah...Mujahid....Mujahidah sejati
Tiada apa yang perlu engkau gentarkan...engkau gusarkan
Keringat, kuasa, kudrat, harta , lisan.....bisa kau gunakan
Yakinlah..janji Allah pasti untukmu.....andai dirimu ikhlas dalam perjuangan
Bangkitlah...ayuhlah teruskan jihad
Entah esok..entah lusa...ajal pastikan tiba
Berjuanglah selagi hayat masih ada
Biarpun sekelumit cuma

ALLAHUAKHBAR......ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUAKHBAR....ISLAM PASTIKAN MENANG

Thursday, October 8, 2009

ISLAM PASTIKAN MENANG

Usah risau, usah takut dan usah gentar. Biarpun sehebat mana tentera mereka, biarpun sekuat mana jentera mereka, biarpun segagah mana kelengkapan mereka, biarpun sejahat mana kezaliman mereka...YAKINLAH janji Allah pasti benar. Islam pastikan MENANG. Jika tidak didunia, akhirat akan menjadi saksi kemenangan Islam dan seluruh pejuang yang menegakkan syiarNYA.

Di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah berikan kekuatan, ketabahan, kesabaran, keazaman dan KEMENANGAN jentera Islam di Bagan Pinang. Takbir!

"Sesungguhnya rasulullah SAW membicarakan tentang hari JUMAAT ia berkata:"padanya terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba Allah yang muslim dgan mendirikan solat sambil memohon kpda ALLAH akan sesuatu,melainkan apa yng dimohonkannya akan dberikan kpdanya.ia mengisyaratkan dgn tangannya yang diangkatkan."(Hr Bukhari dan Muslim)

Para ulamak kalaf mahu pun ulama salaf berselisih pendapat tentang saat tersebut.ada yng mengatakan sesudah terbit matahari,ada yang mengatakan sesudah tergelincir matahari.ada yang mengatakan sesudah asar,dan ada mngatakan selain daripada saat tersebut. hadis sahih masa yang mustajab ,dari Abu musa Al-Asya'ri ra.ia berkata;"Aku mendengar rasulullah SAW bersabda:"sesungguhnya ia(saat mustajab)itu adalah antara imam duduk diatas mimbar sampai salam daripada solat."(hr muslim)

Tuesday, October 6, 2009

PROGRAM PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH

Kenapa perlu menyusukan anak?
Benarkah susu ibu ini baik makanan terbaik untuk bayi?
Apakah cara yang betul untuk menyusukan anak?
Bolehkah terus menyusukan anak selepas kembali bekerja?
Betul ke anak saya dapat cukup susu ?
Bagaimana nak selesaikan masalah penyusuan susu ibu ini?
Masih tercari-cari jawapannya?

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK BERKONGSI ILMU DAN MAKLUMAT

DI PROGRAM PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH

TARIKH : 8 NOVEMBER 2009
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI
TEMPAT : 9-1 COCO DRIVE, TAMAN BANDAR SENAWANG, NEGERI SEMBILAN


PENDAFTARAN :
RM35/seorang,
RM60 untuk pasangan suami isteri
RM30/seorang untuk yang mendaftar sebelum 25 Oktober 2009

PENYERTAAN :
Terbuka kepada semua yang
berminat.
HUBUNGI :
019-6548073 (Dr Faridah Idris)
019-6532973 (Shamsul Kamal Idris)
email : myzulfa@gmail.com

Kandungan program:
-Fisiologi penyusuan susu ibu.
-Kandungan susu ibu.
-Kebaikan penyusuan susu ibu.
-Teknik dan cara yang betul penyusuan.
-Cabaran-cabaran penerusan penyusuan susu ibu.
-Tips-tips mengatasi masalah penyusuan.
-Perkongsian pengalaman.
-Pemakanan alami untuk ibu menyusu.
-Kelab sokongan susu ibu Seremban.

BERSAMA DENGAN KAUNSELOR LAKTASI BERTAULIAH PUAN KAMARIAH dari susuibu.com.

Minum pagi dan makan tengahari disediakan.
JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI.
TEMPAT TERHAD!!! DAFTAR SEGERA !!!

BREASTFEEDING IS FITRAH
BREASTFEEDING IS SUNNAH

http://2uzulfa.blogspot.com
·

Tawaran terbaik kepada pengundi hanyalah ISLAM

Dalam kita ghairah berkempen di Bagan Pinang ini usah kita lupa visi, misi dan dasar PAS yang kita tawarkan kepada pengundi. Semuanya jauh lebih baik dari apa yang ditawarkan oleh BN. Tawaran kita bukan setakat di dunia malahan tawaran kita menjadi bekal hingga ke akhirat seperti yang dipesan dan ditawarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada seluruh umatnya dalam khutbah terakhir baginda.

Tawaran Tun Sri Dr. Mahathir
Wawasan 2020. Slogan – Malaysia BOLEH

Tawaran Tun Abdullah Badawi
Islam Hadhari. Slogan - “ Cemerlang Gemilang Terbilang”

Tawaran PM – Dato’ Najib Tun Razak
1 Malaysia . Slogan - “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”

Tawaran Pas
Islam. Seruan PAS - Allahuakbar


TAWARAN & SERUAN NABI MUHAMMAD S.A.W

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Al-Qur'an dan Sunnahku.

Sunday, October 4, 2009

Maafkanlah...

Setiap malam ke BG dan hujung minggu ke BG. Memang seronok dapat bersama2x jentera di sana. Yang paling aku seronok ialah pabila dapat bersama dengan Muslimat Kelantan. Banyaknya ilmu yang ku pelajari dengan mereka. Dalam kesibukan dan mood Syawal ini, banyak pelawaan jiran dan rakan taulan yang terpaksa ku tolak.

"Maaf ye kak, Wani tak dapat hadir. Insya Allah, ada rezeki kami sekeluarga datang ke rumah akak ye. "
"Maaflah Tuan Hj, kami tak sempat nak singgah. Ada keizinan Allah, kami datang lain masa ye."
"Maaf kak , saya tak dapat hadir malam ni. Ada mesyuarat..."
Maaf...maaf ...maaf, itu sahaja yang mampu diucapkan.
Bermula dengan jemputan di rumah jiran Kak Ros, En Satar, Kak Ina, En Ridwan dan seterusnya sahabat2x Jazilah, Hj Shaari, Chua, Idlan dan seterusnya Atriza. Semua undangan tak dapat ditunaikan dan kami suami isteri berazam untuk ziarah jiran, rakan dan sanak saudara pabila tamat PRK di BG nanti. InsyaAllah, panjang umur..murah rezeki...kami akan sampai ke rumah kalian semua.

Friday, October 2, 2009

JOM KENALI KELANTAN

EXPO KENALI KELANTAN


Tarikh : 3 - 8 Oktober 2009 (Sabtu – Khamis)

Tempat : Kg Bagan Pinang, Bt 3, Jalan Pantai (perkarangan rumah Pak Din)

Antara yang MENARIK !

Jualan Pelbagai Produk dari Kelantan

Persembahan Dikir Barat

Cabutan Hadiah

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Thursday, October 1, 2009

1 TAHUN VS 50 TAHUN

Baru setahun dan belum sampai pun 2 tahun Pakatan Rakyat mentadbir negeri-negeri yang menang. BN dan UMNO tidak habis2x mencerca, memfitnah dan memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat dan menafikan segala kebaikan dan kebajikan yang telah dilaksanakan.
" Baru 1 TAHUN makcik Pakatan Rakyat memerintah. Bayangkanlah jika usia anak yang baru setahun....baru belajar berjalanlah katakan. Bila berjalan pastinya jatuh dan bertatih lagi" Itulah perumpamaan yang boleh aku gambarkan untuk si kecil berusia 1 tahun . Sudah tentu si anak tadi sering terjatuh, menangis dan memerlukan pertolongan untuk bangkit semula. Bila ada kelemahan pemerintahan dalam usis 1 tahun sudah pastinnya ia perkara normal bagi yang boleh membezakan angka 1TAHUN dan 50 TAHUN.
Tapi kerajaan Barisan Nasional telah memerintah lebih 50tahun? Lagi banyak masalah yang timbul berbanding masalah yang diselesaikan. Yang hanya mampu dibawa oleh BN adalah isu pembangunan, isu MAJU. Apa ertinya maju pakcik...JIKA
  • Ramai anak gadis yang telah MAJU terlebih dahulu sebelum dimajukan (mengandung luar nikah
  • Indeks jenayah dan rogol lebih MAJU dari indeks saham
  • Harga2x barangan keperluan harian lagi MAJU dari harga getah dan kelapa sawit
  • Bil2x kemudahan awam lagi MAJU dari dividen dan bonus
  • Bilangan yang masuk pusat Serenti lagi MAJU berbanding bilangan yang keluar menjadi doktor
  • Jumlah orang yang gila judi dan arak lagi MAJU berbanding jumlah yang pergi ke masjid

Apalah ertinya MAJU jika hidup dihimpit derita, hati sengsara dan pemimpinnya hanya gilakan dunia.

1TAHUN vs 50 TAHUN memang bezanya. Kelantan telah diperintah oleh PAS 20tahun dan banyak perubahan yang berlaku berbanding negeri lain. Renung-renungkanlah...