Monday, July 13, 2009

Janji tinggal Janji

Aku paling payah nak minta orang bayar hutang kerana aku tak suka meminta-minta. Bagi aku , orang yang berhutang sepatutnya sedar akan tanggungjawab sebagai orang yang meminjam. Kadang kala janji untuk bayar hanya tinggal janji sahaja. Aku tak suka meminta dan kadang kala hutang dan pinjaman berlalu begitu sahaja. Suami pernah menasihatkan agar aku tidak terlalu lembut hati. Jika orang yang sama meminjam tetapi payah nak bayar; sampai bila harus begitu? Kekadang takut juga jika aku juga pernah berhutang kepada orang lain. Turut muhasabah diri mengapa orang cukup liat nak bayar hutang dan tunaikan janji. Sedikit pedoman untuk renungan diri dan sahabat-sahabat sekalian;


Jangan sesekali membuat janji sekiranya anda telah berniat untuk tidak menunaikan janji itu.

Jangan berjanji untuk membuat perkara yang haram atau untuk melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan.

Jangan membuat janji sekiranya diri anda berada dalam keadaan tergesa-gesa.

Sekiranya anda telah membuat janji maka tunaikanlah janji itu dan jangan sesekali melanggari janji itu jika anda tiada alasan yang kukuh dan wajar.

Jika berjanji dengan anak-anak untuk memberinya sesuatu maka janji itu wajib ditunaikan.

Abdullah Ibn Amir meriwayatkan suatu masa semasa beliau masih kecil ibunya telah memanggilnya dan berjanji akan memberikannya sesuatu.

Rasulullah S.A.W yang kebetulan berada disitu terus bertanya,”Apa yang kamu niatkan untuk memberi kepadanya?”

Jawab Ibu Amir,” Sedikit tamar.”

Sabda Rasulullah S.A.W, ” Sekiranya kamu tidak memberikannya maka dosa berjanji dusta akan dicatatkan untukmu”.

No comments: