Wednesday, July 22, 2009

KKP Menjelang Ramadhan

KKP-Khidmat Kesihatan PERCUMA untuk penduduk di Paroi dan Senawang kini bertamu lagi sempena program di Ambang Ramadhan. Orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan khidmat kesihatan berikut secara percuma.

Tarikh: 16 Ogos 2009
Masa: 9.00 pagi - 12.30thari
Tempat: Dataran Senawang

Antara perkkhidmatan yang diberikan ialah;
1. Pemeriksaan tekanan darah
2. Pemeriksaan BMI -Indek Jisim Tubuh (Body Mass Indexs)
3. Pemeriksaan gula dalam darah
4. Consultatation bersama doktor

Tuesday, July 21, 2009

Jaga diri, jaga pekerti

Bila berjauhan pastinya setiap hari telefon berdering sama ada menerima panggilan drp suami dan anak-anak mahupun emak di kampung. Masing2x risau sekiranya aku outstation seminggu sama ada di utara, Sabah atau Sarawak. Lebih2x lagi jika field work banyak dilakukan dikawasan pendalaman. Kadang kala tinggal seorang diri di rumah tetamu yang terpencil. Pernah satu ketika aku tidak dapat tidur sehingga jam 3pagi kerana ada 'gangguan' dan akhirnya menelefon suami.Beeb nasihatkan aku agar membaca apa yang patut dan usah fikir yang bukan2x.

Kadang kala aku tak berasa risau sangat jika diganggu makluk Allah yang tidak dilihat tapi aku lebih takut jika diganggu makhluk yang boleh dilihat. Makhluk yang diberikan akal fikiran oleh Allah untuk berfikir dan berzikir. Beeb dan mak acapkali nasihatkan aku agar pandai menjaga diri, jaga pekerti, jaga mulut dan maruah. Tambahan pula bidang kerja yang aku ceburi banyak berhadapan dengan client/customer lelaki. Kena pandai belajar bagaimana menggunakan approach,bahasa yang betul supaya apa yang diutarakan tidak disalah tafsirkan.
Alhamdulillah, aku dikurniakan seorang suami yang begitu memahami tugasku yang banyak deal dengan kaum Adam. 9 drp 10 rakan-rakan sekerja pula memang lelaki dan Beb sentiasa nasihatkan agar aku bersikap profesional dalam melaksanakan tugas dan membuat penilaian dalam setiap audit yang dilakukan. Alhamdulillah, Beeb bukannya seorang yang cemburu dan sentiasa memberi nasihat agar aku pandai jaga diri bagi menjaga imej seorang uslimah, wanita, isteri dan ibu. Dugaan memang kuat bila berhadapan dengan insan yang tidak faham agama. Allah sahajalah peneman setia dan tempat aku bergantung harap. Syukur ke hadrat Allah kerana semua rakan sekerja menghormati aku dan memang benar pakaian, jilbab ,adab akan menjadi penyebab untuk mereka lebih menghormati kita. Kepada semua wanita yang mungkin bidang kerjanya hampir sama denganku, jagalah diri, jagalah pekerti,taburkan budi dan jadilah insan yang sering menerangi jalan dan membawa imej Islam walau dimana saja kita berada. InsyaAllah, Allah akan memelihara kita.

Monday, July 20, 2009

Air mata Ibu

Wajah tua itu
merenung jauh di jendela
menatap pepohon hijau
mendongak ke langit nan membiru
mengimbau masa nan lalu
mengingati anaknya satu persatu

wajah sayu itu terhiba sendu
bila sang anak tidak singgah berlalu
diteratak kasih cinta yang padu
dek terguris dengan kata si ibu
yang menegur di depan tetamu

duhai anak yang telah bergelar ibu
usah kau sakiti hati ibumu
usah sekali biarkan air matanya gugur sayu
dengan perbuatan dan sikap biadapmu
diam membisu dan kaku
tanpa khabar dan berita dirimu

renungilah wajah tua itu
yang menyayangimu tak kira waktu
hanya mulutnya saja yang menguris hatimu
namun hatinya bersih bak salju
sayangnya seribu satu

usahlah dikau terus-terusan begitu
membimbangi ibumu yang makin dimamah waktu
hiburkan hatinya selalu
raikan dia tak kira waktu
kerana dialah ibu dunia & akhirat buatmu

nukilan: buat kakak yang mungkin terasa dengan kata-kata ibu. Maafkanlah ibu dan pastikan senyumannya bertamu dari air matanya berlalu

nurmutiara
Rajawali, Bintulu Sarawak

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini

Terkedu dan terpaku pabila membaca email yang dihantar oleh adik ipar berkenaan syahidah Marwa al-Sharbini. Semoga kita mengambil pengajaran dan berazam untuk menjadi salah seorang mujahidah akhir zaman.



Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.

Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.
Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden , Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden .

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia. Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sebuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya.

Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT . Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

Sunday, July 19, 2009

JOM BERHIMPUN MANSUHKAN ISA


Semua Lajnah Penerangan & Dakwah Muslimat Negeri2x dan Kawasan diarahkan menaikkan banner dan mengadakan kempen promosi bagi menggesa kerajaan untuk memansuhkan ISA. Semuanya dijemput untuk turun padang beramai-ramai dalam himpunan MANSUH ISA pada 1 OGOS nanti.

Jika sebelum ini suara rakyat dalam menggesa kerajaaan memansuhkan PPSMI diterima, maka tidak mustahil jika sekali lagi suara rakyat mampu memberikan kejutan.Lantaran itu nyatakan sokongan anda dengan bersama-sama hadir ke perhimpunan ini. Ayuh, selamatkan muslimah dan anak-anak yang kehilangan kasih sayang suami dan bapa mereka. Bantulah mereka dengan menyatakan sokongan anda. Jom MANSUH ISA.

Kursus Yang Menarik

Hari ini saya sempat menghadiri kursus mencetak T-shirt di Taman Tasik Jaya. Satu kursus yang amat menarik. Konsepnya mudah, cepat dan praktikal. Tenaga penceramahnya merupakan seorang anak muda,Sdra Nordin dari Johor yang telah hampir 3 tahun menceburi bidang ini. Bermula mencetak di rumah kini beliau mampu membuka syarikat dan mempunyai kedai sendiri. Saya hanya sempat menghadiri sehingga jam 11.10 pagi kerana terpaksa bergegas ke airport emmandangkan flight ke Sarawak jam 2ptg.

Saya minta suami gantikan saya di sebelah petang untuk mengetahui lebih lanjut tentang kaedah pencetakkan ini. Tahniah kepada Sdara Suhairie yang berjaya mengadakan kursus ini. Meskipun bilangan peserta hanya 10-15 orang sahaja namun ianya merupakan kursus yang cukup bagus untuk diteruskan. Anak-anak muda, belia remaja sewajarnya mengambil peluang menceburi bidang ini dan mula belajar berniaga. InsyaAllah, didoakan kursus ini dapat diadakan sekali lagi memandangkan ramai pemuda yang tidak berpeluang ,menghadirinya kerana ada program di Dewan D'Ark.

Walauapapun ianya merupakan kursus yang amat bagus untuk menarik golongan belia yang mengganggur.

Saturday, July 18, 2009

Bila remaja hilang rasa...

Beginilah keadaan yang berlaku di taman permainan Taman Sri Pulai 3 apabila alat permainan gelongsor dibakar oleh remaja diwaktu malam. Taman yang sepatutnya menjadi tempat anak-anak bermain nampaknya semakin tercemar dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak dan kegiatan maksiat. Jawatankuasa surau disini telah sepakat mengadakan gotong royong pada hari ini serta mengadakan pemantauan seterusnya bagi memastikan taman permainan ini bebas dari aktiviti yang tidak sihat. Gazebo yang ada disini pula sering digunakan oleh para remaja untuk melepak dan ada kalanya digunakan untuk berdua-duaan. Kepantangan saya pabila melihat perkara ini didepan mata. Saya akan menegur remaja ini dan menasihati mereka untuk memberi contoh kepada anak-anak kecil yang berada di taman ini. Mana yang tidak tahan dengan teguran saya akan minta maaf dan segera berlalu.
Sebagai ibubapa dan jiran tetangga, saya menyeru diri saya dan semua agar kita sama-sama memainkan peranan memastikan remaja kita bebas dari melakukan aktiviti yang tidak sihat. Jika remaja kita binasa maka binasalah generasi yang akan datang. Bila remaja kita hilang rasa dan pertimbangan maka akan berleluasalah gejala rosak akhlak dan rosak harta benda. Jenguk-jenguklah dimana remaja kita berada pada masa ini.

Monday, July 13, 2009

Mak sayang anak perempuan?

Tentu kita pernah mendengar, kata orang tua, ‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’? Mak sayang anak perempuan daripada anak lelakikan? Kadang kala adik lelaki suka mengusik mak.

Di dalam keluarga kami, memang anak perempuan lebih rapat dengan
mak. Tambahan pula mak akan cari anak-anak perempuan bila mak ada masalah. Kenapa anak perempuan lebih dekat dihati mak berbanding anak lelaki. Adakah anak perempuan lebih memahami mak berbanding anak lelaki. Tapi saya cukup hairan pabila ada ibubapa yang mengeluh kerana semua anaknya perempuan. Apa salahnya anak perempuan.... Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."

Seorang lelaki bertanya, "Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?"

Sabda baginda, "Juga untuk dua anak perempuan."

Seorang lelaki berkata, "atau untuk seorang wahai Rasulullah?"

Rasulullah SAW menjawab, "Juga untuk seorang." (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Seorang perempuan telah datang berjumpa aku dengan membawa dua orang anak perempuannya, lalu dia meminta sesuatu daripadaku. Pada saat itu tidak ada makanan di rumah aku kecuali sebiji kurma. Tanpa berlengah-lengah aku terus memberikannya. Perempuan tersebut mengambil kurma yang diberikan lalu membahagikan kepada dua orang anak perempuannya dan dia tidak merasainya walaupun sedikit. Kemudian dia berdiri dan keluar bersama dengan dua orang anak perempuannya. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w pulang aku sampaikan cerita tersebut kepada baginda. Mendengar peristiwa tersebut baginda bersabda: Sesiapa yang mendapat cubaan dari anak-anak perempuannya, tetapi dia melakukan kebaikan terhadap mereka, nescaya mereka akan menjadi penghalang baginya dari azab Neraka.

Janji tinggal Janji

Aku paling payah nak minta orang bayar hutang kerana aku tak suka meminta-minta. Bagi aku , orang yang berhutang sepatutnya sedar akan tanggungjawab sebagai orang yang meminjam. Kadang kala janji untuk bayar hanya tinggal janji sahaja. Aku tak suka meminta dan kadang kala hutang dan pinjaman berlalu begitu sahaja. Suami pernah menasihatkan agar aku tidak terlalu lembut hati. Jika orang yang sama meminjam tetapi payah nak bayar; sampai bila harus begitu? Kekadang takut juga jika aku juga pernah berhutang kepada orang lain. Turut muhasabah diri mengapa orang cukup liat nak bayar hutang dan tunaikan janji. Sedikit pedoman untuk renungan diri dan sahabat-sahabat sekalian;


Jangan sesekali membuat janji sekiranya anda telah berniat untuk tidak menunaikan janji itu.

Jangan berjanji untuk membuat perkara yang haram atau untuk melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan.

Jangan membuat janji sekiranya diri anda berada dalam keadaan tergesa-gesa.

Sekiranya anda telah membuat janji maka tunaikanlah janji itu dan jangan sesekali melanggari janji itu jika anda tiada alasan yang kukuh dan wajar.

Jika berjanji dengan anak-anak untuk memberinya sesuatu maka janji itu wajib ditunaikan.

Abdullah Ibn Amir meriwayatkan suatu masa semasa beliau masih kecil ibunya telah memanggilnya dan berjanji akan memberikannya sesuatu.

Rasulullah S.A.W yang kebetulan berada disitu terus bertanya,”Apa yang kamu niatkan untuk memberi kepadanya?”

Jawab Ibu Amir,” Sedikit tamar.”

Sabda Rasulullah S.A.W, ” Sekiranya kamu tidak memberikannya maka dosa berjanji dusta akan dicatatkan untukmu”.

MMU?

Menang Manik Urai (MMU)? Semua jawapan akan diketahui pada malam ini. Adikku Fendi yang sakit ada berbisik kpdku semalam. "Angah, PAS menang di MU". "Macam mana Fendi tahu?"aku bertanya.

"Fendi tahulah" katanya sambil tersenyum.Memang aku lihat terdapat persaingan yang cukup sengit disana. Semuanya bekerja keras untuk kemenangan. Aku berdoa agar Allah beri kekuatan kepada semua pejuang-pejuang dan jentera di sana. InsyaAllah, Islam akan terus semarak disana. Kita yang jauh hanya mampu berdoa semoga Allah berikan kemenangan dan kekuatan.

Wednesday, July 8, 2009

Usia semakin TUA

5 Rejab 1430, genap 33 tahun usia aku dimuka bumi ini. Usia yang bagiku semakin tua terutamanya pabila melihat anak-anak semakin membesar. Bezanya tahun ini, keluargaku membuat kejutan pada tanggal 3 Julai. Semua ahli keluarga datang ke rumah meraikan Hari Lahirku. Selepas waktu Isyak, semua adik beradik serta mak ayah hadir ke rumah. Usrah muslimat yang ada pada malam tersebut tidak dapat aku hadiri pabila rumah dihujani tetamu istemewa yang tidak dijangka.Bila usia semakin bertambah, tanggungjawab dan peranan turut bertambah. Aku selalu berdoa agar pertambahan dosa tidak seiring dengan pertambahan usia. Aku pernah maklumkan kepada suami yang aku ingin berhenti kerja di usia 40tahun dan fokus kepada anak-anak.

KPI aku ialah ingin memulakan bisnes kecil-kecilan dan boleh fokus dalam rumahtangga. Terlalu banyak yang ingin aku buat namun tak pasti sama ada aku mampu atau tidak. Moga Allah permudahkan urusanku.

Dibulan yang sama Julai, aku ingin ucapkan selamat Hari Lahir kepada Sdr Sufian, Hjh Che Bee dan Pn Faridah Yahya. Semoga Allah panjangkan usia kalian, dimurahkan rezeki dan diberkati dunia dan akhirat.

Suara Rakyat, kenapa LAMBAT?

Berita Harian Khamis, 09 Julai 2009
PUTRAJAYA: Kabinet semalam meluluskan strategi baru untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan. Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, berkuat kuasa pada 2012......
Hari ini di radio banyak panggian yang dierima daripada ibubapa dan guru tentang strategi baru yang diputuskan oleh kabinet semalam. Alhamdulillah, suara rakyat dan ahli akdemik yang membantah PPSMI ini mendapat perhatian yang sewajarnya. Suara rakyat lebih kuat berbanding kehendak peribadi golongan tertentu.

Yang jadi masalahnya kenapa 2012? Semuanya bertanya soalan yang sama dan ada pendengar yang beri jawapan ialah intensif 10% untuk guru-guru. Benar atau tidak , kita tiada jawapannya. Kita tunggu berita yang akan datang untuk tahu kenapa perlu tunggu sehingga 2012. Jika suara rakyat makin kuat, 2012 ini boleh dianjak ke tahun 2010. Percaya atau tidak? Lakukan lebih banyaj desakan suapaya anjakan pradigma ini mampu dibuat oleh pimpinan atasan.


Ku Temui Jalan Pulang


Buku bertajuk Ku Temui Jalan Pulang yang ditulis oleh Ummi Rose amat berkesan dihati terutamanya pabila terkenangkan wajah adik-adik dan anak-anak di rumah Raudatus Sakinah. Rombongan ke sana pada 27 Jun yang lalu, banyak mengajar kami untuk memahami hakikat bahawa terlalu ramai remaja kita diluar sana yang memerlukan kita sebagai ibu, kakak dan rakan dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
Rombongan kami yang majoritinya daripada PPP-Pertubuhan Perkumpulan Perempuan memberikan satu persepsi baru bahawa ramai antara kita ini masih belum nampak peranan yang boleh dimainkan didalam masyarakat.Majoriti antara kita lebih suka melihat, mengata dari membuat pembaikan. Saya tidak sempat mencoretkan pengalaman, perasaan dan pengajaran dari rombongan ini. Cerita lanjut boleh dibaca di http://atriza.blogspot.com/


LAMA TANPA BERITA

"Kak wani, dah sebulan nampaknya akak tak update blog" Adik Atriza bertanyakan kepada ku. "Memang dah lama Atriza.Kad 3G akak rosak dan kena pergi tukar di Celcom. Banyak berita yang ingin akak update didalam blog tetapi tidak dapat dikongsi" Sekali sekala sempat juga membuka blog sahabat-sahabat serta dapatkan info terkini.

Bermula dengan berlalunya hari bapa pada 21 Jun lepas.Aku dan anak-anak sempat meraikannya buat babah tersayang. Dinding dirumah penuh dengan contengan ain dan adik-adik. Aku sempat merakamkan ucapan Ain, kepada Babah yang ditampal dibilik. Entah dari mana dia mengambil gambar passport babahnya dan setiap kali saudara mara datang, pasti dibawanya ke bilik melihat gambar babah.


Bulan lepas aku memang sibuk sekali. Tambahan pula pabila notis berhenti telah dihantar. Banyak tugas yang perlu diselesaikan sebelum berpindah ke tempat baru.Jika datang dengan cara baik, kita pergi pun biarlah dengan cara baik.