Mutiara kata yang indah... titipan untuk jiwa dan minda. Forum berbicara dan berkongsi rasa untuk insan yang memahami erti kasih,sayang dan cinta kepada Ilahi dan alam semesta.Hubungi saya untuk sebarang pertukaran maklumat,info dan perkongsian pengalaman di halwan9@yahoo.com atau 013-3851202 (Nur Wani)
Friday, May 29, 2009
Nukilan si kecil
JOM BERMUKTAMAR
MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN MUSLIMAT PAS KALI KE-49 | ||
MAJLIS PERASMIAN | ||
10 Jamadil Akhir 1430 / 4hb Jun 2009 (Khamis) | ||
7.30 pagi | - | Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat |
8.30 pagi | - | Ketibaan Tetamu dan Dif Jemputan |
9.00 pagi | - | Aluan Pengerusi Majlis |
9.05 pagi | - | Bacaan Ayat Suci Al-Qu'an dan Terjemahan |
9.10 pagi | - | Lagu Negaraku dan Lagu Rasmi PAS |
9.20 pagi | - | Ucapan Aluan Penyelarasan Muktamar Tahunan |
Dewan Muslimat PAs Pusat kali ke-49 | ||
~ Puan Hjh Salbiah Ab Wahab | ||
9.30 pagi | - | Ucapan Tema Muktamar oleh Ketia Dewan Muslimat PAs Pusat |
~ Ustazah Hjh Nuridah Mohd Salleh | ||
10.45 pagi | - | Ucapan Perasmian oleh Timbalan Presiden PAS |
~ YB Ustaz Hj Nasharudin Mat Isa | ||
11.45 pagi | - | Persembahan Multimedia Dewan Muslimat PAS Pusat |
11.50 pagi | - | Penyampaian Cenderahati |
12.00 t/hari | - | Taklimat Pemilihan |
12.30 t/hari | - | Rehat |
1.45 petang | - | Perwakilan mengambil tempat |
2.00 petang | - | Sidang Muktamar Bermula |
Thursday, May 28, 2009
Azzam...aduhai Abdullah Azzam
2-3 minggu ini memang agak kelam kabut bila terpaksa handle banyak perkara di Sabah & Sarawak. Sabah--> Sarawak--> Sabah. 3 minggu berturut2x anak ditinggalkan. Hanya sempat bersama mereka Sabtu dan Ahad sahaja. Yang paling aku risaukan adalah Azzam. Hari terakhir tinggalkan dia pada Isnis lepas, Azzam tidak berapa sihat. Nak telefon kadang kala line x ada. Bertambah rindu bila teringatkan Azzam yang tidak berapa sihat. "Azzam doakan Ummu ye. InsyaAllah, ada rezeki Ummi tukar kerja. Boleh jumpa anak ummi tiap-tiap malam.
Thursday, May 21, 2009
Jasad itu
tenang sentiasa
pandangan matanya
tanpa kelipan seketika
tubuh badannya
gagah perkasa
seperti teruna menginjak usia
namun ianya sudah tidak bernyawa
Ku renung satu persatu
gambar jasad kaku itu
sambil jiwaku tersedu
mengenangkan pemergiannya yang syahdu
tanpa sebutir kata sempat dituju
buat teman dan ayahibu
Hati bertambah pilu
satu demi satu kehilangan menghampiri
nyawa seakan murah sekali
bila keselamatan dimungkiri
peraturan dicerobohi
hingga mengundan padah diri
insan tak berdosa disakiti
teruna malang dijemput Ilahi
Jasad itu masih menghantui
benak perasaan dan hatih apa mungkin akan ku hadapi
saat getir sebegini?
menatap jasad dan tubuh kaku
mencari bukti yang tidak ku ketemu
barisan ayat terus melayari penaku
ku taipnya satu persatu
hingga dingin subuh mengejutkanku
usah yang lain jadi mangsa
akibat kealpaan manusia
cukuplah pengajaran bagimu
yang sukar sekali
memahami erti kehilangan sesuatu
milik ayahibu yang pilu
Ratu HATI
Jika diizinkan Allah, ingin kumiliki hati setabah dan sesabar mak. Ingin ku miliki hati suci mak yang tidak pernah membezakan anak-anak. Ingin ku miliki kelembutan jiwa mak yang sangat menyayangi sesiapa sahaja yang ditemuinya. "Mak terima kasih kerana melahirkan wani,membesarkan wani,menjaga wani,mendidik wani,memahami wani,menyayangi wani dan merestui pilihan hati wani. Semoga Allah limpahkan rahmat yang berpanjangan, kesihatan yang berkekalan, umur yang diberkati dan rezeki yang dilimpahi untuk mak. Maklah RATU hati wani.
Doa dari Seberang
Seawal 6.30pagi saya sempat mengikuti briefing untuk pekerja-pekarja ladang di Bintulu Sarawak ini. Jam 6.30 pagi disini hampir sama dengan jam 8.00pagi di Semenanjung. Seminggu di Sarawak saya sempat menjelajah ke beberapa buat tempat untuk berjumpa dengan pekerja. Bermula dari Bintulu, saya ke Rajawali dan seterusnya ke Pekaka. Sempat juga melalui jalan yang menghala ke Bakun. Perjalanan tampak menarik dan segar dengan pepohon hijau disepanjang jalan. Mahasuci Allah diatas keindahan ciptaan alam ini
Rasa terharu apabila briefing pagi itu dimulakan dengan Al-Fatihah dan diikuti oleh bacaan doa oleh salah seorang pekerja dari Seberang.
Ya Allah...
Kami mohon kepadaMu
kebaikan sama ada yang telah kami tahu
atau yang belum kami ketahui
kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan
tubuh badan yang sihat
akal fikiran yang sejahtera
dan semangat yang membara
bagi mempertingkatkan kualiti kerja kami
ya Allah...
kami mohon perlindunganMu
dari segala keburukan
hasad dengki dan iri hati
sama ada yang telah kami tahu
atau yang belum kami ketahui
Ya Allah..
Lembutkanlah dan satukanlah jiwa-jiwa hambamu
Agar wujud kesepakatan
Dan kesefahaman antara kami
Bagi menunaikan tugas yang diamanahkan
Dengan lebih berkesan
Bagi meneruksn khidmat bakti kami
Kepada agama , bangsa dan negara
Amin...
Moga Allah memelihara mereka semua dan saya dapati majoriti surau,masjid di kawasan pendalaman ini diimarahkan oleh pekerja-pekerja dari Seberang dan Bangladesh. Mereka menjadi bilal, mereka menjadi imam dan seringkala alunan zikir berkumandang. Majoriti antara kita mungkin memandang rendah kepada foreign workers ini namun tidak semua mereka jahat dan tidak bermoral. Kebanyakkan yang saya ketemui amat berdisplin dan komited dalam kerja. Semoga mereka semua beroleh kekuatan, kesabaran,ketabahan dalam mencari rezeki dibumi bertuah Malaysia.
Monday, May 18, 2009
SELAMAT PAGI CIKGU
SELAMAT PAGI CIKGU…ucapan yang sering anak-anak saya ucapkan bila mereka terkenangkan cerita Upin & Ipin. Masing-masing cuba berlakon sebagai cikgu. Sempena 16 Mei ini; SELAMAT HARI GURU saya ucapkan kepada semua pendidik dan bekas pendidik yang telah menjalankan tugas yang sungguh mulia mendidik anak bangsa. Tidak kira sama ada kita merupakan pendidik di peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA dan lain-lain institusi. Semuanya memainkan peranan yang sama iaitu MENDIDIK dan MENYAMPAIKAN ILMU.
Meskipun pada peringkat awalnya menjadi “guru/cikgu” bukanlah antara cita-cita idaman saya. Malah pernah dahulu tawaran menjadi guru di matrikulasi saya tolak kerana memang saya tidak minat mengajar. Sejak kecil saya cukup garang dengan adik-adik dan emak sendiri cakap saya tidak sesuai menjadi cikgu kerana nanti anak-anak murid akan teruk kena dera dengan saya. Namun pabila mula bekerja dikilang, boss banyak menyuruh saya buat briefing dan training. Antara orang yang mula mengenali potensi saya dalam ‘training’ adalah boss pertama saya iaitu Madam Siew Hong. Katanya saya lebih sesuai dalam ‘training’ dan kekuatan saya in managing people.
Sejak itu saya cuba beranikan diri memberi ‘training’ dan menjalankan’workshop’ untuk pekerja. Lama kelamaan timbul minat untuk mengajar. Disamping mengajar ianya merupakan medan yang terbaik untuk berdakwah. Walaupun saya bukannya cikgu namun 90% orang baru yang saya jumpa akan mengatakan saya ini cikgu dan adakalanya dipanggil. Alhamdulillah, tempias daripada sahabat-sahabat saya yang majoritinya cikgu iaitu Cikgu Ciana, cikgu Saadah, cikgu mahani, cikgu Zuriani, cikgu solehah, cikgu Jazilah, cikgu Hanadiah; memangkinkan post saya yang baru bermula July 2009 sebagai ‘TRAINER”. Dengan kata lain tugas baru saya lebih focus mengajar dan mendidik pekerja dalam bidang alam sekitar, keselamatan dan kesihatan. Cuma bezanya saya tidak dipanggil cikgu tetapi trainer. Peranan hampir sama dengan guru/cikgu cuma bezanya anak murid saya di kalangan orang dewasa. Walau apapun, masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua insan yang bergelar cikgu, guru, mualimah. Semoga Allah memanjangkan umur, memurahkan rezeki, menambahkan ganjaran dan merahmati hidup anda yang berusaha mendidik anak bangsa.
Wednesday, May 6, 2009
Bidadari dari Timur
Novel ini adalah sebuah catatan isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka. Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya. Novel sulung terbitan Anbakri Publika sdn bhd bakal menemui penikmat karya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.
Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…
Hayatilah hasil karya Isteri Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk perjuangan Muslimat
Untuk tempahan hubungi Puan Norwani : halwan9@yahoo.com / 0133851202
Hasil keuntungan akan disalurkan ke DUN Paroi & Muslimat Kawasan Rembau
Milikilah Buku ini dengan harga RM12.90 , 128 halaman
Saturday, May 2, 2009
Swine Influenze / Selsema Babi
It is a respiratory disease of pigs caused by type A strains of the influenza virus. It regularly causes high flu outbreaks in pigs but with low death rates. There are four main sub-types of the virus, but the most recent isolated influenza viruses from pigs have been H1N1 viruses.
What are the symptoms?
The symptoms are similar to those of regular flu:
- Fever
- Lethargy
- Runny nose
- Cough
- Sore throat
- Lack of appetite
- Vomiting and diarrhoea in some cases.
How does it spread?
Swine flu viruses do not typically infect humans though they do occur through close proximity or contact with infected pigs or contaminated areas. Cases of human-to-human spread have been documented.
How long is someone with swine flu considered contagious?
People with swine influenza virus infection should be considered potentially contagious as long as they are symptomatic; possibly for up to seven days following the onset of the illness. Children, especially younger children, might potentially be contagious for longer periods.
What can I do to protect myself from the swine flu?
There is no vaccine available right now to protect against the swine flu. However, you can help prevent the spread of germs that cause respiratory illnesses like influenza by:
1. Covering your nose and mouth with a disposable tissue or handkerchief when you cough or sneeze. Throw the tissue in the waste basket after you use it.
2. Wash your hands often with soap and water, especially after you cough or sneeze. Alcohol-based hand cleaners are also helpful
3. Try to avoid close contact with sick people. - If you get sick with influenza, stay at home and limit contact with others to keep from infecting them.
4. Avoid touching your eyes, nose or mouth.
5. Consult your nearest healthcare facility if you think you have any of the symptoms.
Which countries have had cases of the swine flu?
The World Health Organisation (WHO) has confirmed human cases of swine flu in Mexico, the United States, Canada and Spain. Only Mexico has reported deaths from the new strain. The Health Ministry on April 27 advised Malaysians against travelling to certain places in the United States, Mexico and Canada which have been affected by the swine flu.
Where can I get more information?
For more information, go to the Health Ministry (www.moh.gov.my) or call the Ministry's hotline at (03) 8881-0200/300.
Useful Links:
World Health Organization: www.who.int
Centers for Disease Control and Prevention: www.cdc.gov
Homeland Security Department: www.dhs.gov
WHO swine flu page: http://www.who.int/csr/disease/swineflu/en/index.html
Kepimpinan baru...visi baru
Saya yakin adik-adik ini mempunyai potensi yang besar utk diketengahkan. Mereka merupakan barisan pelapis kepimpinan muslimat bukan setakat di Rembau malah di Negeri Sembilan. Tenaga muda yang ada perlu dimanfaatkan mengikut kekuatan masing-masing. Jika ada 10 orang muslimat muda yang boleh bekerja sepenuh hati dan tenaga untuk PAS Rembau, saya cukup yakin sinar kegemilangan Islam akan terus memancar di Rembau. Teringat saya akan kata-kata Mantan Presiden Indonesia, Sukarno:
“Berilah aku seratus orang pemuda, nescaya aku akan mampu menggoncangkan dunia. Tetapi sekiranya aku diberi seribu orang tua nescaya tewaslah aku”
Demikian sebuah proklamasi yang telah mengangkat martabat golongan muda. Dalam perjuangan ini, tenaga pemuda dan pemudi khususnya Nisa amat penting dibangunkan untuk meneruskan agenda dan memperkukuhkan gerak kerja parti. Harapan diletakkan di atas bahu golongan muda kerana golongan ini masih memiliki semangat yang membara, tubuh badan yang kuat serta idealisme yang tinggi.
Saya sentiasa berdoa agar adik-adik muslimat muda ini diberikan kekuatan untuk bersama-sama merealisasikan gerak kerja muslimat khususnya diRembau. Mudah-mudahan Allah memberi 1001 kesabaran, kekuatan dan iltizam yang tinggi kepada kami untuk mempertahankan kemenangan sulung di Paroi dan seterusnya menjana kemenangan di Rembau khususnya.
Tetamu dari Terengganu
2 Mei, seawal jam 7.15pagi rombongan 1bas dari Jertih Terengganu tiba di Pasti Amal. Rombongan yang diketuai oleh Ustazah Maliah (Naib Ketua Muslimat Pas Kawasan Besut) yang juga merupakan isteri kepada Ustaz Husin Awang; disambut oleh YB Paroi Hj Mohamad Taufek dan isteri serta beberapa orang AJK dewan Muslimat Pas Kawasan Rembau.
Pada pagi itu, tetamu seramai 40orang dijamu dengan sarapan pagi dan berpeluang mendengar slot tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Fuad Othman, Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri Sembilan. Semua tetamu berpeluang mendengar ucapan YB Paroi yang menceritakan serba sedikit perkembangan dan kondisi aktiviti Pas Kawasan Rembau dan Paroi khususnya.
Selepas itu para tetamu beramah mesra dengan pimpinan muslimat Pas Kaawasan Rembau yang hadir dan mendengar sedikit persembahan powerpoint. Kami juga berpeluang mendengar tazkirah daripada Ustazah Maliah yang memberikan suntikan semangat kepada penggerak di Dun Paroi agar tidak mudah mengalah, kecewa, bersedih, merajuk dengan setiap dugaan dan tribulasi.Beliau turut menceritakan kisah sejarah Nabi Yunus yang merajuk membawa hati sehingga diuji Allah dengan ditelan oleh ikan Nun.Selepas ujian itu barulah Nabi Yunus a.s. menyedari kesilapan diri dan bersemangat meneruskan dakwahnya kepada ummat pada masa itu.Tazkirah yang diberikan oleh Pn Maliah benar-benar berkesan di dalam jiwa kami. Biar apapun halangan, apapun ujian yang melanda; semoga Allah beri kekuatan kepada petugas-petugas di Paroi untuk terus istiqamah.InsyaAllah.
Menurut Ustazah Haznah, salah seorang pimpinan kawasan yang hadir; kesemua muslimat yang mengikuti rombongan ini adalah merupakan petugas sepenuh masa dalam PRK di KT,Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Mereka diraikan dalam rombongan ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam setiap PRK yang diadakan. Sewaktu bersalam dan memeluk erat setiap tetamu yang hadir, muslimat Rembau merasa bersemangat dan menumpang kekuatan daripada tetamu yang majoritinya golongan veteran yang telah lama berjuang di Terengganu. Wajah-wajah tabah mereka yang pangkatnya seperti ibu kita memberi inspirasi yang cukup bernilai.InsyaAllah, jika ada rezeki dan ruang masa; kunjungan kita ke sana amat dialu-alukan oleh mereka.
Lebih kurang jam 9.00 pagi semua ahli rombongan bertolak ke Nilai 3 untuk membeli belah sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka.Moga ukhuwah dan persaudaraan yang terjalin dalam masa 2 jam akan berpanjangan hendaknya. Amin.
Friday, May 1, 2009
PPP, satu peluang NGO wanita
PPP-Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Taman Tasik Jaya telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-4 pada ahad yang lepas. Alhamdulillah, sambutan daripada wanita di Taman Tasik Jaya cukup membanggakan. Pertandingan memasak yang dijalankan turut mendapat sambutan daripada penduduk setempat.
Terima kasih kepada Ustazah Solehah yang telah memberikan tazkirah untuk tatapan perwakilan yang hadir. Tidak lupa kepada isteri YB yang berkesempatan turun menjengah wanita di situ. Kali pertama dengar isteri YB berucap,memang berbakat seperti YB juga. PPP ini perlu diceburi oleh wanita yang ingin bergerak dalam melaksanakan aktiviti secara berkumpulan. Banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh PPP dan ianya mendapat sokongan padu dari pihak PPP Daerah. Moga Pengerusi, pn Norlia diberikan kekuatan untuk terus menerajui PPP Tasik Jaya ini. Ketabahan beliau amar sukar ditandingi. Dalam kesedihan kerana masih baru kehilangan cucu tersayang, beliau masih mampu tersenyum dan bekerja keras.