Hari ini merupakan hari ke-2 saya berada di rumah. Alhamdulillah,dalam keadaan kurang sihat , Allah izinkan saya untuk bersama dengan anak2x dirumah. Meskipun kepala berat dan badan terasa lemah, keletah anak-anak membangkitkan rasa semangat kepada saya untuk melaksanakan tugas-tugas yang tertangguh. Meskipun MC dan perlu berehat, ada tugasan tempat kerja yang perlu saya hantar kepada boss.
Ada juga beberapa perkara penting yang perlu saya semak sebelum AGM DMPKR pada ahad ini. Sambil mengadap komputer menyiapkan tugas, anak-anak pula sibuk inginkan perhatian. Umminya. Masing-masing minta Ummi ajarkan mereka dan bacakan buku cerita. Alhamdulillah Kaklong dah pandai membaca. Seringkali kaklong menjadi 'cikgu' kepada adik-adiknya dan hari ini topik perbualan mereka adalah 'bahaya'. Buku yang saya perolehi dalam program 'OSH in School 'menarik perhatian kaklong dan adik-adiknya. Banyak benda yang kaklong tanya. Ummi apa OSH? apa hazard? apa NIOSH?apa label? dan pelbagai lagi. Sambil menaip, sambil itu saya melayan soalan-soalan kaklong yang tak putus-putus.
Mutiara kata yang indah... titipan untuk jiwa dan minda. Forum berbicara dan berkongsi rasa untuk insan yang memahami erti kasih,sayang dan cinta kepada Ilahi dan alam semesta.Hubungi saya untuk sebarang pertukaran maklumat,info dan perkongsian pengalaman di halwan9@yahoo.com atau 013-3851202 (Nur Wani)


Friday, April 10, 2009
Hikmah demam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment