Tuesday, April 28, 2009

KKP di Kobena



Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat2x yang membantu menjayakan KKP di Tmn Kobena. Meskipun pada jam 9pagi, hanya urusetia sahaja yang ramai menunggu; Alhamdulillah selepas jam 9.30pagi seorang demi seorang penduduk keluar mendapatkan khidmat kesihatan percuma(KKP).

Sasaran kami pada peringkat awal hanyalah 50 orang sahaja dan Alhamdulillah, pada jam 12.45thari, seramai 84 orang telah selesai mendapatkan KKP.Terima kasih kepada Dr. linda, Dr. Ahmad, Dr. Lela dan adik2x medic yang turun membantu. Moga Allah sahaja yang membalas jasa baik kalian semua. Tidak lupa kepada Mohd Zin dan rakan2x di Kobena yang membantu. InsyaAllah, moga ianya boleh diteruskan lagi selepas 3 kali bertukar tempat...hari ini dalam sejarah

Warkah azimat

Aku terima seadanya
bait indah warkah saudara
mengalun kata nasihat berguna
mengetuk jiwa diri yang alpa

Aku terima seadanya
untaian baris mengusik jiwa
mengulas cara budi bahasa
menasihati hamba yang kerap lupa

Aku terima seadanya
barisan kata sejarah lama
menggamit kenangan diusia muda
menjadi saksi pengorbanan mereka

Aku terima seadanya
biarpun hati pernah terluka
jiwa pernah diseksa
diri pernah dicerca
fitnah ditabur entah berapa

Aku terima seadanya
kerana semuanya umpama bayu yang singgah menyapa
meskipun ianya berbekas dijiwa
akan ku jadikan ia bekas yang sempurna
menampung air yang jenih ibarat permata
siapalah kita disisi Yang Mulia
hamba yang dina tak punya apa

Aku terima segalanya.....

* ditujukan buat sahabat yang disayangi. itulah aku...

nurmutiara
12.27am

Sunday, April 26, 2009

Beramal selagi hayat masih ada

Alhamdulillah, AMAL NS berjaya menghantar 10 orang perwakilan ke Mesyuarat agung perwakilan Dwi-Tahunan kali ke-5 Yayasan Amal Malaysia (AMAL)yang diadakan di Bangunan Tabung Haji, Klana Jaya. Banyak perkara yang telah dikupas, dibincang dan dimuhasabah dalam memastikan perjalanan program AMAL yang seterusnya dapat dipertingkatakan. Banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan. Banyak lagi 'blue ocean'yang belum diterokai. Luasnya lapangan dakwah yang belum digenggami.

Ada hadits pendek yang dikutip oleh Imam Suyuthi dalam bukunya Al-Jami’ush Shaghir. Bunyinya, “Khairun naasi anfa’uhum linnaas.” Terjemahan bebasnya: sebaik-baik manusia adalah siapa yang paling banyak bermanfaat bagi orang lain.

Orang yang selalu menebar kebaikan dan memberi manfaat bagi orang lain adalah sebaik-baik manusia. Kenapa Rasulullah saw. menyebut seperti itu? Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bunyinya kurang lebih, orang yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

Untuk bisa menjadi orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain, kita perlu menyiapkan beberapa hal dalam diri kita dan kita perlu beramal selagi hayat masih ada
1) Tingkatkan darjat keimanan kita kepada Allah swt. Sebab, amal tanpa ilmu adalah amal yang hanya mengharap redha kepada Allah. Kita tidak meminta balasan dari manusia, cukup dari Allah swt.
2) Kita harus mengikis habis sifat egois dan rasa besar terhadap diri sendiri
3) Tanamkan dalam diri kita bahawa sisa harta yang ada pada diri kita adalah yang telah diberikan kepada orang lain. Bukan yang ada dalam genggaman kita.
4)Kita akan mudah memberi manfaat tanpa mengharapkan balasan daripada orang lain
5)Untuk bisa memberi, sudah tentu kita harus memiliki sesuatu untuk diberi.

Bukan milikmu

Usah kau berfikir

Usah kau berangan

Usah kau termenung

Usah kau merenung

Usah kau mengharap

Usah kau gelisah

Pada yang bukan milikmu...


Apa yang engkau fikir

dikuatiri ia mungkir

dan baiknya engkau berzikir

berserah kepaada takdir

kerana ia bukan milikmu...

Apa yang engkau angankan

pada cita yang tak mungkin kesampaian

takut ianya disulami hasutan syaitan

kerana ia bukan milikmu...

Apa yang engkau renung

apa yang engkau pandang

hanya dibayangi angan-angan

dan beribu panahan berbisa

lantas mengundang rasa berdosa

kerana ia bukan milikmu...


Apa yang engkau harap

tak mungkin jadi kenyataan

hatimu adalah milik Tuhan

yang sekejap dipinjamkan

untuk kau rasa wujudnya kecintaan

kerana ia bukan milikmu...


Apa yang engkau resah

pada hati yang gundah

pada jiwa yang bergelora

menahan perasaan yang muncul tanpa diduga

semuanya hanya sementara

untuk diuji kesetiaan dijiwa

kerana ia bukan milikmu...

duhai diri....duhai hati

takutlah pada setiap kesilapan

takutlah pada setiap salahnya pandangan

takutlah pada setiap detik sangkaan fikiran

takutlah pada kekuasaan Tuhan

yang menciptakan setiap perasaan

siapalah kita untuk melawan ketentuan

salah guna, sesalnya tak berkesudahan

bersyukurlah dengan setiap anugerah yang ada didepan

usah kau toleh sesuatu yang bukan milikmu...

cukuplah Allah bagimu

Ameen


nur mutiara

25 April 2009

Sunday, April 19, 2009

Kita semua bersaudara

Selepas tamat ucapan penangguhan di Rembau, saya bersama Hjh Chee Bee terus ke Shah Alam bagi menghadiri Hi-Tea Wanita Pakatan Rakyat di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid di Seksyen 7. Kami tiba agak lewat juga iaitu sekitar jam 3petang. Disana saya sempat bersalaman dan bertanya khabar dengan beberapa orang pimpinan pusat seperti Mak Zah( Ust Azizah Khatib Mat), Dr Mariah, Senator Ubaidah, Ustz Zuraidah, Aiman Athira dan Dr. Halimah.Pn Hjh Chee Bee,Pn. Maznah dan anaknya Intan serta Pn. Hanom - antara muslimat NS yang hadir

Dr. Halimah bertanyakan kenapa saya menghilang diri dari lajnah beliau LPN- Lajnah Perpaduan Nasional. Rasa bersalah bila tidak dapat hadir mesyuarat yang sering kali bertembung dengan kerja luar saya. InsyaAllah jika diizinkan saya akan bantu program LPN pada 23-24 May nanti.Sambil minum petang, kami turut mendengar forum bersama YB wanita dari PAS, Keadilan dan DAP. "Wanita berdaya, kita bersaudara" merupakan tema dalam Hi-Tea tersebut. Semua kita adalah bersaudara walaupun berlainan agama. Lebih-lebih lagi pabila kita seagama, satu fikrah, satu tarbiyah.

Firman Allah Taala di dalam surah al-Hujuraat ayat 10:


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ


Maksudnya: "Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat".

Di dalam kehidupan ini, pastinya kita akan berhadapan dengan pelbagai karenah dan ragam manusia. Kadangkala ianya menghiburkan dan ada juga yang menyakitkan hati. Setiap gerak geri kita pastinya akan ada yang memerhatikan. Jika tidak mereka pun, yang pasti Tuhan tetap melihatnya. Persoalannya di sini, adakah kita mampu untuk memuaskan hati semua manusia terutamanya saudara seislam kita? Untuk bersikaf positif jawapannya adalah : ya boleh. Namun secara realitinya, kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua manusia. Allah Taala telah mengurniakan kita dengan kemampuan yang terbatas. Yang mampu kita lakukan adalah buat apa yang kita mampu berlandaskan suluhan iman kepada Allah Taala.
Terkadang kita tidak perasan apa yang kita lakukan telah menyakitkan hati sebahagian pihak. Terkadang hanya gurauan namun natijahnya menyakitkan. Terkadang menegur dengan kebenaran namun mungkin dengan cara yang tidak disenangi. Kita tidak sedar semua perkara itu melainkan jika ada yang menegurnya. Jika perkara itu terus dipendam dan hanya menjadi bualan, sindiran serta umpatan, sudah pasti perkara tadi akan terus menjadi amalan dalam diri kita. Kenapa? Kerana tiada yang ikhlas ingin memperbetulkannya. Lantaran itu dalam mempupuk semangat persaudaraan perlu ada keihklasan dalam membetulkan setiap kesilapan. Jadikanlah diri kita ini saudara yang mudah untuk didampingi dan jadilah pendengar yang setia.

KKP di Sendayan

KKP- Khidmat Kesihatan Percuma kali ini kami adakan di Bandar Baru Sendayan sempena program MINI KARNIVAL WANITA BERSAMA RAKYAT anjuran Wanita Keadilan Rembau. Dapat juga saya mengenali Ketua Wanita Keadilan Rembau, Pn MasAyu dan AJKnya. Karnival dan program ini diadakan diperkarangan rumah Pn MasAyu sendiri.InsyaAllah, next KKP pada 26 April nanti saya akan bawa sekali Normala.Alhamdulillah Dr Linda dan Dr Marsyidah turun membantu menjayakan program ini. Meskipun bilangan individu yang menjalani pemeriksaan sekitar 50-60 orang sahaja, kami seolah tak menang tangan kerana semuanya menyerbu sekaligus. Syukur ada Normala (mualaf baru 7 bulan) datang membantu kami. Mala memaklumkan dia berminat sekali untuk turun membantu program-program sebegini.

Sambil sibuk membantu para doktor mengira BMI, saya sempat juga mendengar DIALOG SANTAI BERSAMA YB Zuraidah Kamarudin (Ketua Wanita Keadilan Pusat / Ahli Parlimen Ampang),YB Haniza Talha (Timbalan Speaker Wanita Selangor), YB Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja), che'GuBard (MPT Keadilan / Ketua Bahagian Rembau) dan
YBhg Aisah Lamsah (Ketua Wanita Keadilan N.S). Banyak pengalaman mereka sebagai YB dikongsi bersama wanita dan para tetamu yang hadir.

Kurus TAPI berlemak

18th April - Pagi-pagi lagi anak yang sulung mengajak saya ke Nilai. Katanya ada program kanak-kanak kat sana. Saya pula malas nak keluar pagi Sabtu ini. Tambahan pula malam semalam baru tiba dari Pahang selepas hampir 3 hari outstation. " Tak payahlah pergi ye. Ummi letihlah sayang""Nani dan Azzam nak pergi juga" kaklong memujuk lagi. Oklah, jom siap, tapi sekejap aje tau. Ummi ada program petang ni. Bagi memenuhi tuntutan anak-anak yang sering ditinggalkan, saya bawa mereka ke NCI- Nilai Cancer Hospital yang mengadakan sambutan ulangtahun yang ke-10. Pelbagai pemeriksaan percuma, ceramah dan consultancy diadakan untuk para pengunjung. Saya ambil kesempatan melakukan pemeriksaan BMI, % body fat dan viseral fat. (VFAT). BMI normal, VFAT normal tetapi % body fat abnormal (height). Kadang kala kita rasa OK aje, BMI ok, tak gemuk. Tapi rupa-rupanya peratusan lemak kita tinggi.

Saya dinasihati melakukan exercise 5 kali seminggu sekurang-kurangnya 45minit sehari. Payah juga tu. Alhamdulillah VFAT berada ditahap yang Normal. VFAT ini tak boleh dilihat secara fizikal. Ianya merupakan lemak yang terdapat di abdomen dan disekitar vital organ kita. Makin tinggi VFAT bermakna makin tinggi risiko kita untuk mendapat penyakit yang berkaitan dengan kegemukkan.

Orang perempuan ini cukup takut bila gemuk dan jangan sangka orang yang kurus tak gemuk. Nasihat saya, rajin-rajinlah jalani pemeriksaan kesihatan.

Walaupun tempoh lawatan disini hanya 2 jam, pelbagai info menarik yang dapat diperolehi. Anak-nak pula seronok bila dapat minum pelbagai jenis air susu dan juice disamping popcorn percuma. terima kasih kepada NCI. maklumat lanjut tentang NCI di http://www.nci.com.my/

Thursday, April 16, 2009

Bila wanita berkerjaya

Di Malaysia terdapat 47% wanita yang berkerjaya dan jumlah ini meningkat setiap tahun. Majoriti pasangan hari ini inginkan kejayaan dalam kerjaya tanpa mengabaikan atau menggoyah kebahagian keluarga. Mengimbangi kerjaya dan keluarga menjadi semakin sukar- kedua-duanya penting dan memerlukan masa dan usaha.
Meluangkan masa yang terlalu sedikit dengan keluarga akan membuatkan kita rasa bersalah, tertekan, berkonflik dan diketepikan daripada pasangan dan anak-anak. Terlalu sedikit pula masa ditempat kerja dan kerjaya, maka masa depan rasa tergugat. Jadi bagaimana kita sebagai wanita yang berkerjaya mampu mengimbangi keduanya?Bila berjauhan begini dengan anak-anak dan suami, sering saya berfikir sampai bila harus begini? Rasa rindu dan tertekan saya cuba 'twist' ke arah yang lebih positif. Saya cuba lupakan perasaan negatif dan bina ruang-ruang positif pabila kejauhan. Antaranya, cuba tumpukan masa dengan fokus kepada assignment dan exam pada bulan June nanti. Ada sesikit masa, saya cuba taip sebaris dua ayat untuk buku 3S yang entah bila mampu untuk dihabiskan

Sambil itu direnung2x akan program yg telah dibuat dan next strategy /framework bagi muslimat Rembau. Syukur Alhamdulillah kerana pabila berjauhan, ianya mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga. Masa yang ada digunakan sebaik mungkin dengan aktiviti bersama keluarga. Kurang rasa marah, tiada masa nak bertengkar dan tiada masa nak fikir negatif. Semua yang Allah tetapkan ada hikmah. Meskipun berkerjaya, jika kita fikir positif dan usaha menjadikan keluarga kita positif, insyaAllah itulah yang Allah akan berikan kerana Allah memberi kepada apa yang hambaNya sangkakan. So, sentiasa bersangka positif. Dan yang paling berharga pabila keluarga sentiasa memberi dorongan dan sokongan dalam setiap kondisi yang dihadapi.

Wednesday, April 15, 2009

Indahnya NS

Gambar ini sempat saya rakamkan dalam perjalanan dari KLIA menyusuri Salak Tinggi dan terus ke Sendayan. Indahnya panorama di NS dan langit yang membiru cukup mempersonakan. Pabila langit biru bertukar kelabu dan seterusnya gelap gulita maka ketika itu baru kita terfikirkan akan kehebatan Pencipta.

Betapa rakus tangan manusia sehingga pokok yang merendang, langit yang membiru hilang dari pandangan. Pabila hujan membasahi bumi dan pepohonan mula kelemasan maka NS tidak seindah dahulu. Banjir terus-terusan menghantui penduduk. Inilah bahana bila dunia disakiti dan yang indah tidak dihargai.

Bicara Allah, dengarkanlah

Tersentuh hati saya pabila terbaca sajak nukilan adik usrah saya yang berada di oversea. Moga Allah pelihara mereka semua.Amin

setiap hari pasti ada bicara Allah kepada kita.
ada yang halus, ada yang jelas.
tapi yang istimewanya bicara Allah ini, dengarnya bukan pada telinga.
tapi dengan hati...
aneh, tapi itulah caranya.
kerana itu surat cinta Allah kepada manusia, iaitu al Quran, perlu di'baca' dengan hati.

pernahkah anda tersepak batu?
sakitkan? boleh jadi lebam seminggu.
tapi tunggu!
mungkin ini salah satu bicara Allah kepadamu
"oh ya?"
tapi hati perlu terbuka, perlu peka...
kerana jika tidak, mungkin cuma sumpah seranah
atau keluhan, "aduh! sakit!" yang terpacul dari mulut kita
lihatlah, dan pandanglah dengan hati...
istighfar, mungkin ada dosa yang dibuat tanpa disedari
istighfar, mungkin ada kewajipan atau amanah yang tidak dilunasi
istighfar, mungkin...mungkin kita memang kurang mengingati-Nya pada hari ini!
kerana itu maka muncullah batu itu sebagai asbab
perantara bicara, kasih cinta, peringatan halus dari Yang Maha Kuasa.

pernahkah anda ditimpa bencana?
kehilangan harta benda, atau gagal mencapai cita-cita?
pasti terpendam rasa kecewa, seolah kelam seluruh dunia
tapi, ah! sekali lagi Allah ingin berbicara dengan kita
mengajak kembali menumpukan seluruh pengharapan
hanya kepada-Nya
membalikkan paradigma
kepada apa yang penting sebenarnya
istighfar... mungkin ada dosa walau sekecil mana yang menjadi batu penghalang kepada kejayaan kita
istighfar... mungkin ibadah yang masih kurang sempurna, lalu mencacatkan buku amalan kita
istighfar... mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti kita, cuma perlu tunggu, untuk seketika!

pernahkah anda dipuji
walaupun pada realiti, andalah manusia yang paling tidak layak disebut begini?
pada realiti, anda tahu, setiap kelemahan dan kejahatan yang tersembunyi
yang jika diketahui, mungkin tiada siapa mahu mendekati!
tapi halusnya bicara Allah
cantiknya bicara Allah...
Allah tahu, Allah tahu
setiap kelemahan, setiap kejahatan, setiap dosa, setiap detik hati, setiap prasangka
tapi Allah juga tahu, dan MAHU
supaya kamu berubah, kamu berhijrah
menjadi seperti apa yang diperkatakan, yang menjadi bahan pujian, oleh manusia tadi
menggunakan sepenuh potensi diri
istighfar... tapi jangan tertipu! di sini bicara syaitan juga akan cuba mempengaruhimu
membuatmu terdetik, "sungguh, akulah yang terbaik!"
istighfar... janganlah begitu! takut nanti mengundang penyakit demi penyakit (hati)
yang merosak terus amalanmu, akhirnya dirimu...
begitulah syaitan cuba merosakkan dirimu.

bicara Allah ada pada setiap kecantikan kelopak dan daun
yang tumbuh keluar setelah tiba musimnya
bicara Allah juga tergambar,
pada kanvas langit yang dihiasi bintang dan bulan di waktu malam
kepulan awan dan pelangi di waktu siang
bicara Allah juga tersebar,
di setiap urat saraf, pembuluh darah, tulang belulang
degup jantung, turun naik nafas...
hidup mati...
Dengarkah kita?
Dengarkah?

nukilan rasa
sheffield
2009

Tuesday, April 14, 2009

Dahan seribu

Dahan-dahan rapuh teguh berpegang
bersandar pada tiang yang satu
dahan-dahan terus terusan bergoyang
bila sang bayu berlalu kencang
bila hujan menyirami bumi
bila panas mencengkam dahi

namun tiang tetap terus membisu
tak mampu melawan bila ia ditakuk
tak mampu bergerak bila ia disakiti
tak mengalir getah di badannya bila ia dilukai
mata-mata pisau yang tidak ber ulu

mampukah tiang itu bertahan
bila dahan dan ranting masih hebat bersandaran
bercakaran dan berkeluh kesah
sedangkan tiang sendiri menahan derita
tiada teman setia meniti khabar
tiada rerumput menghijauhi kesuraman
tiada unggas menghibur kesedihan
hanya suara-suara dahan dan ranting
menghiris perasaan dan merobek jiwa

kukuh lagikah tiang itu
pabila dahan dan ranting makin rapuh lesu
menumpang rezeki pada tiang yang setia
merumpun lebat mencecah tanah
aaah.... larat lagikah tiang itu
menahan karenah dahan dan ranting yang hilang arah
dedaunan kering hebat berguguran
jatuh berserakan
berkongsi rasa sedih bersama tiang yang satu

mampukah aku jadi tiang itu
1001 dahan menumpang dibahuku
hanya Allah sahajalah pengharapan dan pembantu
sumber kekuatan yang padu

Nukilan,
nur mutiara NS

MINI KARNIVAL WANITA BERSAMA RAKYAT

MINI KARNIVAL WANITA BERSAMA RAKYAT
Tarikh : 18 April 2009 (Sabtu)
Tempat : 419, Persiaran Idaman Villa, Bandar Baru Sendayan, Seremban.
Masa : 3 ptg – 12 mlm

Semua Dijemput Hadir

TENTATIF PROGRAM 3 ptg – 7 mlm :

DIALOG SANTAI BERSAMA
YB Zuraidah Kamarudin (Ketua Wanita Keadilan Pusat / Ahli Parlimen Ampang)
YB Haniza Talha (Timbalan Speaker Wanita Selangor)
YB Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja)
che'GuBard (MPT Keadilan / Ketua Bahagian Rembau)
YBhg Aisah Lamsah (Ketua Wanita Keadilan N.S)
(Ketua Dewan Muslimat PAS NS)

- PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA
- PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
- Kaunter keahlian Keadilan, PAS, DAP
- ahli keADILan boleh dapatkan Kad Keahlian mereka
- Kaunter pendaftaran pengundi baru SPR
- Demonstrasi teh tarik oleh bekas juara teh tarik F&N 2004
- Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim / miskin
- JAMUAN PETANG


TENTATIF PROGRAM 2
WAKTU : Jam 9.00 Malam

CERAMAH PERDANA ISU SENDAYAN & PELANCARAN VCD SENDAYAN
Masa : 9 mlm
Penceramah :
YB Zuraidah Kamarudin (Ahli Parlimen Ampang / Ketua Wanita Keadilan Pusat)
YB Taufek Abd. Ghani (ADUN Paroi)
YB Chaa Kee Chin (ADUN Kepayang / DAP)
YB Aminuddin Harun (ADUN Sikamat / Keadilan)
che'GuBard (MPT Keadilan/ Ketua Bahagian Keadilan Rembau)

- PENYAMPAIAN HADIAH
- PRA PELANCARAN SRI KANDI KEADILAN

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian 012 3696474 Norazizi
Kepada yang ingin sama menderma untuk sumbangan anak yatim dan fakir miskin boleh hubungi Pengarah Program Pn. Mas Ayu 0173795204

Anjuran :
Wanita Keadilan Bahagian Rembau dengan Kerjasama Keadilan Bahagian Rembau
serta Wanita Keadilan Negeri Sembilan dengan sokongan PAS Rembau.

Friday, April 10, 2009

Hikmah demam

Hari ini merupakan hari ke-2 saya berada di rumah. Alhamdulillah,dalam keadaan kurang sihat , Allah izinkan saya untuk bersama dengan anak2x dirumah. Meskipun kepala berat dan badan terasa lemah, keletah anak-anak membangkitkan rasa semangat kepada saya untuk melaksanakan tugas-tugas yang tertangguh. Meskipun MC dan perlu berehat, ada tugasan tempat kerja yang perlu saya hantar kepada boss.Ada juga beberapa perkara penting yang perlu saya semak sebelum AGM DMPKR pada ahad ini. Sambil mengadap komputer menyiapkan tugas, anak-anak pula sibuk inginkan perhatian. Umminya. Masing-masing minta Ummi ajarkan mereka dan bacakan buku cerita. Alhamdulillah Kaklong dah pandai membaca. Seringkali kaklong menjadi 'cikgu' kepada adik-adiknya dan hari ini topik perbualan mereka adalah 'bahaya'. Buku yang saya perolehi dalam program 'OSH in School 'menarik perhatian kaklong dan adik-adiknya. Banyak benda yang kaklong tanya. Ummi apa OSH? apa hazard? apa NIOSH?apa label? dan pelbagai lagi. Sambil menaip, sambil itu saya melayan soalan-soalan kaklong yang tak putus-putus.
Bila dah boring baca satu buku, kak long akan mula melukis dan adik-adik yang lain akan mula mengacau. Riuh rendah suasana bila sesama mereka bertengkar. Kelakar juga bila melihat nukilan seni anak yang berusia 6tahun. "Kenapa tak lukis gambar budak pakai tudung?" Ini gambar nani yang tak pakai tudung Ummi, kata kaklong. Adik-adik yang lain pula seringkali nukilankan seni mereka didinding bilik, pintu, katil dan setiap sudut rumah pasti ada hasil seni anak-anak ini. Rasa terhibur dan ringan sedikit kepala melihat wajah anak2x. Dalam keletihan, wajah-wajah ceria ini bisa membangkitkan semangat dan meleraikan segala kebimbangan. MasyaAllah..