Tahun 1429 baru sahaja berlalu dan meninggalkan pelbagai kenangan pahit dan manis. apa yang pasti tahun 1429H banyak memberi kenangan yang sukar dilupakan apabila dihujani pelbagai ujian dan kesedihan. Sedikit rentetan peristiwa yang banyak menduga hati, perasaan, iman dan kesabaran.
Jan 2008 - Kehilangan atuk tersayang. Atuk yang tanamkan uri saya dan mak kata sikap berani yang saya ada mungkin daripada tempias atuk. Terlalu berani lakukan sesuatu dan yg paling saya ingat ialah pabila bawa motor seorang diri dari UKM ke Rembau pada jam 1pagi. Walaupun atuk garang namun hatinya cukup lembut dan ambil berat tentang cucu-cucunya.
Mar 2008 - Kehilangan Uwan yang cukup rapat dengan saya. Saya cucu yang sering temankan Uwan mencari kayu api, ke hutan mencari sayur dan ke pasar tani menjual sayur kampung. Sejak kecil sehinggalah berumah tangga, Uwan sentiasa ada di dalam hati saya. Semasa anak dara Uwanlah peneman setia ke program2x jamaah. Uwanlah pendengar, Uwanlah yang sering jadi 'bodyguard'. Selepas kahwin, Uwan pasti datang ke rumah mak setiap kali saya menjejakkan kaki ke kampung. Terbayang2x kelibat uwan di ruang tamu...:(
Mar 2008 - Oct 2008 - Diuji dengan sakit ganjil yang dialami oleh adik lelaki bongsu. Kasihan Fendi yang tiba2x sakit. 6 bulan menjaga adik yang sakit, MasyaAllah, Allah sahaja yang mengetahui akan perit getirnya. Banyak program jamaah saya tertinggal dan Alhamdulillah, Allah pulihkan adik sebaik sahaja kami balik dari umrah. Ujian yang benar2x menduga kesabaran dan ketabahan.Syukur Ya Allah..
Ogos 2008 - kehilangan Abah tersayang. Satu kehilangan yang masih saya rasa sehingga ke hari ini. Setiap kali ingatkan Abah, air mata akan mengalir deras. Tak tahu mengapa, tautan hati dengan Abah cukup kuat. Tiap kali balik ke KL, akan terbayang kelibat abah didapur, diruang tamu, di tangga dll. Jika dirumah, pabila terpandang sahaja toto yang ada dibilik, pasti teringatkan Abah.
September 2008 - kehilangan Tuk pula ketika kami di tanah suci. tak sempat menatap wajah Tuk dan pemergiannya tiba2x. Moga Allah tempatkan Tuk dikalangan orang2x yang beriman.
Antara kenangan2x sedih dan pilu sekitar 1429H akan ada kenangan manis yang sukar dilupakan. Antaranya kemenangan menatap 2 wajah. Pertama wajah sahabat yang menang dalam PRU-13 yang lepas. Sebelum YB Taufek bertanding lagi, saya semacam ada "instinct" yang Hj Taufek akan meraih kemenangan sehingga kami suami isteri tinggalkan anak2x hampir setiap malam untuk program jamaah. Alhamdulillah, Allah kabulkan hajat. Wajah kedua, ialah pabila menatap Kaabah. Makam Rasulullah pada Ramadhan yang lepas. Wajah2x yang meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam kalendar 1429H.
Muncul tahun 1430 ini pasti membawa genggaman azzam yang membara. Saya juga berazam untuk menuntut ilmu.Resah, gelisah, cemburu pabila melihat orang lain mampu belajar lagi dan saya tidak berkesempatan. Berazam untuk kukuhkan ekonomi keluarga dan membantu seramai mungkin insan yang memerlukan. Nikmat dan bahagia menyelubungi hidup pabila dapat bahagiakan orang lain. Berazam untuk mendapatkan zuriat yang terbaik diisi Allah. Berazam agar diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran, keimananan yang berkekalan dalam mengharungi cabaran baru.
Alhamdulillah, baru sahaja mendapat khabar anak saudara di Labu yang mendapat 8A dalam peperiksaan PMR. Satu hadiah tahun baru yang tidak disangka2x. Buat semua saya doakan agar di bulan Muharam yang barakah ini Allah memuliakan dan menyayangi anda semua, memberi kebahagian kepada anda sekeluarga, memberi anda kesihatan yang bermanfaat, memberkati rezeki anda, memberi anda kekuatan iman, kenikmatan beribadah dan manjauhkan anda semua dari fitnah dunia. Moga Allah suburkan benih KeIslaman dengan penuh kasih sayang tanpa sebarang alasan dan halangan.Ameen.
No comments:
Post a Comment