Monday, December 22, 2008

Rezeki ibu tunggal

9 orang ibu tunggal telah ditaja sepenuhnya oleh MTD Paroi dan Muslimat Rembau untuk menghadiri kursus anyaman kraftangan dari kertas terpakai pada program semalam, 21 Dec. Kursus yang amat menarik dan boleh menjadi sumber rezeki buat ibu tunggal. Kami diajar dengan penuh terperinci teknik2x menyulam sehinggalah bakul siap untuk di varnis.



Beberapa orang AJK DMPKR turut hadir termasuk Pn Mahani, isteri YB Paroi. Saya dapati kos untuk membuat anyaman ini AMAT minimum. Dalam masa hanya beberapa jam kami boleh menghasilkan 3 produk seorang. Ada yang membuat bakul kecil, pasu bunga dan topi. Jika ibu tunggal yang menghadiri kursus ini menggunakan sebaik mungkin ilmu yang diperolehi, saya yakin mereka bakal beroleh pendapatan yang memberansangkan. Tidak sampai sejam saya boleh hasilkan sebuah pasu yang sama saiz dengan pasu yang saya beli di Penjara Kajang wanita suatu ketika dahulu dengan harga RM7.

YB Paroi dan Sdr Hassan datang menjenguk kami yang sedang kusyuk mengayam. Sempat juga berbincang dengan Sdr Hassan untuk membantu ibu tunggal ini. Ada rezeki, segala produk yang dihasilkan oleh ibu tunggal ini akan diletak dibawah jenama kraftangan "Paroi Care". Menurut Pn Ila, setiap produk pelbagai saiz boleh dijual diantara harga RM2-RM45 setiap satu bergantung kepada saiz. Stiker " Paroi Care" juga telah ditempah. Saya amat mengharapkan agar kursus ini dapat membantu ibu tunggal untuk menambahkan pendapatan mereka. Bagi yang berminat untuk menempah produk ini boleh menghubungi saudara Hassan atau saya sendiri. Saya pun sedang cuba menyiapkan 100-300 buah bakul telur untuk perkahwinan adik saya nanti.

Saya yakin dengan terhasilkan produk ini ianya bukan sahaja mempu membantu ibu tunggal tetapi mampu menyelamatkan hasil bumi terutamanya tumbuhan rotan dan buluh dari terus pupus. Anyaman surat khabar ini tampak sungguh cantik mengalahkan produk dari buluh dan rotan. Harganya cukup murah dan berbaloi untuk dibeli. Jom bantu ibu tunggal ini dan nyatakan sokongan anda dengan membeli produk hasil penat lelah mereka. Saya doakan agar bertambah rezeki Pn Hawa, Pn Zanariah dan yang lain2x. InsyaAllah

No comments: