Sunday, December 21, 2008

Tahniah AJK Surau As-Sobirin!


193 orang merupakan jumlah anak2x yang cukup ramai untuk dikendalikan dalam satu sesi program mtvc. Alhamdulillah, program Kem Motivasi Anak Soleh yang diadakan pada 20 Dec, Sabtu lepas mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Tahniah kepada AJK Surau As-Sobirin yang telah berjaya menganjurkan program sulung ini. Tidak lupa juga kepada Dato' Nordin selaku perasmi program dan Pengerusi Surau As-Sobirin. Kak Mashitah selaku pengarah program bertungkus lumus seperti 'mak pengantin'.Tidak lupa juga kepada En Samsul, guru2x pasti, dan fasilitator yang datang membantu.

Sukar juga pabila saya mengendalikan sesi 'ice-breaking' bersama anak2x ini. Pelbagai gaya, ragam dan keletah pabila membicarakan "SIAPA SAYA?". Syukur kerana porgram berjalan dengan lancar. Slot Hjh Ciana yang bertajuk "CINTA" turut menarik perhatian terutamanya peserta remaja. Sesi di sebelah petang merupakan sesi yang ditunggu- tunggu untuk bersama Sdr Nazrey, X-vokalis kumpulan Raihan.

Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada semua yang membantu menjaya program ini. Tidak lupa juga kepada wartawan Sinar dan Berita Harian yang turun membuat liputan. Harapan dan doa agar ianya dapat diteruskan pada masa yang akan datang kerana ianya merupakan program yang julung kali diadakan di Surau As-Sobirin. Semoga Allah memberkati segala usaha anda semua.

1 comment:

Lex_R said...

Alhamdulillah, semoga xtvt y berfaedah spt ini dpt diteruskan dan diperluaskan dr segi penyertaannya. Bukan sj untuk golongan remaja malah untuk setiap lapis masyarakat Islam....