Tuesday, December 30, 2008

Anak pemandu pun boleh berjaya

”Makngah, Ayong sedih sebab rumah ayong dan keadaan keluarga Ayong tak macam orang lain. Baju2x yang Ayong ada semuanya Uwan yang kasi. Kalau nak pakai baju cantik, susahnya nak dapat. Kadang2x kawan selalu ejek bila Ayong tak aktif sukan. Kata Ayong gemuklah” anak saudara yang sulung acapkali mengadu.

”Tak apa Kak Long. Sabar… belajar rajin2x. Buktikan Ayong mampu buat perubahan. Makngah pun susah dulu. Ibu Ayong pun dah lama susah dan hanya belajar setakat SRP aje. Ayah Ayong pulak kerja siang malam nak cari duit. Kesusahan inilah yang sepatutnya menjadi motivasi kepada Ayong untuk terus belajar. Biarlah orang nak kata apapun. Yang penting Ayong usaha betul2x. Biar susah sekarang, sesak sekarang.InsyaAllah Allah akan bagi jalan jika kita usaha.” sering saya ingatkan Kaklong untuk berusaha.
Alhamdulillah. Hari ini Ayong (Nurul Aqidah bt Muhammad Anuar...bertudung hitam) berjaya mendapat 8A dalam PMR dan telah menjadi kebanggaan sekolah serta keluarga.”Makngah....makngah....ayong dapat 8A. Ayong nak masuk sekolah sains aliran agama. Ayong nak belajar bahasa Arab tinggi. Nanti makngah tolong Ayong isi borang ye” Menangis dalam gembira, Kaklong menelefon saya.

Alhamdulillah.Allah kabulkan doa Ayong. Siapa sangka anak seorang pemandu boleh berjaya. Siapa sangka budak kampung yang bersekolah diluar bandar boleh berjaya. Siapa sangka pelajar yang pernah mendapat bantuan Baitulmal boleh menjadi pelajar cemerlang.

Syukur ke hadrat Allah kerana kabulkan doa Kaklong saya. Kaklong cukup gembira kerana dulu dia tak berkesempatan mengambil SPM akibat kesempitan hidup. Bila anak sulungnya berjaya, Kaklong tak habis2x ucap syukur. Ayong anak harapan keluarga yang bakal mengubah kehidupan keluarganya. Saya tahu Kaklong hidup susah dan kepada sayalah tempat beliau mengadu. Banglong yang bekerja sebagai pemandu turut bekerja sambilan di kampung Pelegong, Batu 8 Labu untuk menambahkan pendapatan. Ada kalanya Banglong menoreh, tebang pokok, buat pagar dan lain2x. Nak harapkan gaji bulanan, manakan mampu untuk sara 5 orang anak.

InsyaAllah, moga kejayaan ini menjadi satu iltizam baru buat Ayong. Berusaha, bersabar dan bertawakal. Allah pasti akan kabulkan. ”Sabarlah...Ayong. Makngah pernah melalui segala keperitan dan kepayahan ini. Hasilnya bukan sekarang, Allah pasti kabulkan.”


Tahniah. Hadiah tahun baru hijrah dari Allah

Alhamdulillah, hari ini keputusan PMR diumumkan. Tahniah kepada ibubapa, anak sahabat2x kita yang mendapat keputusan cemerlang. Antara yang saya maklum ialah;

1. Anak pemangku ketua muslimat NS (Pn Rosminah) - pencapaian 9A
2. Anak SU muslimat NS (Pn Lina) - 2 orang (pencapaian 9A dan 8A)
3. Anak Ketua Pemuda Rembau (Hj Shukri) & Hjh Ciana - pencapaian 7A
4. Anak AJK DMPKR (Pn Shikin) - Pencapaian 8A

Mutiara NS: Saya pun tumpang gembira bila dengar kissah kejayaan anak sahabat2x. Tidak lupa juga anak Achik di Gemas yang dapat 8A dan anak Kaklong di Labu yang turut sama mendapat 8A. Makngah doakan agar kalian semua berjaya bukan sahaja dalam pelajaran tetapi dalam hidup.Tahniah sekali lagi. Selamat tahun baru hijrah 1430. Hadiah tahun baru dari Allah buat anda semua.
------------------------PUTRAJAYA 18 Dis. – Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 akan diumumkan pada 27 Disember ini.Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, semua calon boleh memperoleh keputusan mereka pada hari yang sama di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.‘‘Bagi calon persendirian pula, keputusan mereka akan dihantar melalui pos oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.Seramai 469,133 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini dan daripada jumlah itu, 437,888 calon atau 93.3 peratus adalah dari sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran.Kira-kira 17,771 calon atau 3.8 peratus merupakan calon sekolah kerajaan negeri, 13,095 (2.8 peratus) calon sekolah swasta dan 379 (0.1peratus) calon persendirian.

Monday, December 29, 2008

Orang NS vs Sabah

Selamat Datang ke “Daerah Rembau , Daerah beradat”. Orang-orang yang berada di luar NS pasti takut bila bermenantukan orang NS terutamanya meraka yang berasal dari daerah yang kuat adatnya seperti Rembau dan Kuala Pilah.

Kalau yang ada anak perempuan, masalah mencari menantu ini akan dirasai jua. “Tak payah susah2x Ayong…Baik ko cari calon org NS sahaja abis cerita” antara kata yang terpacul di mulut Kaklong. Tak payah dok pening kepala bila keluarga mertua masam muka sebab dapat menantu orang NS, org Rembau ke atau orang Pilah. Banyak juga dengar cerita, orang luar takut nak pinang anak gadis NS. Kasihan anak dara NS. Disebabkan cerita2x lama, mereka yang jadi mangsa. Alasan yang diberi ialah adat2x NS yang merumitkan, orang NS tamak harta, orang NS nie amalkan adat pepatih, nanti anak mereka papa kedana dll. Begitulah sempitnya pemikiran manusia sekarang.

Rembau oooh Rembau...apalah malangnya jadi orang Rembau. Pergi ke mana2x sahaja pasti akan ada cerita yang tidak sedap didengar tentang orang NS. Ingatkan satu Malaysia takut nak pinang orang NS, tapi ada satu negeri yang saya lihat cukup memuji orang NS. Kunjungan ke Sabah 3 minggu lepas dan menyaksikan sendiri ramai sungguh orang Sabah yang bermenantukan orang NS. Rata2x yang saya temui berkata pernah ke Semenanjung dan pernah ke NS. Karektor orang NS hampir sama dengan orang Sabah. Kenduri kendara cukup meriah dan mereka amat hormatkan tetamu. Sempat juga saya menziarahi majlis perkahwinan orang Bugis di Sabah dalam kunjungan tempoh hari. Tak sangka dapat berjumpa keluarga pakcik Lapawi dan Normi.

Tertanya2x juga, mcm mana org Sabah temui jodoh orng NS. Mungkin sebab di NS banyak kilang2x, banyak kem askar, banyak institusi pengajian maka mungkin disana ketemu jodohnya. Walau apapun, jodoh ketentuan Ilahi. Tak kiralah orang manapun, negeri menapun, adat manapun...kebahagiaan pasti dikecapi jika berpegang teguh dengan kriteria calon pilihan Islam. Adat tak jadi penghalang. Segalanya pasti dengan izin Allah. Tahniah kepada Pakcik Lapawi, Pakci Jeff, Pakcik Arman yang dapat menantu orang NS. Mak pun tumpang bangga dapat menantu orang Sabah.





Kemenangan bangsa Malaysia

Tahun 1429H telah berlalu dan tahun 2008 pun pasti akan berlalu. Menyoroti kisah2x sedih, manis dan pilu dalam tempoh setahun ini di ringkaskan beberapa kemenangan pahit yang telah diraih oleh bangsa Malaysia sehingga 2008. Adakah kita masih lagi selesa dengan keadaan ini? Renungi dan muhasabah diri... di manakah anak2x kita pada saat ini, ke mana saudara mara kita, siapa jiran tetangga kita, rakan sepejabat kita dan kawan2x kita. Ya Allah, peliharalah semuanya dari terjebak ke kancah kejahilan dunia akhir zaman.


• 1.12 juta penagih dadah berdaftar dan tidak berdaftar di negara ini.

Rujukan: Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, sejak 1988 seramai 279,907 bilangan penagih direkodkan, setiap satu perlu diganda empat, anggaran bilangan penagih sebenar.

•8% daripada 4.6 juta perokok di negara ini adalah terdiri daripada golongan remaja, manakala 14 peratus remaja di dunia pula merokok.
Rujukan: Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Datuk Profesor Ir. Ismail Hassan berkata, statistik itu juga menunjukkan 50 hingga 60 perokok baru setiap hari, terdiri daripada remaja di negara ini.

Purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.
Rujukan: TERAS Pengupayaan Melayu. Apakah ini memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya. Mengikut pakar psaikologi , sememangnya sakit jiwa dan mental di Negara ini bagaikan bom jangka.

•588 kes bunuh bagi tahun 2007 manakala bagi tahun 2008 sehingga bulan Jun sahaja sudah mencecah 319 kes
Rujukan: Menurut statistik yang dikeluarkan oleh PDRM -ini bermakna setiap hari hampir 2 orang rakyat Malaysia yang menjad imangsa bunuh

80,938 orang yang dijangkiti HIV sehingga penghujung 2007, terdapat sementara untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, terdapat 1,766 kes baru, menjadikan bilangan orang yang hidup dengan HIV di negara ini melonjak kepada 82,704.
Rujukan: Berdasarkan perangkaan Kementerian Kesihatan, angka tersebut adalah yang tertinggi iaitu 28.5 peratus bagi setiap 100,000 orang tetapi ianya kini menurun kepada 16.7:100,000 pada 2007.Perangkaan orang yang hidup dengan HIV (OHH) di negara ini dijangka meningkat kepada kira-kira 300,000 menjelang 2015 seandainya tidak ada usaha konkrit untuk membendung penyebaran HIV dan Aids.

Jumlah keseluruhan kes jenayah ragut ialah 6,215 kes, rompak (13,075 kes) dan 330 kes bunuh. Mengikut statistik polis, sebanyak 9,551 kes ragut, rompak (21,419 kes), bunuh (604 kes) dikesan sepanjang 2006, manakala 9,617 kes ragut, rompak (15,409 kes) dan 497 kes bunuh pada 2005.
Rujukan: Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow], Berita Harian 25 Oktober 2007

Terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran anak luar nikah didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Rujukan: Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkIni bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Tahun baru 1430, Azam baru

Tahun 1429 baru sahaja berlalu dan meninggalkan pelbagai kenangan pahit dan manis. apa yang pasti tahun 1429H banyak memberi kenangan yang sukar dilupakan apabila dihujani pelbagai ujian dan kesedihan. Sedikit rentetan peristiwa yang banyak menduga hati, perasaan, iman dan kesabaran.
Jan 2008 - Kehilangan atuk tersayang. Atuk yang tanamkan uri saya dan mak kata sikap berani yang saya ada mungkin daripada tempias atuk. Terlalu berani lakukan sesuatu dan yg paling saya ingat ialah pabila bawa motor seorang diri dari UKM ke Rembau pada jam 1pagi. Walaupun atuk garang namun hatinya cukup lembut dan ambil berat tentang cucu-cucunya.
Mar 2008 - Kehilangan Uwan yang cukup rapat dengan saya. Saya cucu yang sering temankan Uwan mencari kayu api, ke hutan mencari sayur dan ke pasar tani menjual sayur kampung. Sejak kecil sehinggalah berumah tangga, Uwan sentiasa ada di dalam hati saya. Semasa anak dara Uwanlah peneman setia ke program2x jamaah. Uwanlah pendengar, Uwanlah yang sering jadi 'bodyguard'. Selepas kahwin, Uwan pasti datang ke rumah mak setiap kali saya menjejakkan kaki ke kampung. Terbayang2x kelibat uwan di ruang tamu...:(
Mar 2008 - Oct 2008 - Diuji dengan sakit ganjil yang dialami oleh adik lelaki bongsu. Kasihan Fendi yang tiba2x sakit. 6 bulan menjaga adik yang sakit, MasyaAllah, Allah sahaja yang mengetahui akan perit getirnya. Banyak program jamaah saya tertinggal dan Alhamdulillah, Allah pulihkan adik sebaik sahaja kami balik dari umrah. Ujian yang benar2x menduga kesabaran dan ketabahan.Syukur Ya Allah..
Ogos 2008 - kehilangan Abah tersayang. Satu kehilangan yang masih saya rasa sehingga ke hari ini. Setiap kali ingatkan Abah, air mata akan mengalir deras. Tak tahu mengapa, tautan hati dengan Abah cukup kuat. Tiap kali balik ke KL, akan terbayang kelibat abah didapur, diruang tamu, di tangga dll. Jika dirumah, pabila terpandang sahaja toto yang ada dibilik, pasti teringatkan Abah.
September 2008 - kehilangan Tuk pula ketika kami di tanah suci. tak sempat menatap wajah Tuk dan pemergiannya tiba2x. Moga Allah tempatkan Tuk dikalangan orang2x yang beriman.
Antara kenangan2x sedih dan pilu sekitar 1429H akan ada kenangan manis yang sukar dilupakan. Antaranya kemenangan menatap 2 wajah. Pertama wajah sahabat yang menang dalam PRU-13 yang lepas. Sebelum YB Taufek bertanding lagi, saya semacam ada "instinct" yang Hj Taufek akan meraih kemenangan sehingga kami suami isteri tinggalkan anak2x hampir setiap malam untuk program jamaah. Alhamdulillah, Allah kabulkan hajat. Wajah kedua, ialah pabila menatap Kaabah. Makam Rasulullah pada Ramadhan yang lepas. Wajah2x yang meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam kalendar 1429H.
Muncul tahun 1430 ini pasti membawa genggaman azzam yang membara. Saya juga berazam untuk menuntut ilmu.Resah, gelisah, cemburu pabila melihat orang lain mampu belajar lagi dan saya tidak berkesempatan. Berazam untuk kukuhkan ekonomi keluarga dan membantu seramai mungkin insan yang memerlukan. Nikmat dan bahagia menyelubungi hidup pabila dapat bahagiakan orang lain. Berazam untuk mendapatkan zuriat yang terbaik diisi Allah. Berazam agar diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran, keimananan yang berkekalan dalam mengharungi cabaran baru.
Alhamdulillah, baru sahaja mendapat khabar anak saudara di Labu yang mendapat 8A dalam peperiksaan PMR. Satu hadiah tahun baru yang tidak disangka2x. Buat semua saya doakan agar di bulan Muharam yang barakah ini Allah memuliakan dan menyayangi anda semua, memberi kebahagian kepada anda sekeluarga, memberi anda kesihatan yang bermanfaat, memberkati rezeki anda, memberi anda kekuatan iman, kenikmatan beribadah dan manjauhkan anda semua dari fitnah dunia. Moga Allah suburkan benih KeIslaman dengan penuh kasih sayang tanpa sebarang alasan dan halangan.Ameen.

Thursday, December 25, 2008

Bazir duit

Saya cukup bengang dan marah bila melihat oarng lelaki yang merokok depan anak2x dan cucu2x yang masih kecil. Nak ditegur, dah besar panjang dan boleh berfikir sendiri. Begitu juga bila melihat tuk2x lebai yang lepas habis solat jamaah disurau, terus merokok. Lagi geram bila melihat pimpinan yang melaungkan2x Islam tapi rokok tak lepas dibibir. Kenapa suka sangat membazir? Tuk Guru pun dah lama nasihatkan orang Islam tapi macam tu juga. Orang Islam ini sanggup bazirkan duit untuk beli rokok tapi kedekut dan berkira apabila diminta menderma.


Menteri Besar Kelantan mengingatkan wakil rakyat dan penghulu di negeri ini supaya menghentikan tabiat merokok kerana mereka merupakan pemimpin yang seharusnya menjadi contoh.Biar pun sudah berulang kali mengingatkan perkara itu, Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluahkan rasa kecewa kerana masih ada pemimpin PAS yang tidak meninggalkan amalan buruk itu. Menurutnya, sebagai pemimpin yang paling hampir dengan rakyat, merekatidak seharusnya meneruskan amalan yang boleh merosakkan diri sendiri. - Harakah 18 Dec.

Monday, December 22, 2008

Seronok mengajar?

Satu ketika dahulu saya paling tidak suka bila diminta membuat presentation. Cita-cita sebagai 'cikgu' tidak pernah ada dalam list cita-cita kegemaran saya. Namun apabila menceburkan diri dalam bidang ESH ini, disamping buat audit dan inspection; saya cukup minat mengajar.


Mengajar manusia untuk mencintai diri sendiri dan alam sekitar. Jaga keselamatan dan hargai kehidupan yang ada. Pabila mengajar, setiap butir perkataan perlu dijaga. Tingkah laku kita dan cara kita bercakap menjadi perhatian dan ikutan. Sesekali menghadiri seminar dan training, ada juga trainer yang menggunakan kata-kata yang agak kasar dan boleh menguris hati peserta. Ada pula trainer yang kata "mulut aje yang jahat tapi hati baik". Namun teringat saya akan kata2x Tuan Guru Nik Aziz dalam siri kuliah beliau "Apa yang ada didalam hati terpancar pada mulutnya. Jika air yang ada didalam teko adalah air kopi maka air yang keluar apabila dituang tetap air kopi. Mustahil air yang keluar adalah air kosong yang jernih". Begitulah antara perumpamaan yang diberi oleh Tuan Guru. So, butir perkataan yang diucapkan mengambarkan diri kita yang sebenar.
Bila mengajar bab ESH ini, lebih ramai peserta lelaki berbanding perempuan. Begitu juga sewaktu inspection dan kerja2x lapangan. Payah juga...Alhamdulillah suami memahami yang kawan2x sekerja saya >90% lelaki. Banyak tugasan berhadapan dengan mereka berbanding kawan2x perempuan. Bila mengajar pun IQ mereka lebih tinggi dan seringkali menguji kita dengan soalan2x yang dah ada jawapannya. Seringkali juga saya selitkan kata2x motivasi dan nasihat kerana bab2x ESH ini perlu banyak pendekatan psikologi. Makin lama, makin seronok mengajar. Syukur pabila melihat mereka melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan alam sekitar. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan dan limpahan idea untuk mengajak manusia membuat kebaikan dimuka bumi ini. Ini pun adalah satu medan dakwah yang perlu diisi sebaiknya.

Rezeki ibu tunggal

9 orang ibu tunggal telah ditaja sepenuhnya oleh MTD Paroi dan Muslimat Rembau untuk menghadiri kursus anyaman kraftangan dari kertas terpakai pada program semalam, 21 Dec. Kursus yang amat menarik dan boleh menjadi sumber rezeki buat ibu tunggal. Kami diajar dengan penuh terperinci teknik2x menyulam sehinggalah bakul siap untuk di varnis.



Beberapa orang AJK DMPKR turut hadir termasuk Pn Mahani, isteri YB Paroi. Saya dapati kos untuk membuat anyaman ini AMAT minimum. Dalam masa hanya beberapa jam kami boleh menghasilkan 3 produk seorang. Ada yang membuat bakul kecil, pasu bunga dan topi. Jika ibu tunggal yang menghadiri kursus ini menggunakan sebaik mungkin ilmu yang diperolehi, saya yakin mereka bakal beroleh pendapatan yang memberansangkan. Tidak sampai sejam saya boleh hasilkan sebuah pasu yang sama saiz dengan pasu yang saya beli di Penjara Kajang wanita suatu ketika dahulu dengan harga RM7.

YB Paroi dan Sdr Hassan datang menjenguk kami yang sedang kusyuk mengayam. Sempat juga berbincang dengan Sdr Hassan untuk membantu ibu tunggal ini. Ada rezeki, segala produk yang dihasilkan oleh ibu tunggal ini akan diletak dibawah jenama kraftangan "Paroi Care". Menurut Pn Ila, setiap produk pelbagai saiz boleh dijual diantara harga RM2-RM45 setiap satu bergantung kepada saiz. Stiker " Paroi Care" juga telah ditempah. Saya amat mengharapkan agar kursus ini dapat membantu ibu tunggal untuk menambahkan pendapatan mereka. Bagi yang berminat untuk menempah produk ini boleh menghubungi saudara Hassan atau saya sendiri. Saya pun sedang cuba menyiapkan 100-300 buah bakul telur untuk perkahwinan adik saya nanti.

Saya yakin dengan terhasilkan produk ini ianya bukan sahaja mempu membantu ibu tunggal tetapi mampu menyelamatkan hasil bumi terutamanya tumbuhan rotan dan buluh dari terus pupus. Anyaman surat khabar ini tampak sungguh cantik mengalahkan produk dari buluh dan rotan. Harganya cukup murah dan berbaloi untuk dibeli. Jom bantu ibu tunggal ini dan nyatakan sokongan anda dengan membeli produk hasil penat lelah mereka. Saya doakan agar bertambah rezeki Pn Hawa, Pn Zanariah dan yang lain2x. InsyaAllah

Salam Maal Hijrah

DOA AKHIR & AWAL TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata ;
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Adaptasi dari Bahagian Perkhidmatan ICT,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)

Sunday, December 21, 2008

Tahniah AJK Surau As-Sobirin!


193 orang merupakan jumlah anak2x yang cukup ramai untuk dikendalikan dalam satu sesi program mtvc. Alhamdulillah, program Kem Motivasi Anak Soleh yang diadakan pada 20 Dec, Sabtu lepas mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Tahniah kepada AJK Surau As-Sobirin yang telah berjaya menganjurkan program sulung ini. Tidak lupa juga kepada Dato' Nordin selaku perasmi program dan Pengerusi Surau As-Sobirin. Kak Mashitah selaku pengarah program bertungkus lumus seperti 'mak pengantin'.Tidak lupa juga kepada En Samsul, guru2x pasti, dan fasilitator yang datang membantu.

Sukar juga pabila saya mengendalikan sesi 'ice-breaking' bersama anak2x ini. Pelbagai gaya, ragam dan keletah pabila membicarakan "SIAPA SAYA?". Syukur kerana porgram berjalan dengan lancar. Slot Hjh Ciana yang bertajuk "CINTA" turut menarik perhatian terutamanya peserta remaja. Sesi di sebelah petang merupakan sesi yang ditunggu- tunggu untuk bersama Sdr Nazrey, X-vokalis kumpulan Raihan.

Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada semua yang membantu menjaya program ini. Tidak lupa juga kepada wartawan Sinar dan Berita Harian yang turun membuat liputan. Harapan dan doa agar ianya dapat diteruskan pada masa yang akan datang kerana ianya merupakan program yang julung kali diadakan di Surau As-Sobirin. Semoga Allah memberkati segala usaha anda semua.

Tak puas...sekejap sangat


Dah lama rasanya tidak menulis dan update blog. Bulan Nov dan Dec ini, jadual tugas cukup padat. Dalam tempoh tersebut sudah 3 kali berulang ke Sabah, 2 kali ke Utara dan 3 kali ke Selatan tanah air. Minggu ini jadual bertugas di Simpang Rengam, Johor sehingga 24 Dec.

Anak2x saya tinggalkan di kampung di Rembau bersama pembantu. Malam tadi anak2x minta saya bawa mereka ke laut lagi. Mereka asyik menyebut dan bercerita kisah mandi laut pada 3 minggu yang lepas. Itu sahaja hari yang saya lapang untuk membawa mereka. Kasihan juga melihat mereka yang sering ditinggalkan. Lebih2x lagi pada musim cuti sekolah ini. "Ummi, Nani nak mandi laut lagi"pinta Nani anak yg ke-2. "Itu bukan laut, tapi kolam. InsyaAllah, ada rezeki dan kelapangan, Ummi bawa lagi ye"." Sekejap sangatlah Ummi, tak puaslah Kaklong mandi", anak yang sulung merungut. Duhai anak2x, doakanlah ummi dapat pindah kerja ke Seremban. Dapat ummi luangkan masa dengan kalian semua.

Bila kepenatan melanda, segala lesu dan resah hilang pabila menatap wajah ceria anak2x. Segar minda pabila melihat anak2x tersenyum. InsyaAllah doakan ummi. Wlaupun sekejap, ummi sentiasa berdoa agar dapat bahagiakan anak2x Ummi biarpun seketika cuma.

Tuesday, December 16, 2008

Kitar semula...kenapa mahal


Dijemput kaum wanita dan muslimat yang berminat ke kursus intensif menganyam mengunakan majalah/kertas terpakai/kitar semula sebagai bahan asas. Berikut merupakan maklumat lanjut program ;

Tarikh : 21 Dis 2008 (Ahad)
Masa : 9 pagi - 5 petangTempat : Pasti Amal, Taman Marida Senawang
Yuran kursus : RM50
Tenaga pengajar ialah Pn Ila yang merupakan tenaga pengajar di Koperasi Pembangunan Wanita.
Anjuran: Pusat Khidmat Dun Paroi dengan kerjasama Muslimat Paroi. Berminat sila hubungi Pn Wani 013-3851202.

Kenapa mahal sangat? Itu antara soalan yang diutarakan oleh kaum ibu yang ingin menyertai kursus ini.
1) Jika mengikuti kursus intensif ini diluar, biasanya yuran dikenakan RM80-RM100 sehari. Memandangkan ianya dibuat untuk DUN Paroi maka tenaga pengajar telah mengurangkan harganya iaitu RM700 sehari untuk 20 orang peserta sahaja.
2) Disamping dapat ilmu, setiap peserta yang mendaftar masuk secara automatik akan menaja seorang ibu tunggal di DUN Paroi. Maknanya ilmu + sedekah+pahala
3) Bahan2x dan alatan akan disediakan oleh tenaga pengajar. Kos ini termasuk alatan dan makan minum peserta untuk sehari
4) Kursus intensif ini akan mengajar peserta yang 'Zero" knowledge sehingga pandai untuk membuat bakul, tas dan lain2x. maksudnya selepas hadir kursus ini peserta akan mampu untk menghasilkan produk kraftangan ini sendiri
5) Produk kraftangan hasil kertas terpakai ini akan menjadi 'Produk Dun Paroi' untuk dipasarkan bagi membantu golongan ibu tunggal.
Saya berharap kursus ini mendapat sambutan dei kalangan para wanita yang ingin mencuba sesuatu yang baru.

Tuesday, December 9, 2008

Kak Ina..isteri yang tabah

Alhamdulillah, pagi ini jam 10.00 pagi saya sempat menziarahi Kak Ina sekeluarga bersama dengan Pn Hjh Ciana. Kasihan melihat anak sulung kak Ina yang teruk seluruh badan akibat demam campak. Sdr Faizal masih lagi di hospital Seremban. Dah lebih seminggu beliau di tahan diwad. 5 drp 7 org anak Faizal terkena demam campak. Saya lihat yang kecil dah beransur pulih. Yang agak teruk ialah anak sulung.
Kasihan melihat Kak Ina yang sibuk menguruskan anak2x dan waktu yang sama pergi menziarahi suaminya di hospital. alhamdulillah, petang semalam mak Kak ina dari tampin datang turun menjenguk dan menjaga cucunya yang tidak sihat. menurut kak Ina, mula2x anaknya yang kecil kena demam campak dahulu setelah berjangkit dengan anak jiran. Selepas itu diikuti dengan Faizal dan anak-anak yang lain.
Saya tidak berkesempatan berbual lama kerana akan bertolak ke Sabah jam 2ptg ini. Saya doakan agar Allah permudahkan urusan kak ina seluarga dan moga bersabar dengan setiap ujian ini. Pesan Hjh Ciana kepada Kak Ina, setiap dugaan Allah; pasti akan ada ganjaran dan nikmat yang tidak kita sedari diakhirnya. Terima kasih kepada sahbat2x DMPKR yang menghulurkan sumbangan untuk membantu kak Ina termasuk jiran Hjh Ciana. Moga Allah membalas jasa kalian.