Tuesday, May 24, 2011

Tuesday, April 5, 2011

Selamat pengantin baru Cikgu Anis

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Cikgu Anis dan suami yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 3 April 2011 yang lalu. Semoga Cikgu bahagia hingga ke akhir hayat. Cikgu Anis telah menamatkan perkhidmatannya sebagai guru di Pasti Al-Ain kerana akan berangkat ke Syria untuk menyambung pelajaran bersama suaminya. Semoga Allah permudahkan segala urusan Cikgu Anis. Amin...




Terima kasih Cikgu diatas tunjuk ajar.




http://pasti-al-ain.blogspot.com/2011/04/selamat-pengantin-baru-cikgu-anis.html

Tuesday, March 22, 2011

Produk kesihatan buat yang tersayang

Sempena hari wanita sedunia pada 8 Mac yang lepas... hargailah isteri,ibu,kakak,adik & anak perempuan anda yang tersayang dengan menghadiahkan mereka produk kesihatan berkhasiat keluaran Smart Herbs iaitu;

1. Kopi Pra Campur Untuk Wanita - Kacip Fatimah 7 in 1
2. Kopi Pra Campur Untuk lelaki - Tongkat Ali 9 in 1 (harga promosi RM22)
3. Losyen Pati Halia Cengkeh

4. Kopi Pra Campur Untuk Semua - KOPI BARLEY 5 in 1
5. Susu Kambing dan Madu - minuman sunnah


Harga runcit/pasaran sekotak ialah RM30 utk item 1-4 dan RM35 utk item 5

Khasiat produk ini boleh layari... http://smartstockist.com/web/

Utk makluman produk ini keluaran bumipurta, produk Muslim 100% dan dikilangkan di

Smarts Herbs Manufacturing
No. 32, Tkt. Bawah,
Senawang Business Center,
Tmn Tasik Jaya,
70400, Seremban,
Negeri Sembilan.

Sesiapa yg berminat untuk menjadi ahli dan pengedar boleh hubungi saya, Pn Wani (013-3851202). Dapatkan harga ahli yang cukup murah dengan SEGERA.

Monday, March 21, 2011

Demokrasi vs demo tak kasi

Kasihan rakyat Malaysia dan Pakatan Rakyat kerana tidak tahu bilakah pilihanraya akan berlaku. Di Singapura mereka dah tahu awal-awal lagi bila akan berlansungnya pilihanraya umum dan semua parti mempunyai masa setahun untuk memperkenalkan calon masing2x.
Di Malaysia...dimanakah demokrasinya??? Setiap kali Pilihanraya kecil berlaku, tidak sampai tempoh 2 minggu kempen dan PRU pula hanya sekitar 2 minggu kempen. Itupun semua media dikuasai BN. Adakah pemimpin Malaysia penakut....??? Di Sarawak pula mereka nak memendekkan kempen ke 1 minggu sahaja.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

SINGAPURA 21 Mac - Suasana pilihan raya kini dirasai di republik ini apabila parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan pembangkang mula mengatur persiapan untuk menghadapinya.

Hari ini, PAP memperkenalkan kumpulan pertama muka baru yang akan mewakilinya pada pilihan raya umum yang dijadualkan berlangsung pada Februari 2012.

“PAP bercadang meletakkan lebih 20 calon baru daripada pelbagai latar belakang,” kata Penolong Setiausaha Agung Kedua PAP, yang juga Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean seperti yang dipetik Channel NewsAsia. - Bernama

Terima kasih kepada semua


"Ya Allah, lapangkanlah dan permudahkanlah urusan sahabat-sahabatku dan seluruh jentera sepertimana mereka memudahkan urusan perjalanan Majlis Makan Malam PAS Rembau. Moga segala pengorbangan, sokongan dan bantuan yang diberikan beroleh ganjaran yang berlipat ganda disisi Allah SWT."

Terima kasih kepada semua para dermawan dan sahabat-sahabat yang telah membeli tiket serta menyumbang kepada PAS Kawasan Rembau. Alhamdulillah, berkat usaha dan sumbangan semua, program dapat berjalan lancar dengan izinNya jua.

Tuesday, March 1, 2011

Sedekah & dermalah

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."(At-Taubah:111)



"Jazakallah Tn Hj...moga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan", saya ucapkan terima kasih kepada salah seorang penderma yg membantu kami PAS Kawasan Rembau untuk majlis makan malam 9 Mac nanti. Sukarnya nak cari org mcm Tn Hj ini yg tanpa banyak soal terus sumbang RM500...

" InsyaAllah, ada masa saya cuba hadir, maklum Tn Hj kepada saya"
Alhamdulillah...Allah bantu saya untuk menghabiskan 3 buku tiket Majlis makan mlm Pas Rembau.


Saya juga terima sms drp sahbat lama di JB. Alhamdulilah, Kak Ayu telah menyumbang 2 tiket dan belum sempat saya ucapkan terima kasih... smsnya datang dahulu dgn kata yg cukup bermakna;

" Terima kasih wani kerana mengingatkan Kak Ayu untuk menyumbang kpd Islam & perjuangan"


Bab-bab mencari sumbangan ini, saya tanpa rasa malu akan sms sahabat2x saya yg saya rasa berkemampuan tetapi mungkin mereka x tahu bgaimana nak menyumbang @ terlupa nak menyumbang/sedekah@ terlalu sibuk n x terfikir pun nak menyumbang. Sekurang2nya saya telah mengingtkn mereka utk keluarkan sedikit harta/rezeki pemberian Allah utk membantu agamaNya.


InsyaAllah...lagi berkat kehidupan dan lagi melimpah ruah rezeki bila kita membantu agama Allah ini. Usahlah berkira denganNYa..... Kalau tidak mampu menyumbang tenaga, keringat dan idea...sumbangkanlah sedikit harta.


Saya cukup tertarik dan bersemangat bila membaca artikel perjuangan di blog berikut;
http://al-khattab93.blogspot.com/. Ramai yg bercita2x utk menjadi kaya tetapi berapa ramai yg bercita2x utk syahid??? renung2xkan.

Wednesday, February 23, 2011

Motivasi Bersama Cikgu Mala

Hi Tea & dialog ramah mesra bersama bekas calon PRK Tenang (Cikgu Normala Sudirman)
Tarikh: 12hb Mac 2011 (SABTU)
Masa: 3.00petang
Tempat : Pasti Al-Hikmah, Taman Tunku Jaafar
Agenda:
  • Citra pengerusi
  • Dialog bersama Cikgu Mala & Ketua DMPNS
  • Pelancaran dana PRU 13 bagi Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau
  • Jualan Amal Muslimat Rembau

Majlis Hi tea kaum ibu

Majlis hi -tea untuk kaum ibu di Taman Sri Pulai 3 bersempena bulan maulud.

Tarikh: 5 Mac 2011
Masa: 5.00 petang
Tempat: Rumah Pengerusi Wanita/Kaum ibu (Puan Rosemawati) No.1011, Jln Sri Pulai 44,Taman Sri Pulai 3

Agenda:
-->Ucapan aluan pengerusi
-->Bacaan salawat
-->Bacaan yaasin
-->Jamuan petang

Monday, February 21, 2011

Peliharalah 2 Pusaka ini

Telah seminggu berlalunya hari nan mulia, Maulidur Rasul yang di sambut di seluruh negara.Surau-surau dan masjid-masjid diimarahkan dengan sambutan Maulidur Rasul temasuk slot-slot ceramah yang diatur untuk menceritakan kehidupan insan istimewa Nabi Muhammad s.a.w.

Sebagai ummatnya, adakah hari Maulidur Rasul ini setakat berarak,mendengar ceramah dan menyambutnya secara besar-besaran? Usah kita lupa akan 2 pusaka berharga yg telah ditinggalkan baginda untuk ummatnya. Bila direnungkan semula akan banyaknya musibah, penyakit, gejala dan masalah masyarakat pd masa kini; semuanya disebabkan kita tidak memelihara dan menjaga sebaiknya pusaka tinggalan Nabi Muhammad s.a.w.

Mana mungkin kita terpelihara & selamat didunia sekiranya kita gagal memelihara 2 pusaka berharga ini. Masyarakat hari ini rosak & nazak deangan segala penyakit disebabkan tidak menjaga dengan sebaiknya pusaka tinggalan Nabi. Renung-renungkanlah...

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku." http://www.khutbahterakhir.info/ *
*Duhai diri....mata bisa menangis bila hati disakiti....Bisakah kita menangis merindukan Kekasih Ilahi atau bisakah menangis bila membaca khutbah yg terakhir?

Saturday, February 19, 2011

Bila banyak sangat GILA@GILER


Bila orang tu baik...ramai yg kata "Baik gila orang tu"
Bila nampak orang tu cantik " Fuyooo cun giler minah tu"
Bila kawan kita pandai, kita kata "Pandai gila lah awak ni"
Bila hujan turun kita selalu cakap "mmmm lebat gila hujan ni"
Bila bergaduh kita selalu kata " jahat gila budak tu"
Bila nampak sesuatu yg bagus, kita selalu cakap " bagus giler hasil kerja ni"

Nampaknya perkataan GILA @ GILER selalu sangat disambung dalam apa sahaja ungkapan/ucapan kita setiap hari tanpa kita sedar. Bila ramai yg ungkap dan kita selalu menyebutnya, lama-kelamaan menjadi satu kebiasaannya.

Bila si anaknya pandai...maknya pula selalu sebut "Pandai gila anak aku". Apa yang terungkap di mulut ibu itu umpama doa untuk si anak. Lama kelamaan, anak yg pandai jadi GILA!

Sama juga halnya bila ada orang yang baik dalam sesebuah kampung. Bila selalu disebut orang ' baik gila budak tu' . Lama kelamaan, budak yang baik itu tak mustahil jadi GILA.

Bila direnung semula, patutlah makin ramai orang gila dan sakit jiwa di Malaysia. Kita sama2x 'contribute' ke arah ini. Orang baik jadi gila sebab selalu didoakan " baik gila@giler dia nie", orang bijak pandai jadi gila seba selalu disebut2x " pandai giler"/ "bagus gila", orang sihat pun selalu jadi gila sebab sering di war-warkan "sihat gila".

Apa kata kita buang perkataan gila@giler tu dan tukar ke perkataan yang baik2x. Kalau baik--- baik sungguh, baik sangat dll. Contohnya macam di Indonesia guna perkataan 'bangat' yg maksudnya sangat2x atau sekali. (cantik bangat maksudnya cantik sekali).

Cerita lanjut orang gila di Malaysia di Syarak Mengata , Adat Menurut: Negara amat perlukan lebih banyak Hospital Gila

Thursday, February 17, 2011

Terima kasih semua

11 Feb - Terima kasih kepada semua sahabat2x DMPKR yang datang ziarah ke rumah semasa program usrah muslimat yang lepas. Lama rasanya tak bertemu dengan sahabat2x dan adik2x Nisa serta beberapa orang muka baru. Alhamdulillah sesi usrah yg lepas Naqibah, ustazah Nurul telah mengupas dengan panjang lebar berkenaan dengan hadith yg ke 6 iaitu bab halal, haram dan syubhat. Yang paling seronok waktu usrah ini ialah kupasan isu semasa dan setempat. Dlm waktu yg sama setiap ahli usrah yg hadir berkongsi idea dlm menangani sesuatu masalah.


Ya Allah, moga ukhuwwah yg tersemai antara kami akan terus mekar dengan perasaan kasih sayang & mahabbah keranaMU.
Gambar kenangan bersama Ustazah Nuridah, Pn Khadijah, adik2x Nisa serta Kak Mus
13 Feb - rasa terharu menerima kunjungan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dan AJk DMPP, Pn Khatijah (maklang) ke rumaha bersama 3 orang adik2x Nisa Rembau. rasanya pertama kali Kak Nuri & maklang datang ke rumah. Terima kasih sekali lagi atas doa dan nasihat sahabat2x yg hadir supaya ana jaga kesihatan. InsyaAllah, tak sabar rasanya nak keluar semula. Itupun kadang2x ana keluar juga ke kedai dan tempat2x yg dekat dlm sejam, dua. Yang penting jaga diri & kesihatan baik2x...kita berjuang nak lama.

Sunday, February 6, 2011

Abdullah Naseh penambah kebahgiaan

Anak….anugerah yang tidak ternilai. Itulah hakikatnya. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana mempermudahkan kelahiran yg ke -5 ini. Bertambah seri dan meriah lagi keluarga kami dengan kehadiran Abdulllah Naseh pada tanggal 27 Jan 2011. Belum sampai setahun….. bertambah lagi seorang anak dan bertambah lagi rezeki kami.

26 Jun 2011 - Jam 4 pagi telah ku rasakan kelainannya…..nak kata sakit, tak sakit. Nak kata keluar tanda, tak ada tanda. Semuanya ‘instinct’ yg Allah berikan sejak anak pertama lagi. Aku mula rasa tak sedap badan sepertimana mengandungkan kak long, kak ngah, Abdullah & Feefa. “ Tak apalah…Beeb pergilah kerja dulu. Petang nanti baru kita pergi jumpa Dr Intan ye”

Beeb ada urusan di tempat kerja dan katanya akan pulang thari nanti. Jam 3.00 petang selepas beeb balik kerja kami terus ke hospital Colombia Asia Seremban. Bila Dr Intan memeriksaku, katanya jalan dah buka 3 cm dan dah boleh terus ke labor room.”InsyaAllah, dah sampai masanya. Paling lewat pun malam nie. Pergi makan dulu, banyakkan berjalan supaya lagi cepat jalan terbuka”, maklum Dr Intan kepadaku. ”Selepas Isyak, saya jumpa Wani semula untuk pecah air ketuban”

Selepas solat Maghrib & Isyak di surau hospital, aku terus ke labor room. Terdengar suara jeritan seorang wanita Cina di bilik sebelah yang kesakitan menunggu kelahiran anak sulung.Aku mula kecut walaupun hakikatnya ini kandungan yg kelima. Aku sempat telefon mak di kampung dan mak mertua di KL. Mohon maaf pada kepada mak & mertua serta minta mereka doakan aku. Jam 9.10 malam Dr Intan berjumpaku dan memeriksa sekali lagi. ”Alhamdulillah... Jalan dah buka 5cm. InsyaAllah, saya akan pecahkan air ketuban. Kalau ada rasa sakit nak meneran, minta nurse panggil saya. Saya tak balik malam ni dan akan tunggu sampai Wani bersalin”, ucapan dr Intan amat melegakan hatiku.

Jam 10.30 mlm Beeb tiba di labor room selepas balik seketika menguruskan anak-anak . Syukur Alhamdulillah, Beeb menjadi peneman setia setiap kali kelahiran. Ku cium dan genggam tangan Beeb, mohon ampun dan maaf. Minta beeb doakan aku kerana sakitnya melahirkan anak ini hanya Allah yg Maha Mengetahuinya. Aku berzikir sebanyak yang mungkin dan menginsafi bahawa segala kesakitan yang ditanggung ini merupakan kafarah penebus dosa di atas dosa-dosa yang pernah dilakukan. Semoga sakit melahirkan anak ini mampu mencuci dosa-dosaku yg lalu dan aku turut bermuhasabah diri memikirkan kesakitan yg pernah ditanggung oleh para Nabi dan sahabat yg berjuang di medan perang dalam menegakan Islam.

27 Jan 2011 - Tepat jam 1.01 pagi, dengan izin Allah lahir seorang lagi mujahid yg diberi nama ’Abdullah Naseh” yg diambil namanya sempena nama Dr Abdullah Nasih Ulwan yg cukup terkenal dengan karangan beliau yang masyhur iaitu ”Pendidikan anak-anak di dalam Islam”.

http://tamanulama.blogspot.com/2008/01/dr-abdullah-nasih-ulwan-selagi-nadi.html
Moga anak ini bakal mengikut jejak langkah beliau. Syukur sekali lagi kerana Allah mempermudahkan kelahiran pada kali ini. Aku terasa seperti bermimpi melahirkan anak ini. Walaupun Dr ’consider’ sebagai kelahiran premature kerana baru 35 minggu, Abdullah Naseh cukup sihat. Kenangan bersama Dr Norintan dan jururawat yang membantuku.Moga Allah permudahkan urusan mereka...

Terima kasih kepada Dr Intan yg telah menyambut anak yg ke-5 ini. 4 orang anak telah disambut oleh Dr Intan dan diSeremban ini memang payah nak mencari doktor perempuan bahagian Obstetrics & Gynecology. Aku memang tak sanggup nak bersalin depan doktor lelaki. InsyaAllah ku doakan semoga Dr Intan di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki agar ada izinNya untuk menyambut kelahiran ke-6 nanti. Mudah-mudahan...
Terima kasih tidak terhingga kpd suami tercinta sentiasa sabar, tabah dan penuh kasih sayang menjagaku ketika pantang. Pengorbanan dan kasih sayang Beeb memang tiada tolok bandingannnya....hanya Allah yang dapat membalasnya. Saban waktu ku doakan buat insan2x tersayang Beeb, mak , mak mertua, Kak Mus, Kak Ciana, Kak Gee dan sahabat2 yg senantiasa mendoakan aku. Doa kalian semua menjadi penguatku dan InsyaAllah aku tak sabar nak turun ke ’gelanggang selepas direhatkan’ dengan cukup lama.

(Ainul Mardhiyyah, Ainul Hanani, Abdullah Azzam, Ainul Afeefa & Abdullah Naseh)

5 orang anak dalam tempoh 10 tahun perkahwinan memeriahkan lagi keluarga Mohamad Hakki Bawadi. ”Mmmm tinggal seorang lagi untuk cukup 6 orang. Kalau dapat 7 orang consider bonus”, Beeb tersenyum bangga menjadi Babah kepada 2 orang mujahid & 3 orang mujahidah.

Wednesday, January 19, 2011

Doa buat Cikgu Mala

(hendaklah selalu membacanya dan sebaik-baiknya membaca selepas solat 5 waktu).

pengertian doa.
Wahai Tuhan kami berilah kepada kami perasaan takut kepada Mu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan, dan berilah kami kesihatan kepada Mu yang menyampaikan kami ke syurga Mu, dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.

Wahai Tuhan kami berilah kenikmatan pendengaran. penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam agama kami. dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak takut menaruh kasihan belas terhadap kami dapat menguasai ke atas kami wahai Tuhan kami, kami memohon pertolongan dengan nur kesucian Engkau dan berkat kebesaran dan keagungan sifat jalal Engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.

Wahai Tuhan kami Engkaulah penolong kami maka kepada Engkau kami mohon pertolongan. wahai Tuhan kami Engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. wahai Tuhan yang baginya lemah dan hina segala tengkuk pembesar dunia. dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja firaun, selamatkan kami dari segala penghinaan dan hukuman seksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. tiada Tuhan bagi kami melainkan Engkau demi kebesaran wajah Engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarilah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berikanlah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai Tuhan yang maha pemurah.

Wahai Tuhai samada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana Kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud. dan Kamu menundukkan mereka seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Kamu lipat balikkan rancangan jahat mereka supaya mereka berpatah balik ke atas mereka sendiri, dan Kamu hancurkan pendirian mereka dan turunkanlah ya Allah bendera mereka rapat ke bumi.

Wahai Tuhan kami yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya. wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. ya Allah butakanlah mata-mata mereka (musuh-musuh Islam) sehingga mereka tidak melihat kecuali cahaya bulan purnama.
***********************************************************************************************petikan Doa diambil pada lampiran ketika acara munajat rakyat bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat; 3.00 pagi, februari 16, 2008; perkarangan stadium muhammad ke-IV.

Monday, January 10, 2011

Rahmatnya dan nikmatnya SAKIT

Bila ditahan di wad pada minggu lepas kerana ada masalah kandungan, Ya Allah; baru ku sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan diri sendiri yang selama ini agak ku abaikan dek terlalu sibuk dengan tugas harian.
Bila Dr Intan meminta aku dimasukkan ke wad selama 2 hari kerana ada masalah kandungan dan juga selepas mendapat nasihat drp Dr Faridah dan teman-teman seperjuangan; cuti sakit selama seminggu yang diberikan sewajarnya aku gunakan sebaik mungkin untuk menjaga kesihatan. Alhamdulillah...bossku Pn Ainon turut menelefon dan meminta aku berehat sahaja di rumah. "Usah risau sangat pasal kerja. " Syukur kerana dapat boss yang memahami.
Rahmatnya sakit.... bila banyak perkara penting yang ku tinggalkan selama ini dicatat satu persatu dan dipertimbangkan kembali. Kita berjuang nak lama...kesihatan perlu dijaga. Fikirkan musibahnya pabila kita tidak dapat berkhidmat untuk agama nan tercinta. YaAllah...berilah kekuatan dan mudahkan urusanku. Ameen

Thursday, December 30, 2010

Wajah-wajah yang menenangkan hatiku

2 minggu ini terpaksa ku korbankan untuk memenuhi tuntutan tugas yang perlu diselesaikan sebelum kelahiran ke-5. Minggu lepas seminggu di kedah dan minggu ini di Penang pula.

pabila memandang sahaja wajah Feefa.....segala penat lelahku akan hilang. senyumannya sungguh mendamaikan.


Kasihan Beeb dan anak2x yang ditinggalkan. maklumlah dah lama aku tak outstation. Dah selesa bersama anak2x. Sekali-sekali berpisah...lain rasanya. Rindu sungguh untuk menatap wajah2x insan yg amat menenangkan hatiku. Antaranya wajah suami.....Aku paling suka merenung wajah suami ketika dia tidur. Teringat aku kata2x penulis sebuah buku, pandanglah muka isteri (atau suami), pandang seorang demi seorang anak-anak. Ucapkan pada diri, “tidak akan aku biarkan seorang pun daripada kamu terpisah di akhirat nanti. Kita semua akan berkumpul sekali lagi… abadi di syurga nanti. Insya-Allah. Amin.”

Buku-buku karya Pahrol Mohd Juoi cukup menarik untuk dibaca. http://genta-rasa.com/2009/04/14/arafah-cinta-kita/ Antaranya ......Bercintalah sampai syurga, jika benar-benar cintakan pasangan kita. Untuk itu bersedialah menempuh kesusahan.


Nabi Adam dan Hawa mula bercinta di syurga, diuji dengan satu larangan, tersalah… dan “tercampak” ke dunia. Cinta terpisah sekian lama. Adam di satu penjuru. Hawa di penjuru yang lain. Bertaubat terus-terusan. Raja’na illallah (kembali kepada Allah). Dan akhirnya apabila cinta yang “tercemar” itu kembali bersinar, bertemulah semula cinta mereka di Arafah!
Cinta sampai syurga… jangan melupakan cinta Allah. Jangan dilanggar syariat-Nya. Jika sudah tercemar, gilap kembali agar bersinar. Insya-Allah, akan ada “Arafah” cinta kita. Akan ada syurga kita!

Tip bercinta sampai syurga.
Dahulukan hak Allah daripada hak pasangan kita.
Sentiasa bekerjasama untuk membuat kebaikan dalam rumah tangga dan masyarakat.
Sama-sama saling ingat mengingatkan agar menjauhi kemungkaran.
Rela berkorban kesenangan sesama pasangan demi bakti sesama manusia.
Berdoa dan bersedekah sebagai wasilah mengekalkan cinta.

Monday, December 20, 2010

Tadahan jiwa

detik demi detik
liku nan berliku
masa yang berlalu
menggamit mutiara itu jatuh satu persatu
mengintai langkah setiap waktu
adakah diulang ikrar palsu

selimutilah
payungilah
teduhilah
dakapilah
insan yang mengharap kekuatan dijiwa
hanya padaNya
tempat menggarap kasih
menadah jiwa

Ke mana anak anda selepas PMR? SPM? STPM?



Anjuran:
Surau Alamanda Senawang
Dengan Kerjasama:
Yayasan Amal Malaysia Negeri Sembilan



Bengkel iMeGa membantu anda ….
• Berkongsi ilmu dengan kaunselor berpengalaman & terlatih, profesional serta usahawan berjaya.
• Memberikan panduan pemilihan kursus di IPTA / IPTS kepada lepasan PMR / SPM / STPM
• Membekalkan maklumat dan panduan pengisian borang permohonan kemasukan / bantuan kewangan
• Memberikan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain

Sunday, December 19, 2010

Sua Kasih Kita Bersaudara


Semarakkan Rasa Persaudaraan Dan Anti Perkauman Kita Dengan Bersama Kami Menjayakan SUA KASIH KITA BERSAUDARA Pada 9 Januari 2011




Saturday, December 11, 2010

Program raikan anak yatim sempena 10 Muharam 1432H

InsyaAllah, Nisa' Rembau akan mengadakan program penyerahan sumbangan kepada anak yatim pada 10 Muharam 1432H bersamaan 16 Disember 2010 (khamis) jam 3petang di Pasti Al-Ain, Taman Pedas Perdana.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang boleh bank in ke akaun Bank Islam_BIMB 03036020131121 (Nur Soliha_ Ketua Nisa Rembau). Sila SMS jumlah derma ke No. Tel : 013-9798108.
Jom kita bersedekah di hari yg penug keberkatan ini mengikut amalan Rasulullah s.a.w. yang memberi sedekah kepada anak yatim pada 10 Muharam.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selain daripada melakukan puasa pada hari ‘Asyura’, orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)Apa yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih daripada hari biasa.
Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya. Adapun apa yang selain daripada dua perkara di atas seperti sembahyang malam ‘Asyura’, mandi hari ‘Asyura’, bercelak mata dan yang lainnya tidaklah ada disebut melainkan pada hadis-hadis dhaif, munkar dan maudhu‘.