Thursday, February 17, 2011

Terima kasih semua

11 Feb - Terima kasih kepada semua sahabat2x DMPKR yang datang ziarah ke rumah semasa program usrah muslimat yang lepas. Lama rasanya tak bertemu dengan sahabat2x dan adik2x Nisa serta beberapa orang muka baru. Alhamdulillah sesi usrah yg lepas Naqibah, ustazah Nurul telah mengupas dengan panjang lebar berkenaan dengan hadith yg ke 6 iaitu bab halal, haram dan syubhat. Yang paling seronok waktu usrah ini ialah kupasan isu semasa dan setempat. Dlm waktu yg sama setiap ahli usrah yg hadir berkongsi idea dlm menangani sesuatu masalah.


Ya Allah, moga ukhuwwah yg tersemai antara kami akan terus mekar dengan perasaan kasih sayang & mahabbah keranaMU.
Gambar kenangan bersama Ustazah Nuridah, Pn Khadijah, adik2x Nisa serta Kak Mus
13 Feb - rasa terharu menerima kunjungan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dan AJk DMPP, Pn Khatijah (maklang) ke rumaha bersama 3 orang adik2x Nisa Rembau. rasanya pertama kali Kak Nuri & maklang datang ke rumah. Terima kasih sekali lagi atas doa dan nasihat sahabat2x yg hadir supaya ana jaga kesihatan. InsyaAllah, tak sabar rasanya nak keluar semula. Itupun kadang2x ana keluar juga ke kedai dan tempat2x yg dekat dlm sejam, dua. Yang penting jaga diri & kesihatan baik2x...kita berjuang nak lama.

Sunday, February 6, 2011

Abdullah Naseh penambah kebahgiaan

Anak….anugerah yang tidak ternilai. Itulah hakikatnya. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana mempermudahkan kelahiran yg ke -5 ini. Bertambah seri dan meriah lagi keluarga kami dengan kehadiran Abdulllah Naseh pada tanggal 27 Jan 2011. Belum sampai setahun….. bertambah lagi seorang anak dan bertambah lagi rezeki kami.

26 Jun 2011 - Jam 4 pagi telah ku rasakan kelainannya…..nak kata sakit, tak sakit. Nak kata keluar tanda, tak ada tanda. Semuanya ‘instinct’ yg Allah berikan sejak anak pertama lagi. Aku mula rasa tak sedap badan sepertimana mengandungkan kak long, kak ngah, Abdullah & Feefa. “ Tak apalah…Beeb pergilah kerja dulu. Petang nanti baru kita pergi jumpa Dr Intan ye”

Beeb ada urusan di tempat kerja dan katanya akan pulang thari nanti. Jam 3.00 petang selepas beeb balik kerja kami terus ke hospital Colombia Asia Seremban. Bila Dr Intan memeriksaku, katanya jalan dah buka 3 cm dan dah boleh terus ke labor room.”InsyaAllah, dah sampai masanya. Paling lewat pun malam nie. Pergi makan dulu, banyakkan berjalan supaya lagi cepat jalan terbuka”, maklum Dr Intan kepadaku. ”Selepas Isyak, saya jumpa Wani semula untuk pecah air ketuban”

Selepas solat Maghrib & Isyak di surau hospital, aku terus ke labor room. Terdengar suara jeritan seorang wanita Cina di bilik sebelah yang kesakitan menunggu kelahiran anak sulung.Aku mula kecut walaupun hakikatnya ini kandungan yg kelima. Aku sempat telefon mak di kampung dan mak mertua di KL. Mohon maaf pada kepada mak & mertua serta minta mereka doakan aku. Jam 9.10 malam Dr Intan berjumpaku dan memeriksa sekali lagi. ”Alhamdulillah... Jalan dah buka 5cm. InsyaAllah, saya akan pecahkan air ketuban. Kalau ada rasa sakit nak meneran, minta nurse panggil saya. Saya tak balik malam ni dan akan tunggu sampai Wani bersalin”, ucapan dr Intan amat melegakan hatiku.

Jam 10.30 mlm Beeb tiba di labor room selepas balik seketika menguruskan anak-anak . Syukur Alhamdulillah, Beeb menjadi peneman setia setiap kali kelahiran. Ku cium dan genggam tangan Beeb, mohon ampun dan maaf. Minta beeb doakan aku kerana sakitnya melahirkan anak ini hanya Allah yg Maha Mengetahuinya. Aku berzikir sebanyak yang mungkin dan menginsafi bahawa segala kesakitan yang ditanggung ini merupakan kafarah penebus dosa di atas dosa-dosa yang pernah dilakukan. Semoga sakit melahirkan anak ini mampu mencuci dosa-dosaku yg lalu dan aku turut bermuhasabah diri memikirkan kesakitan yg pernah ditanggung oleh para Nabi dan sahabat yg berjuang di medan perang dalam menegakan Islam.

27 Jan 2011 - Tepat jam 1.01 pagi, dengan izin Allah lahir seorang lagi mujahid yg diberi nama ’Abdullah Naseh” yg diambil namanya sempena nama Dr Abdullah Nasih Ulwan yg cukup terkenal dengan karangan beliau yang masyhur iaitu ”Pendidikan anak-anak di dalam Islam”.

http://tamanulama.blogspot.com/2008/01/dr-abdullah-nasih-ulwan-selagi-nadi.html
Moga anak ini bakal mengikut jejak langkah beliau. Syukur sekali lagi kerana Allah mempermudahkan kelahiran pada kali ini. Aku terasa seperti bermimpi melahirkan anak ini. Walaupun Dr ’consider’ sebagai kelahiran premature kerana baru 35 minggu, Abdullah Naseh cukup sihat. Kenangan bersama Dr Norintan dan jururawat yang membantuku.Moga Allah permudahkan urusan mereka...

Terima kasih kepada Dr Intan yg telah menyambut anak yg ke-5 ini. 4 orang anak telah disambut oleh Dr Intan dan diSeremban ini memang payah nak mencari doktor perempuan bahagian Obstetrics & Gynecology. Aku memang tak sanggup nak bersalin depan doktor lelaki. InsyaAllah ku doakan semoga Dr Intan di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki agar ada izinNya untuk menyambut kelahiran ke-6 nanti. Mudah-mudahan...
Terima kasih tidak terhingga kpd suami tercinta sentiasa sabar, tabah dan penuh kasih sayang menjagaku ketika pantang. Pengorbanan dan kasih sayang Beeb memang tiada tolok bandingannnya....hanya Allah yang dapat membalasnya. Saban waktu ku doakan buat insan2x tersayang Beeb, mak , mak mertua, Kak Mus, Kak Ciana, Kak Gee dan sahabat2 yg senantiasa mendoakan aku. Doa kalian semua menjadi penguatku dan InsyaAllah aku tak sabar nak turun ke ’gelanggang selepas direhatkan’ dengan cukup lama.

(Ainul Mardhiyyah, Ainul Hanani, Abdullah Azzam, Ainul Afeefa & Abdullah Naseh)

5 orang anak dalam tempoh 10 tahun perkahwinan memeriahkan lagi keluarga Mohamad Hakki Bawadi. ”Mmmm tinggal seorang lagi untuk cukup 6 orang. Kalau dapat 7 orang consider bonus”, Beeb tersenyum bangga menjadi Babah kepada 2 orang mujahid & 3 orang mujahidah.

Wednesday, January 19, 2011

Doa buat Cikgu Mala

(hendaklah selalu membacanya dan sebaik-baiknya membaca selepas solat 5 waktu).

pengertian doa.
Wahai Tuhan kami berilah kepada kami perasaan takut kepada Mu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan, dan berilah kami kesihatan kepada Mu yang menyampaikan kami ke syurga Mu, dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.

Wahai Tuhan kami berilah kenikmatan pendengaran. penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam agama kami. dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak takut menaruh kasihan belas terhadap kami dapat menguasai ke atas kami wahai Tuhan kami, kami memohon pertolongan dengan nur kesucian Engkau dan berkat kebesaran dan keagungan sifat jalal Engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.

Wahai Tuhan kami Engkaulah penolong kami maka kepada Engkau kami mohon pertolongan. wahai Tuhan kami Engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. wahai Tuhan yang baginya lemah dan hina segala tengkuk pembesar dunia. dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja firaun, selamatkan kami dari segala penghinaan dan hukuman seksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. tiada Tuhan bagi kami melainkan Engkau demi kebesaran wajah Engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarilah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berikanlah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai Tuhan yang maha pemurah.

Wahai Tuhai samada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana Kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud. dan Kamu menundukkan mereka seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Kamu lipat balikkan rancangan jahat mereka supaya mereka berpatah balik ke atas mereka sendiri, dan Kamu hancurkan pendirian mereka dan turunkanlah ya Allah bendera mereka rapat ke bumi.

Wahai Tuhan kami yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya. wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. ya Allah butakanlah mata-mata mereka (musuh-musuh Islam) sehingga mereka tidak melihat kecuali cahaya bulan purnama.
***********************************************************************************************petikan Doa diambil pada lampiran ketika acara munajat rakyat bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat; 3.00 pagi, februari 16, 2008; perkarangan stadium muhammad ke-IV.

Monday, January 10, 2011

Rahmatnya dan nikmatnya SAKIT

Bila ditahan di wad pada minggu lepas kerana ada masalah kandungan, Ya Allah; baru ku sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan diri sendiri yang selama ini agak ku abaikan dek terlalu sibuk dengan tugas harian.
Bila Dr Intan meminta aku dimasukkan ke wad selama 2 hari kerana ada masalah kandungan dan juga selepas mendapat nasihat drp Dr Faridah dan teman-teman seperjuangan; cuti sakit selama seminggu yang diberikan sewajarnya aku gunakan sebaik mungkin untuk menjaga kesihatan. Alhamdulillah...bossku Pn Ainon turut menelefon dan meminta aku berehat sahaja di rumah. "Usah risau sangat pasal kerja. " Syukur kerana dapat boss yang memahami.
Rahmatnya sakit.... bila banyak perkara penting yang ku tinggalkan selama ini dicatat satu persatu dan dipertimbangkan kembali. Kita berjuang nak lama...kesihatan perlu dijaga. Fikirkan musibahnya pabila kita tidak dapat berkhidmat untuk agama nan tercinta. YaAllah...berilah kekuatan dan mudahkan urusanku. Ameen

Thursday, December 30, 2010

Wajah-wajah yang menenangkan hatiku

2 minggu ini terpaksa ku korbankan untuk memenuhi tuntutan tugas yang perlu diselesaikan sebelum kelahiran ke-5. Minggu lepas seminggu di kedah dan minggu ini di Penang pula.

pabila memandang sahaja wajah Feefa.....segala penat lelahku akan hilang. senyumannya sungguh mendamaikan.


Kasihan Beeb dan anak2x yang ditinggalkan. maklumlah dah lama aku tak outstation. Dah selesa bersama anak2x. Sekali-sekali berpisah...lain rasanya. Rindu sungguh untuk menatap wajah2x insan yg amat menenangkan hatiku. Antaranya wajah suami.....Aku paling suka merenung wajah suami ketika dia tidur. Teringat aku kata2x penulis sebuah buku, pandanglah muka isteri (atau suami), pandang seorang demi seorang anak-anak. Ucapkan pada diri, “tidak akan aku biarkan seorang pun daripada kamu terpisah di akhirat nanti. Kita semua akan berkumpul sekali lagi… abadi di syurga nanti. Insya-Allah. Amin.”

Buku-buku karya Pahrol Mohd Juoi cukup menarik untuk dibaca. http://genta-rasa.com/2009/04/14/arafah-cinta-kita/ Antaranya ......Bercintalah sampai syurga, jika benar-benar cintakan pasangan kita. Untuk itu bersedialah menempuh kesusahan.


Nabi Adam dan Hawa mula bercinta di syurga, diuji dengan satu larangan, tersalah… dan “tercampak” ke dunia. Cinta terpisah sekian lama. Adam di satu penjuru. Hawa di penjuru yang lain. Bertaubat terus-terusan. Raja’na illallah (kembali kepada Allah). Dan akhirnya apabila cinta yang “tercemar” itu kembali bersinar, bertemulah semula cinta mereka di Arafah!
Cinta sampai syurga… jangan melupakan cinta Allah. Jangan dilanggar syariat-Nya. Jika sudah tercemar, gilap kembali agar bersinar. Insya-Allah, akan ada “Arafah” cinta kita. Akan ada syurga kita!

Tip bercinta sampai syurga.
Dahulukan hak Allah daripada hak pasangan kita.
Sentiasa bekerjasama untuk membuat kebaikan dalam rumah tangga dan masyarakat.
Sama-sama saling ingat mengingatkan agar menjauhi kemungkaran.
Rela berkorban kesenangan sesama pasangan demi bakti sesama manusia.
Berdoa dan bersedekah sebagai wasilah mengekalkan cinta.

Monday, December 20, 2010

Tadahan jiwa

detik demi detik
liku nan berliku
masa yang berlalu
menggamit mutiara itu jatuh satu persatu
mengintai langkah setiap waktu
adakah diulang ikrar palsu

selimutilah
payungilah
teduhilah
dakapilah
insan yang mengharap kekuatan dijiwa
hanya padaNya
tempat menggarap kasih
menadah jiwa

Ke mana anak anda selepas PMR? SPM? STPM?



Anjuran:
Surau Alamanda Senawang
Dengan Kerjasama:
Yayasan Amal Malaysia Negeri Sembilan



Bengkel iMeGa membantu anda ….
• Berkongsi ilmu dengan kaunselor berpengalaman & terlatih, profesional serta usahawan berjaya.
• Memberikan panduan pemilihan kursus di IPTA / IPTS kepada lepasan PMR / SPM / STPM
• Membekalkan maklumat dan panduan pengisian borang permohonan kemasukan / bantuan kewangan
• Memberikan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain

Sunday, December 19, 2010

Sua Kasih Kita Bersaudara


Semarakkan Rasa Persaudaraan Dan Anti Perkauman Kita Dengan Bersama Kami Menjayakan SUA KASIH KITA BERSAUDARA Pada 9 Januari 2011




Saturday, December 11, 2010

Program raikan anak yatim sempena 10 Muharam 1432H

InsyaAllah, Nisa' Rembau akan mengadakan program penyerahan sumbangan kepada anak yatim pada 10 Muharam 1432H bersamaan 16 Disember 2010 (khamis) jam 3petang di Pasti Al-Ain, Taman Pedas Perdana.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang boleh bank in ke akaun Bank Islam_BIMB 03036020131121 (Nur Soliha_ Ketua Nisa Rembau). Sila SMS jumlah derma ke No. Tel : 013-9798108.
Jom kita bersedekah di hari yg penug keberkatan ini mengikut amalan Rasulullah s.a.w. yang memberi sedekah kepada anak yatim pada 10 Muharam.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selain daripada melakukan puasa pada hari ‘Asyura’, orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)Apa yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih daripada hari biasa.
Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya. Adapun apa yang selain daripada dua perkara di atas seperti sembahyang malam ‘Asyura’, mandi hari ‘Asyura’, bercelak mata dan yang lainnya tidaklah ada disebut melainkan pada hadis-hadis dhaif, munkar dan maudhu‘.

Friday, December 10, 2010

SAMBIL MAKAN SAMBIL BERAMAL


JUALAN AMAL KAMI PRIHATIN


Tarikh : 25 Disember 2010
Hari : SabtuMasa : 8 pagi – 10 malam
Tempat : Kawasan letak kereta, premis perniagaan Taman Matahari Height, Senawang
Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com dengan kerjasama AJK Surau Taman Matahari Height


Menyedari saban hari semakin ramai pelajar dari golongan miskin bandar menghadapi kesukaran menempuh tahun baru persekolahan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Jualan Amal Kami Prihatin untuk membantu pelajar-pelajar dari kumpulan ini dalam meringankan beban ibu bapa serta penjaga mereka.Juster itu orang ramai yang ingin membantu menjayakan jualan amal ini boleh membantu dengan cara berikut :

1. Membeli Kupon Jualan Amal untuk membeli barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.

2. Membeli Kupon Jualan Amal dan diberikan kepada keluarga yang memerlukan untuk mereka tukar dengan barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.

3. Memberi sumbangan kewangan.

4. Memberi sumbangan barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk Jualan Amal seperti buku novel, majalah, komik, barangan elektrik, beg sekolah, komputer, permainan dan sebagainya.

(Sumbangan pakaian terpakai ditangguhkan untuk masa ini kerana pihak penganjur masih mempunyai banyak stok pakaian terpakai).

Kupon JUALAN AMAL KAMI PRIHATIN ialah RM 10 untuk satu KuponBarangan yang dijual semasa Jualan Amal ini adalah diantara RM0.50 hingga RM100, bergantung kepada jenis barangan.


Untuk sebarang pertanyaan, maklumat, pembelian kupon dan sumbangan bolehlah menghubungi AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan yang berikut :

En Sufian 013-3589328 xupmxutm@yahoo.com

Pn Norwani 013-3851202 halwan9@yahoo.com

En Hakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com

En Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com
En Nazri Esa 013-3098775

Thursday, November 25, 2010

SALAM TAKZIAH BUAT YG MERASAI KEHILANGAN

Saya mewakili DMPKR ingin merakamkan ucapan takziah buat sahabat-sahabat yang kehilangan insan tersayang sepanjang bulan November ini. Antaranya ialah;

1. YB Zailah _ Anak bongsu beliau yang telah meninggal dunia pada 14 Nov 2010
2. Hjh Ciana_ Bapa beliau telah meninggal dunia di Arafah pada 15 Nov 2010
3. En Rozmal _ Datuk beliau telah meninggal dunia pada 21 Nov 2010
4. Pn Mahani Musa _ Nenek beliau telah meninggal dunia pada 22 Nov 2010

Didoakan semoga allahyarham & allahayarhamah ditempatakan dikalangan orang-orang yang beriman dan semoga Allah beri ketabahan,kesabaran dan kekuatan buat kaum keluarga dalam menerima kehilangan...ujian dari Allh SWT.

Liqa' Fikri DMPKR Siri-5

Liqa' Fikri Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau untuk Siri yang ke-5 2010 akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 27 November 2010
Masa: Selepas Maghrib (8.00 malam)
Tempat: Pasti Al-Hikmah , Taman Tuanku Jaafar
Naqibah: Prof. Madya Dr. Asiah Ali (Exco DMPP & AJK Lujnah Tarbiyyah PAS Pusat)

Tajuk: TARBIYAH RUHIYYAH ASAS KEKUATAN

Semua pimpinan & ahli muslimat Rembau, guru-guru Pasti Rembau, serta isteri pimpinan dijemput hadir.

Monday, November 15, 2010

Jadual Harian

Masa saya dan suami agak kurang bersama anak-naka disebabkan kami berdua bekerja di KL dan waktu yg sama terlibat dengan program jamaah. Syukur kerana Ain banyak membantu monitor adik-adiknya di rumah.
Nani sedang sibuk mengira point yg diperolehinya untuk bulan Oktober

Suami pula telah membuat jadual harian untuk melihat aktiviti anak-anak terutamanya dari segi solat dan mengaji. Nampak mereka cukup bersemangat bila aktiviti dan ibadah yg dilakukan mendapat sedikit 'reward' & 'recognition' dari Ummi dan Babah.

Setiap hari, anak-anak akan update jadual masing2 dan bersikap jujur dengan apa yg mereka lakukan. Suami akan 'reward' anak-anak dengan 10sen untuk setiap point yg berjaya dibuat. Lagi banyak point...lagi banyak 'reward' yg mereka akan terima setiap bulan. Jika mereka nak beli sebarang permainan, alat tulis...masing2x akan kumpul duit sendiri berdasarkan 'reward' yg di perolehi setiap bulan. Dengan cara itu masing2x berlumba2x nak buat ibadah...solat, mengaji, mengemas dll. Masing-masing excited nak tunjukkan dengan Ummi dan Babah...siapa yg paling rajin.InsyaAllah...mudah-mudahan mereka dapat motivasi utk jadi hamba yg soleh dan solehah.

Raikanlah anak-anak

Nani menerima hadiah drp En Zul semasa program konvokesyen Pasti Kawasan Seremban
Memang banyak bezanya antara anak sulung dan anak ke-2. Anak sulung, Ain lebih berdikari dan tekun dalam pelajaran. Anak ke-2 kurang fokus meskipun ku lihat dia lebih kreatif berbanding anak pertama. Walau apapun setiap anak2x ada kekuatannya yang tersendiri. Kita sebagai ibubapa seharusnya tidak membezakan anak-anak. Raikan mereka seadanya dan beri galakan kepada mereka untuk berjaya. Ianya bukan setakat cemerlang akademik...YANG PALING PENTING cemerlang AKHLAK & IBADAHNYA kepada Allah SWT.Alhamdulillah, meskipun Nani kurang fokus dalam pelajaran dan agak malas membaca. Allah izinkan Nani mendapat no2 dlm kelas dan no2 dalam keseluruhan 3 kelas 5 tahun yg lain di Pasti Al Islamiyyah. Seronoknya Nani bila dapat hadiah dan dipuji. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah beri kelapangan dan memudahkan urusan anak-anak Ummi dalam menuntut ilmu. Ameen.

Saturday, November 6, 2010

PERASAAN VS TERPERASAN

Buang ketepi seketika segala PERASAAN malas, kecil hati, terasa hati dan lain2x perasan -ve dalam diri. Jika kita nak berjaya jgn mudah TERPERASAN yg kita dah buat mcm2x perkara dan usaha. Semuanya masih tak cukup jika PERASAAN & TERPERASAN yg kita dah buat banyak perkara.

Renung-renungkanlah setiap kekalahan, kelemahan, kekurangan dalam gerak kerja organisasi. Sebelum kita menunding jari kepada ahli akar umbi adalah wajar tunding jari kepada diri sendiri. Adakah kita ini mempunyai PERASAAN dan JIWA BESAR untuk merubah suasana yg ada? atau mungkin kita hanya TERPERASAN kita dah buat pelbagai perubahan?

Ya Allah...berilah kekuatan, berilah petunjuk, bimbinglah aku...jgn sampai setiap detik waktu berlalu ini aku jauh dariMU. Kayakanlah jiwaku dengan PERASAAN yg sentiasa yakin dan mensyukuri setiap sesuatu yg Engkau tentukan untuku. Kayakanlah PERASAAN ku dengan sikap belas dan kasihan kepada yg memerlukan.

Thursday, November 4, 2010

Siapakah SAKSI ku?

Seringkali ku terfikir dan merenung kembali kelemahan diri yg acapkali tak dapat memenuhi undangan. Yg paling ku takuti ialah tak mampu menghadiri undangan /jemputan Ilahi utk program2x / aktiviti2 jamaah. Memang letih...memang penat...lebih2x lagi dalam keadaan berbadan dua.

Tapi adakah alasan2x yg ku beri itu mampu menjadi saksiku di akhirat kelak pabila berhadapan dengan Maha Pencipta.

1. Jika ku katakan "aku tak larat sebab mengandung"....adakah anak dlm perut ini bisa menjadi SAKSI menjawab setiap satu pertanyaan nanti?
2. Jika ku katakan "kakiku sakit" ....adakah kakiku bisa menyelamatkan aku dan menjawab bagi pihakku nanti?
3. Jika ku katakan " masaku penuh sangat...sibuk..." adakah masa yg ku katakan tadi bisa menjadi SAKSI di akhirat kelak?
4. Jika ku katakan "anak-anakku tak sihat dan memerlukan Umminya"...mampukah anakku membelaku nanti jika ditanya dihadapan Ilahi?

Bila difikirkan...siapakah yg boleh menjadi SAKSI utk setiap perbuatan/perkataan yg kita lakukan pada hari ini selain diri kita sendiri. Sering ku nasihati diri sendiri agar tidak beralasan meskipun hakikatnya fikiran kita sering beralasan dalm memenuhi janji Ilahi. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan untuk diri ku, suamiku, keluargaku dan sahabat2xku. Ameen

Wednesday, October 20, 2010

TAWARAN IBADAH KORBAN 1431H

PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1431H
Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi , Negeri Sembilan
Objektif Program
- Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan
- Memberi peluang kepada mereka yang mampu untuk menyertai ibadah korban

Maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942 atau e-mel mtdparoi@yahoo.com

1 Bahagian RM 350.00 (Lembu)
Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut :Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)

Tuesday, October 19, 2010

Laman web PASTI AL-AIN


Terima kasih kepada semua yang menjayakan gotong royong Pasti Al-Ain pada 3 Oktober yg lepas. Maklumat lanjut dan perkembangan terkini Pasti Al-Ain di http://pasti-al-ain.blogspot.com/

Tuesday, October 12, 2010

Moga mak selamat pergi dan kembali

10.10.10, jam 5.00 pagi kami telah berada di kompleks Tabung Haji untuk menghantar emak Aziah bt Ahmad ke tanah suci. Tenang ,bersih dan berseri-seri wajah mak bila mendapat jemputan Ilahi untuk mengerjakan ibadah haji.
"Mak...ampunkan dosa Wani. Tolong doakan wani dan kami sekeluarga agar dipermudahkan Allah dalam segala urusan. Mak jaga diri dan kesihatan baik-baik ye" Rasa sayu bila memeluk emak untuk kali terakhir sebelum emak bertolak. Meskipun hanya emak mertua, aku bersyukur mendapat kasih sayang mak dan adanya maka maka aku mendapat seorang suami anugerah yg tidak ternilai dari insan yg bergelar mak. Kebaikan yg ada pada suami adlah dari mak jua....

Moga Allah permudahkan urusan emak disana dan semoga emak mendapat haji yg mabrur. Sempat ku berbisik dan menggenggam erat tangan suami pabila melihat ramainya org yg berpeluang ke tanah suci. "Bila agaknya kita akan terima jemputanNya..." " insyaAlllah...doakan ada rezeki dan kelapangan, kita akan ke sana".

Jauh disudut hati rasa cemburu yg teramat sangat melihat mereka yg telah mendapat kad undanganNya terlebih dahulu. " InsyaAllah...moga akan sampa masanya untukkku dan suami ke sana.Ameen...."