
Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud:
Mutiara kata yang indah... titipan untuk jiwa dan minda. Forum berbicara dan berkongsi rasa untuk insan yang memahami erti kasih,sayang dan cinta kepada Ilahi dan alam semesta.Hubungi saya untuk sebarang pertukaran maklumat,info dan perkongsian pengalaman di halwan9@yahoo.com atau 013-3851202 (Nur Wani)

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Polisrungkaikespembunuhanustazahdananak/Article SEREMBAN: Polis merungkai kes pembunuhan seorang ustazah dan anaknya di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lalu yang dipercayai dilakukan oleh jiran mereka.Jirannya iu seorang lelaki berumur 34 tahun dikatakan membunuh dan menyamun Norliza Ishak, 35 dan anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutangnya.
Minggu lepas Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau sekali lagi telah turun untuk siri ke-4 Jejak Ukhuwah Ramadhan (JUR). Minggu lepas pihak kami telah menyampaikan sumbangan kepada 60 buah keluarga.






Syukur Alhamdulillah...semalam saya dan suami sempat menghadiri majlis berbuka puasa di Ancasa AllSuites Resort & SpaPort Dickson mewakili Yayasan Amal Malaysia. Seramai 32 orang anak-anak yatim telah diraikan bermula program pada petang semalam. 12 orang anak yatim adalah dari Rumah Anakku Sayang di bawah kelolaan Ustazah Rokyah dan 20 orang lagi adalah anak-anak yatim dari Rumah Flat Sri Perdana Senawang yang diuruskan oleh En Hassan atas nama Yayasan Amal Malaysia.
Saya sempat berbual panjang dengan Pn Azimah, orang penting dari Ancasa AllSuites Resort & SpaPort Dickson yang banyak membantu menjayakan program ini. InsyaAllah....program CSR untuk masyarakat khusunya anak yatim adalah merupakan program suku tahunan yang sering diadakan oleh pihak resort. Cuma tahun ini pendekatan mereka agak berbeza kerana mereka akan lebih khusus mencari orang perseorangan dan 'menjejaki' anak-anak yatim serta golongan susah. Justeru, mereka amat perlukan senarai nama dan bantuan dari NGO-NGO. Alhmadulillah...dengan izinNya saya dipertemukan dengan Pn Azimah dalam ruangan siber.
Sempat beramah mesra dengan Pn Noraini Abas, salah seorang penjaga kepada anak-anak yatim ini.
Anak-anak ini cukup seronok dapat makan makanan yang mewah-mewah...rasanya ini pertama kali mereka menjejakkan kaki ke resort.
Petang semalam saya bersama isteri YB Taufek, Pn Mahani dan AJK Pemuda Safrizal telah berkesempatan meraikan 4 daripada 7 org anak yatim yang tinggal di Flat Sri Perdana Senawang untuk membeli baju raya. Program anjuran DMPKR bersama DPPKR ini bertujuan untuk membantu anak-anak yatim yang telah dikenalpasti yg terlalu memerlukan bantuan.

Adik Syuhada cukup ceria dapat mencuba baju rayanya...warna merah jadi pilihan hati adik Syuhada.
Si kembar Nazim & Nizam juga berpeluang mendapat pakaian lengkap baju Melayu dan sehelai samping serta kopiah.
Pihak Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau & Dewan Pemuda PAS Kawasan rembau mengucapkan terima kasih kepada semua dermawan yang membantu. Semoga keceriaan anak-anak ini dalam menyambut Hari raya akan turut memberi motivasi baru kepada mereka untuk berusaha bersunggh-sungguh dalam pelajaran dan menjadi anak yang soleh dan solehah.Ameen... (saya kagum melihat adik Nizam yg sentiasa membawa Al-Quran tafsir bersamanya...yg menjadi teman setianya InsyaAllah)